Khamis, 19 September 2013

EDISI BONGKAR SYIAH FINAL: KESIMPULAN PERBAHASAN SYIAH DAN SARANAN KEPADA PIHAK AUTORITI SEPERTI JAKIM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

NOTA ADALAH TULISAN IBNU SYAFIE HAFIZOHULLAH 

KESIMPULAN

Berbicara mengenai perbezaan faham Syi`ah dan faham Ahli Sunnah Waljama`ah, maka perbincangan ini merumuskan bahawasanya akidah yang menjadi anutan golongan Syi`ah secara jelas bercanggah dengan akidah yang didokong oleh Ahli Sunnah Waljama`ah. Ia bukan hanya menyalahi ijma’ para ulama, bahkan lebih parah, ia telah menyongsang nas-nas yang telah ditanzilkan oleh Allah sebagaimana yang difahami oleh jumhur ulamakepada umat manusia. Dalam hal ini, tidak ada perisai yang lebih ampuh dalam mendepani cabaran gerakan ini dengan berkesan melainkan umat Islam perlu kembali berpegang teguh dengan ilmu akidah yang sahih warisan Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum.

Dalam mendepani gerakan ini juga, pastinya umat Islam wajib mempertahankan kesucian ajaran Islam yang sebenar daripada terus dinodai oleh anasir-anasir sesat golongan tersebut, selain turut perlu menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas demi memastikan gerakan ini dapat dibendung daripada ia terus disebarkan secara zahir ataupun tersembunyi dalam iklim dan komuniti muslim yang beraliran Ahli Sunnah Waljama`ah khususnya di Malaysia ini. Gerakan ini juga perlulah dipantau agar ia tidak disebarluaskan kerana ia mampu menatijahkan perpecahan yang menyulitkan penyatuan antara umat Islam lantaran percanggahan yang berlaku tersebut melibatkan percanggahan dari aspek akidah.

Selain itu, pihak yang berwajib seperti pihak JAKIM dan JAIPP perlulah menggandakan usaha supaya lebih peka terhadap perkembangan dan gerakan golongan Syi`ah ini demi membendung penularan pemikiran mereka agar gerakan ini mampu ditangani sehingga ke peringkat akar umbi.Tindakan yang diambil juga perlulah bersifat rasional dan bijaksana agar permasalahan ini dapat diselesaikan dalam kondisi yang terbaik tanpa menatijahkan perpecahan yang besar dalam komuniti masyarakat Islam dalam watan tercinta. Sebaran am berhubung penyelewengan aliran ini daripada akidah Ahli Sunnah Waljama`ah perlulah diuar-uarkan kepada masyarakat umum agar mereka dapat menghindarkan diri daripada turut terjebak dalam penyebaran ajaran songsang tajaan kelompok ini. Saranan-saranan ini diharapkan agar ia dapat diberi perhatian demi mewujudkan masyarakat satu akidah yang akhirnya akan menatijahkan sa`adah di dunia mahupun di akhirat.    

