Jumaat, 19 Oktober 2012

Maqolat Ahlissunnah: Allah Wujud Tanpa Bertempat (Siri 1)


Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

قال الله تعالى: ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر

Allah berfirman: Sesungguhnya akan muncul / datang dari kalangan kamu satu kaum yang mengajak kepada kebaikan (khoir) dan menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang munkar

Sesungguhnya iktiqad Allah Wujud Tanpa Bertempat bukanlah satu iktiqod yang dibuat-buat atau yang direka-reka sehingga timbul sesetengah pendapat dari mereka yang masyhur bahawa iktiqod ini adalah iktiqod bathil, pelajaran Sifat 20 adalah Greek dan Yunani, maka mereka itu sesungguhnya jahil.

Terdapat nas daripada Al-Quran, Hadis Rasulullah, Athar Salafussoleh, Perkataan-perkataan Ulama Ahlussunnah yang menunjukkan atau dijadikan sandaran atau sebagai bukti bahawa Ahlussunnah kesemuanya beriman bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat. Sebagai permulaan bagi Siri 1 ini, adalah sangat mudah dan bukanlah payah untuk beriman bahawa Allah itu Wujud Tanpa Bertempat. Di antara dalil 'aqli daripada Aqal yang salim lagi soheh ialah Allah itu Azali (tiada permulaan, tiada yang menciptakannya, dia sedia wujud) dan Abadi (tiada pengakhiran, tidak hancur atau pupus atau mati), kewujudannya itu tiada bertempat, Dia sedia ada dan arash tidak lagi diciptakannya, maha suci daripada sifat duduk, kemudian apabila berkehndak Allah untuk menciptakan Arash, maka, keadaan Allah adalah sama seperti sedia adanya Allah itu, tidak bertempat kerana Mustahil Allah itu berubah-ubah keadaanNya.

قال الخليفة الراشد الإمام عليّ رضي الله عنه [من زعمَ أنّ إلهنا محدود فقد جهِل الخالق المعبود] رواه أبو نعيم في الحلية

Berkata Sayyiduna Ali Karromallahu Wajhah: Barangsiapa menyangka Tuhan kami itu berhad (yakni mempunyai had) maka sesungguhnya dia JAHIL mengenai Pencipta ma'bud (makhluk)

Berdasarkan kepada kata-kata Sayyiduna Ali ini, maka beliau menyandarkan kejahilan kepada mereka yang menyangka Tuhan yakni Allah itu mempunyai had tertentu. Allah Taala bukanlah jisim atau jirim yang meliputi had, bahkan Allah juga bukanlah jauhar atau aradh. Oleh yang demikian, lihatlah apa kata Salafussoleh:

قال الإمام جعفر الصادق رضي الله عنه [من زعم ان الله فى شىء او على شىء او من شىء فقد اشرك] الرسالة القشيرية

Berkata Imam Jaa'far As-Sodiq Rodhiallahu 'Anh: Barangsiapa menyangka Allah itu dalam sesuatu, atau atas sesuatu, atau daripada sesuatu maka dia telah SYIRIK.

Kata-kata ini merupakan suatu yang jelas bahawa Allah bukanlah jirim atau jauhar yang mengambil ruang kerana jika Allah itu dalam sesuatu nescaya dia terkepung, kalau Allah atas sesuatu nescaya dia dipangku, kalau Allah daripada sesuatu nescaya dia itu baharu, dan pegangan ini adalah syirik.

قال الإمام أبو الحسن الأشعري رضي الله عنه [من اعتقد أن الله جسم فهو غير عارف بربه وإنه كافر به] ذكره في كتابه النوادر

Berkata Imam Abu Hasan Al-Ashaari Rodhiallahu 'Anh: Barangsiapa beriktiqad bahawa Allah itu jisim maka dia itu jahil / TIDAK MENGENALI Tuhannya dan sesungguhnya dia KAFIR / mengingkari akan Tuhannya

Daripada kata-kata Imam Ahlussunnah Wal Jamaah ini, jelas bahawa Ahlussunnah tidak beriktiqad bahawa Allah itu jisim kerana jisim adalah benda baharu yang diciptakan Allah, maka mustahil Allah berjisim, dan Imam Abu Hasan Al-Asyaari telah menghukum kafir terhadap org yang beriktiqod sedemikian....

Jumpa lagi

Wallahua'lam

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Rabu, 10 Oktober 2012

Ta'lim Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah (Siri 2)

Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

بسم الله الرحمن الرحيم

"فاعلم أنَّه لا إله إلاَّ الله "

"Ketahuilah kamu bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah" (Muhammad: 19)

Hendaklah seseorang hamba itu mengetahui bahawa kewajipan yang pertama ke atas dirinya terhadap Allah adalah mentauhidkan (mengesakan) Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun. Tauhid merupakan hak Allah yang terbesar sekali terhadap hamba-hambaNya. Tauhid merupakan penentu terhadap penerimaan Allah terhadap setiap amalan kebajikan oleh hamba-hambaNya. Oleh kerana itu, Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali Rahimahullah berkata:

"Tidak sah ibadah seseorang hamba melainkan dia telah mengenal Tuhan yang disembah"

Dalam mencapai hakikat Tauhid sebenar, adalah terbatal dakwaan mereka yang mengatakan bahawa Allah boleh dikenali hanya dengan melihat kepada penciptaan-penciptaannya sahaja. Ini kerana, untuk mengenal Allah seseorang itu wajib ke atasnya untuk mempelajari Sifat-sifat Allah. Mengenal Allah bukan seperti mengenal manusia, manusia itu dikenali dengan bentuk wajahnya, warna kulitnya, ketinggiannya, bentuk badannya, warna matanya dll. 

Oleh kerana Allah bukanlah makhluk apatah lagi manusia, maka Ilmu Mengenal Allah digariskan oleh Abu Hasan Al-Asyaari dan Abu Mansur Al-Maturidi dengan pengenalan Sifat 20 / Sifat 13. Tidaklah ilmu ini sesuatu yang baharu (bidaah) bahkan ianya adalah dari jalan salafussoleh kerana Imam yang dua itu juga dari kalangan Salafussoleh. Perbahasan ilmu ini juga boleh dipelajari secara ijmal melalui Kitab Fiqhul Akbar (Imam Abu Hanifah), Kitab Aqidah Thohawiyyah (Imam Abu Jaafar At-Thohawi), Kitab Matan Aqidah Ibnu Asakir (Imam Ibnu Asakir) dan Kitab Matan Aqidah Nasafiyyah (Imam Nasafi) serta lain-lain kitab. 

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Ta'lim Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah (Siri 1)

Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

معنى قولِهِ تعالى: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى. سورة طه ءاية 5

قال الامام مالك رضي الله عنه: استوى كما وصف نفسه ولا يُقال عنه كيف وكيف عنه مرفوع.

والكيف صفة المخلوق، ومن صفة المخلوق الجلوس والاستقرار والمكان

وقال القشيري: استوى أي حفظ وقهر وأبقى ولا يجوز اعتقاد أنه جالس على العرش 
لأن هذه عقيدة اليهود وفيها تكذيب لقوله تعالى: فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الأمْثَالَ. سورة النحل ءاية 74 

قال الإمام علي رضي الله عنه: إن الله خلق العرش إظهارا لقدرته ولم يتخذه مكانا لذاته. رواه أبو منصور البغدادي

Makna Firman Allah dalam Surah Tohaa : 5

"Dan Tuhan yang bernama Ar-Rohmaan itu beristiwa atas Arash"

Kata Imam Malik Rodiyallahu Anh:

"Istawa sebagaimana yang disifatkan bagi ZatNya dan tidak ditanya bagi ZatNya itu bagaimana (kaifiat istawa itu) kerana bagaimana (kaif) itu mustahil bagiNya"

Bagaimana (berbentuk, berupa) itu merupakan sifat makhluk, dan di antara sifat makhluk ialah duduk, menetap dan bertempat.

Kata Imam Al-Qushairiy:

"Istawa itu maksudnya (yang difahami di sisi Ahlussunnah Wal Jamaah) ialah menguasai dan memelihara dan tidak harus (haram) beriktiqad bahawa Allah itu duduk atas Arash kerana iktiqad ini adalah akidah yahudi dan menyanggah (mengingkari) firman Allah dalam Surah An-Nahl:74

"Dan janganlah kamu menjadikan misal (perumpamaan, sifat, perbandingan) bagi Allah"

Kata Sayyiduna Ali Karromallahu Wajhah Rodhiallahu Anh:

"Sesungguhnya allah menciptakan Arash adalah untuk menzahirkan kekuasaanNya bukan untuk mengambil tempat bagi ZatNya" diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur Al-Baghdadi

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Selasa, 9 Oktober 2012

Budaya Jijik: Hina Allah Hina Nabi (siri 1)

Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Satu budaya yang berleluasa di negara-negara umat Islam kini ialah budaya menghina Allah Taala dan menghina Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam. Budaya ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang awam, malah berlaku di kalangan mereka yang bergelar "intelektual dan ulama". Penghinaan berlaku melibatkan penghamburan perkataan-perkataan terhadap Zat Allah seperti mengatakan Allah Itu Duduk Sila Lendit (bersila tertib), Nabi Muhammad itu mamat kampung, Maulidurrasul ni nak bertanding dengan kristian, Allah Itu Beranggota, Nabi tidak beragama sebelum umur 40, Nabi tidak dapat hidayah sebelum umur 40, Nabi bingung, Ibu Bapa Nabi adalah Kafir diazab dalam neraka.

Dunia apakah ini Ya Allah Yang Maha Mengetahui?

Mereka yang merupakan hamba-hambaMu, seharusnya mereka mensucikanMu daripada segala sifat kekurangan. Seharusnya mereka itu memuliakan NabiMu dari sebarang celaan-celaan kerana itulah sebaik-baik ciptaanMu, menghina sebaik-baik penciptaanMu adalah umpama menghinaMu Ya Allah. Ganas mereka itu Ya Allah. Mereka sanggup menyakiti kekasihMu Ya Allah.

Penghinaan Terhadap Allah

Penghinaan terhadap Allah oleh manusia sekarang ini berlaku apabila mereka itu menyifatkan Allah dengan sifat-sifat kekurangan sedangkan Allah Taala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak bagiNya yang dicerita dan dikhabarkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah Taala:

ليْسَ كَمِثْلِهِ شَىء

Tafsirnya: Allah itu tidak menyerupai sesuatupun dari makhlukNya dan makhlukNya tidak menyerupaiNya.

وَلم يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أحَد

Tafsirnya: Dan tiada bagiNya sekutu / penyerupaan dari sesuatupun

Menyamakan Allah Taala dengan sifat-sifat makhlukNya merupakan satu perbuatan yang jijik yang telah dilazimi oleh penyembah-penyembah berhala. Penyembah berhala membentuk berhala-berhala sembahan mereka hasil daripada khayalan dan bayangan mereka mengenai Tuhan Pencipta Alam, lalu dibentuk berhala-berhala itu dengan pelbagai sifat dan anggota, kemudian disembah diangkat menjadi Tuhan sembahan mereka. Golongan Mujassimah dan Musyabbihah yakni golongan yang menjisim dan menyamakan Allah dengan makhlukNya merupakan penyembah berhala zaman moden, mereka menyusup bersama Muslimin dan Mukminin, lalu mendakwa mereka itu Islam, sedangkan hakikatnya mereka itu keluar dari landasan Islam, Islam mereka hanya sekadar nama, sedangkan iktiqad atau pegangan mereka ialah pegangan orang musyrik. Ini dikuatkan dengan kata Sayyiduna Ali Karromallahu Wajhah:

سيرجع قوم من هذه الأمة عند اقتراب الساعة كفارًا ينكرون خالقهم فيصفونه بالجسم والأعضاء
راوه ابن المعلم القرشي في كتابه نجم المهتدي ورجم المعتدي ص: 588

Maksudnya: "akan datang satu kaum dari Umat ini, apabila hampirnya hari kiamat, mereka itu kufur (kafir) dengan sebab mereka itu mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta dengan Jisim dan Anggota Badan" - diriwayatkan oleh Ibnul Mu'allim al-Qurashiy dalam Kitab Najmul Muhtadiyy wa Rajmul Mu'tadiy m/s 588

Mujassimah dan Musyabbihah meletakkan sifat-sifat Jisim dan Anggota terhadap Allah dengan mengatakan Allah itu beranggota badan, bertempat di atas Arasy, turun dan naik, ketawa dan berbagai-bagai lagi berdalilkan Dalil-dalil Mutasyabihat daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Sesunggunya hati mereka itu kotor kerana mereka sanggup menyifatkan Pencipta mereka dengan sifat-sifat yang tidak layak bagiNya. Kata Imam As-Syafie Rodhiallahu anh:

قال الإمام الشافعي رضي الله عنه: من اعتقد أن الله جالس على العرش فهو كافر
رواه ابن المعلم القرشي في كتابه نجم المهتدي ورجم المعتدي ص: 551

Maksudnya: "barangsiapa yang beriktiqod bahawa Allah itu duduk (cangkung, sila, simpuh) di atas Arasy maka sesungguhnya dia telah kafir" diriwayatkan oleh Ibnul Mu'allim al-Qurashiy dalam Kitab Najmul Muhtadiyy wa Rajmul Mu'tadiy m/s 551

Inilha bahaya Iktiqod Mujassimah yang WAJIB dihindari oleh sekalian Muslim supaya Iman kita merupakan Iman yang soheh sebagaimana yang diajar oleh para Salafussoleh dan Kahalafussoleh dari generasi ke generasi....

Bersambung....

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Isnin, 8 Oktober 2012

Jangan Sia-siakan Ibadah Anda


Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Dalam meniti kehidupan sebagai seorang Muslim, betapa kita amat menitik berat soal ibadah. Setiap perbuatan yang kita lakukan, seboleh-boleh kita akan lakukannya dengan niat kerana Allah supaya dihitung perkiraannya sebagai ibadah yang akan membuahkan pahala kepada kita. Sebelum Al-Faqir pergi dengan lebih lanjut lagi mengenai ibadah, eloklah kita mengetahui serba sedikit mengenai makna ibadah itu sendiri , moga-moga dengan mengetahui makna, kita dapat melaksanakan setiap perbuatan kita sebagai ibadah kepada Allah. Ibadah di sisi ahli bahasa ialah:


 أقصى غاية الخشوع والخضوع

Semaksimum (penghabisan) penghormatan (ketundukan) dan penyerahan

نهاية التذلل

Sehabis-habis ketundukan

 قال اللغوي الزجاج وهو من أشهرهم: قوله عز وجل {إياك نعبد} معنى العبادة في اللغة الطاعة مع الخضوع

Telah berkata Ahli Bahasa Arab yang masyhur: Firman Allah "Hanya kepada Engkau kami sembah", makna Al-Ibadah dari segi bahasa ialah Ketaatan bersama Ketundukan

Daripada takrif di atas, dapatlah Al-Faqir simpulkan bahawa ibadah akan terjadi apabila kita melaksanakan perkerjaan dengan niat sehabis-habis ketundukan hanya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Bagaimanapun, sekadar mengetahui makna ibadah, ia bukanlah satu ukuran bahawa ibadah kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Kebanyakan manusia melaksanakan sesuatu perkerjaan dengan niat kerana Allah bagi mendapatkan ganjaran ibadah. Akan tetapi ramai yang masih jahil dan tidak tahu apakah benar perbuatan yang dilakukannya itu ibadah yang diterima? bagaimana kita mahu ibadah kita diterima? bagaimana kita memastikan ibadah kita itu tidak sia-sia?

Syarat utama bagi setiap ibadah itu diterima, atau bahasa mudahnya kita panggil ialah LESEN. Lesennya ialah, TAUHID kita kepada Allah. Tanpa Makrifah melalui Ilmu Aqidah / Tauhidullah maka ibadah seseorang hamba itu tidak akan sah dan tidak akan diterima. Seorang Kristian / Buddha / Hindu tidak akan diterima perbuatan baiknya baik berbentuk sedekah, amal, akhlak dan sebagainya. Ini kerana syarat bagi amalan diterima ialah BERIMAN kepada Allah dengan Makrifah dan Tauhid yang sebenar. Sekadar mengakui bahawa diri kita adalah Islam, tanpa mengetahui bahawa benarkah Iman aku ini seperti yang dituntut oleh Syarak adalah satu kerugian. Ini kerana, ramai yang mendakwa mereka itu Islam, namun mereka sebenarnya tidak beriman kepada Allah Taala. Iman kepada Allah ialah meyakini bahawa Allah itu sebagai Tuhan yang Wujudnya tiada permulaan, tiada pengakhiran, tidak diliputi masa, tempat, arah yang enam, meyakini bahawa Allah itu tidak beranggota, tidak berjisim, tidak berjirim, bukan jawhar, bukan aradh. Bagi memastikan Iman kita itu adalah Iman yang dituntut oleh Syarak, Wajib ke atas seseorang hamba yang Mukallaf itu untuk mempelajari dan mengetahui secara Ijmal akan sifat-sifat yang Wajib bagi Allah daripada 13 (asyairah) / 20 (maturidi) sifat. Imam Abu Hasan Al-Asyaari, iaitu Imam Ahlussunnah telah berkata:
أول ما يجب على العبد العلم بالله و رسوله و دينه

Perkara terawal yg wajib keatas seorang hamba adalah mengetahui tentang Allah dan RasulNya dan agamaNya.



Ini merupakan satu kepentingan bagi setiap orang Islam untuk mempelajari akan ia, Ilmu mengenal Allah, Rasul dan Agama Islam yang disusun akannya Ulama-ulama Ahlussunnah Wal Jamaah dengan dinamakan sebagai ilmu Tauhid / Aqidah / Kalam / Usuluddin. Sebelum mengakhiri, suka Al-Faqir menaqalkan kata Imam Al-Ghazali yang menjadi antara athar Ulama yang pertama Al-Faqir hafal dalam mempelajari Ilmu Aqidah ini. Kata Imam Al-Ghazali:
لا تصح العبادة إلا بعد معرفة المعبود


Tidak sah ibadah seseorang hamba itu melainkan selepas dia mengenali Tuhan yang disembah (yakni Allah Taala)

Oleh yang demikian, Al-Faqir ingin berpesan bahawa jangan sia-siakan Ibadah anda hanya kerana anda meninggalkan mendalami ilmu Tauhid, sedangkan ilmu inilah yang akan menyelamatkan kita semua dari kekal abadi di dalam api neraka yang azabnya tersangatlah seksa. Ilmu inilah yang menyuburkan hati anda supaya menyintai Allah dan RasulNya, ilmu inilah yang membezakan antara Islam dan Kafir. Ilmu inilah yang akan menyelamatkan generasi kita seterusnya. Semoga Allah Pelihara Iman Kita, Iman Ahli Keluarga Kita dan Iman Generasi Kita dari sebarang percanggahan dengan Syarak seperti Iman Mujassimah yang mengatakan Allah itu Berjisim, Bertempat, Beranggota, Berarah dan sebagainya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sifatkan.


Wallahua'lam 

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Jumaat, 5 Oktober 2012

Syaikh Abdullah Al-Harari Imam Ahlussunnah

Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Beliau adalah seorang yang alim, al Muhaddis, pakar dalam ilmu Feqah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan al Syaibi dan al Abdari beliau juga merupakan Mufti Harar ( beliau di lantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun). Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah. Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Saghir dalam ilmu feqah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya. Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain seperti matan-matan ilmu agama kemudian beliau mendalami ilmu hadits dan telah menghafal kitab hadits yang enam dan selainnya dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadits-hadits nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.
Beliau telah mempelajari ilmu feqah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik dan al Luma’ dari:

  1. Syeikh Muhammad Abdu Salam al Harary
  2. Syeikh Muhammad Omar Jamei’ Al Harary
  3. Syeikh Muhammad Rasyad al Habasyi
  4. Syeikh Ibrahim Abil Gaish al Harary
  5. Syeikh Yunus al Habasyi
  6. Syeikh Muhammad Siraj al Jabruty
Manakala. dalam ilmu bahasa arab beliau telah ambil daripada
  1. Syeikh al Soleh Ahmad al Basir
  2. Syeikh Ahmad bin Muhammad al Habasyi
Manakala dalam feqah 3 Mazhab dan usulnya beliau telah ambil daripada:
  1. Syeikh Muhammad al Araby al Fasy
  2. Syeikh Abdur Rahman al Habasyi.
Manakala ilmu tafsir beliau telah ambil dari Syeikh Syarif al Habsyi di kawasanya iaitu Jimmah.
Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari:
  1. Al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al Jabruty Mufti Habsyah,
  2. Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al Habsyi.
Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim:
  1. Syeikh al Muhaddits Ahmad Abdu al Muttalib al Jabaruty al Habsyi[4], beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Makkah.
  2. Syeikh Daud al Jabruty al Qori
  3. Syeikh al Muqri Mahtnud Faiz at Dair Atony, ilmu qiraat yang tujuh.
Ketika beliau berada di Makkah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulamak-ulamak Makkah diantaranya ialah:
  1. Syeikh al Aalim al Said Alawi al Maliki
  2. Syeikh Amin al Kutbi
  3. Syeikh al-muhaddits Muhammad Yasin al Padani[5] (Berasal dari Padang Indonesia)
  4. Syeikh Muhammad al Araby al Tabban
Beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat al- Naqsyanbadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al Afghani An- Naqsyabandi. Ketika beliau berada di Madinah Munawwarah beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadits-hadits nabi dari Syeikh al Muhaddits Muhammad bin All al Siddiq al Bakry al Hindi al Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke maktabah Arif Hikmat dan maktabah al Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana. dan di katakan beliau telah menghafal hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulamak hadis iaitu Syeikh al Muhaddits Ibrahim al Khattani anak murid kepada seorang ulama yg masyhur iaitu syeikh al Muhaddits Abdul Qadir Syalbi.
Manakala ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Kemudian beliau menuju ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al Muhaddits Syeikh Badruddin al Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan syeikh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al Harary menjadi rujukan dalam masaalah-masalah agama yang mana alim ulamak Syam merujuk kepada syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani dari segi ilmu. kemudian beliau di gelar sebagai “Al-Muhaddits Ad-diyar Asy-Syamiyyah”. Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al Rifaeyah dari Syeikh Abdul Rahman al Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al Kayaly al Humsi. Beliau sempat menerima ijazat tariqat al Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al Arbiny dan dari Syeikh al Toyyib al Dimasyqi. Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector Al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.
Kini beliau telah pergi meninggalkan kita. Telah ramai yang memfitnah beliau sebelum dan sesudah pemergian beliau. Adapun, yang Haq tetap Haq, yang Bathil akan dimusnahkan Allah. Syeikh Rohimahullah telah pergi meninggalkan kita tanggal 2hb Ramadhan 1429H. Tidak keterlaluan ingin Al-Faqir katakan bahawa bukan kerana taksub akan tetapi jasa beliau telah dibuka Allah sebagai renungan kita semua. Jasa beliau menggali khazanah-khazanah Ahlussunnah bagi mempertahankan Ahlussunnah dari sebarang pencerobohan yang Bathil seperti Wahabi, Syiah, Hizbuttahrir, Hizbul Ikhwan, Mutasawwif kini dirasai semua umat Islam. Tenanglah dikau wahai Pemimpin Umat Islam, tenanglah dikau wahai Mujahid Allah, tenanglah dikau wahai Mujaddid Zaman Ini.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Kitab Aqidah Muslimin


Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Kitab yang Al-Faqir tunjukkan di atas merupakan sebuah kitab ringkas yang telah disusun oleh Jam'iyyah dan telah diberi pengiktirafan oleh Kuliyyah Usuluddin, Universiti Al-Azhar As-Syariff, intipati kitab adalah berkisar mengenai Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah, cara penyampaian kitab adalah secara Soal Jawab, di mana soalan yang dibangkitkan merupakan soalan-soalan yang selalu terlintas di minda seorang pelajar mengenai Aqidah Ahlussunnah yang sebenar.

Kitab ini telah Al-Faqir menuntutnya secara Talaqqi di bawah pimpinan Syaikh Uthman Al-Falesthiniy pada sekitar Tahun 2007 yang mana di antara rakan-rakan seperguruan Al-Faqir ialah Al-Fadhil Ustaz Muhadhir Hj Joll (Pendakwah terkenal), Al-Fadhil Ustaz Faizul (Uitm K.Pilah), dan ramai lagi. Kelas kami berlangsung di rumah (bilik yang sangat luas sebenarnya) di atas Restoran Yasin, Simpang Tiga Gombak, menghala sungai pisang. Al-Fadhil Syaikh tersangat tawaddhu' sehingga setiap masa hanya diperuntukkan untuk mengajar ilmu kepada anak-anak muridnya. Kami juga berkesempatan untuk bertabarruk dengan RAMBUT BAGINDA Sollallahu Alaihi Wasallam yang berada dalam simpanan Syaikh.

Semoga Allah melimpahi rahmatNya ke atas Syaikh-Syaikh yang sudi datang ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu agama yang suci secara bersanad kepada kami.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...