BIBLIOGRAFI

`Ali Jum`ah(2005), al-Bayan lima Yusyghiluhu al-Azhan, Kaherah: al-Muqatam li al-Nasyr wa al-Tauzi`
Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah: Maktabah al-Anjalu al-Misriyyah
Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mu’jam Maqayis al-Lughah, c. 2, j. 3, Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih
Abu Muhammad `Ali b. Muhammad b. Hazm (t.t), al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal, j. 2, Beirut: Dar al-Ma`rifah
Ahmad Amin (1952), Duha al-Islam, j. 2, c. 3, Kaherah: Matba`ah Lujnah al-Ta’lif waal-Tarjamah wa al-Nasyr
Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah
Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
al- Sawi, Ahmad b. Muhammad al-Maliki (2007), Kitab Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid, Suntingan Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam, c. 5, Beirut: Dar Ibn Kathir
Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, Suntingan Hasan Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah: al-Majlis al-A`ala li al-Syu’un al-Islamiyyah
Al-Asy`ari, Abu al-Hasan (1975), Kitab al-Luma` fi al-Radd `ala Ahl al-Zaigh wa al-Bida`, Kaherah: Jami` al-Azhar li al-Ta’lif wa al-Tarjamah wa al-Nasyr
al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musallin,Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid (tqq), c. 2, j. 1, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah
al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Mesir: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah
al-Baqillani, Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib (1987), Tamhid al-Awa’il wa Talkhis al-Dala’il, c. 1, Beirut: Mu`assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah
al-Buti, Muhammad Sa`id Ramadan (1997), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir
al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), al-Qamus al-Muhit, j. 3, Kaherah: Mu’assasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi`
Al-Ghazzali, Muhammad b. Muhammad (2008), Fada’ih al-Batiniyyah, Kaherah: Dar al-Far al-Faruq li al-Istithmarat al-Thaqafiyyah
Al-Harari, `Abdullah b. Muhammad (1998), al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah, c. 3, Beirut: Dar al-Masyari` li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi`
al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa al-Zindiqah, c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
Al-Isfirayinni. Abu al-Muzaffar (1940), al-Tabsir fi al-Din, c. 1, t.t.p: Matba`ah al-Anwar
Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah: Madkhal wa Dirasah, c. 2, Kaherah: Maktabah Wahbah
Al-Nasafi, Maymun b. Muhammad (2005), Bahr al-Kalam, al-Sayyid Yusuf Ahmad (thqq), c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
al-Razi, Fakhr al-Din Abi `Abdillah Muhammad b. `Umar b. al-Husain (1993), Asas al-Taqdis fi `Ilm al-Kalam, c. 1, Beirut: Dar al-Fikr al-Lubnan
___________________ (1986), al-Arba`ien fi Usul al-Din, j.2, Kaherah: Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah
___________________ (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut: Maktabah Lubnan
al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), al-Jami` al-Saghir fi Ahadith al-Basyir al-Nadhir, j. 1, c. 4, t.t.p.: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
___________________ (t.t), Tarikh al-Khulafa’, Suntingan Muhamad Muhy al-Din `Abd al-Hamid, t.t.p: t.p.
al-Tahhan, Mahmud, Dr., (t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad: Maktabah al-Ma`arif
Al-Zabidi, Muhammad b. Muhammad al-Husaini(1989), Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, j. 2, c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah
Al-Zahiri, Abi Muhammad `Ali b. Ahmad b. Hazm (1975), al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal, j. 2, c. 2, Beirut: Dar al-Ma`rifah
Dr. H. O. K, Rahmat (1979), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Hajah Noresah bt. Baharom, et.al (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, c. 2, Selangor: Dawama Sdn., Bhd.
Hammam `Abd al-Rahim Sa`id (2000), al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, c. 4, Oman: Dar al-Furqan
Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa’id al-Islmiyyah, Beirut: Dar al-Qur’an al-Karim
Hasan Ibrahim Hasan (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasiwa al-Dini wa al-Thaqafi wa al-Ijtimai`e, c. 7, j. 2, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah
Ibn `Abidin, Muhammad Amin(1995), Hasyiah Radd al-Mukhtar, , j. 1, Beirut: Dar al-Fikr
Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj `Abd al-Rahman (t.t), Talbis Iblis, Kaherah: Maktabah al-Mutannabi
Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram  (1952), Lisan al-`Arab, j. 11, Beirut: Dar Sadir li al-Tiba`ah wa al-Nasyr
Jama`ah min Kibar al-Lughawiyyin al-`Arab (t.t), al-Mu`jam al-`Arabi al-Asasi, (t.t.p): Larus
Mahmud `Abd al-Rahman `Abd al-Mun`im (t.t), Mu`jam al-Mustalahat wa Alfaz al-Fiqhiyyah, j. 1, Kaherah: Dar al-Fadilah
Mahmud Salim `Ubaydat (1998), Tarikh al-Firaq wa `Aqa’iduha, t.t.p: Dar al-Furqan
Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri`al-Islami. Kaherah: Maktabah Wahbah
Mohd Napiah Abdullah (1986), Peranan dan Metodologi Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri
___________________ (1989), Mukhtasar Sejarah Perkembangan dan Kaedah Penyusunan Hadith, c. 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad `Abd al-Hadi (1992), Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah Ma`alim al-Intilaqah al-Kubra, c. 4, Kaherah: Dar al-I`lam al-Duwali
Muhammad `Ajjaj al-Khatib (2003), Usul al-Hadith: `Ulumuhu wa Mustalahuhu, c. 1, Beirut: Dar al-Fikr
Muhammad Abu Zuhrah (1980), Tarikh al-Jadal, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi
___________________ (1996), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi
Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah: t.p
Musatafa `Azami (1988), Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Engku Ibrahim Engku Ismail (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nur al-Din `Itr, Dr. (1997), Manhaj al-Naqd fi`Ulum al- Hadith. cet. 3, Beirut & Damsyik: Dar al-Fikr al-Mu`asir & Dar al-Fikr
Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr
Salih Ahmad al-Khatib (2004), al-Sunan al-Ilahiyyah fi al-Hayah al-Insaniyyah, j. 1, c. 1, Oman: al-Dar al-`Uthmaniyyah

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

EDISI BONGKAR SYIAH 8: SYIAH JUGA MUJASSIMAH SEPERTI WAHABI MUJASSIMAH KERANA MENDAKWA SAIDINA ALI ADALAH TUHAN

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

NOTA ADALAH TULISAN IBNU SYAFIE HAFIZOHULLAH 

IKTIKAD AL-TAJSIM

Seterusnya, terdapat dalam kalangan mereka yang menjadikan iktikad tajsim sebagai pegangan mereka dalam berakidah.Hal ini bermula daripada ajaran yang dibawa oleh ‘Abd Allah b. Saba’ yang telah mendakwa Sayyidina ‘Ali merupakan tuhan.Akhirnya ajaran songsang yang dibawa oleh ‘Abd Allah b. Saba’ ini telah dijadikan pegangan oleh beberapa kelompok dari kalangan Syi‘ah Ghulat [melampau]. Sebagai contoh golongan Syi‘ah al-Hisyamiyyah yang diasaskan oleh Hisyam b. al-Hakam al-Rafidi, mereka telah mendakwa bahawa tuhan mereka adalah jisim yang mempunyai batas, panjang dan lebar, berbentuk nur yang bersinar, mempunyai warna dan bau, boleh dipegang, bergerak pada suatu masa dan diam pada suatu masa yang lain.

Maka, di sisi Ahli Sunnah Waljama`ah, iktikad seperti ini jelas berseberangan dengan akidah yang dibawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bahkan pegangan seumpama ini jika diteliti secara insaf, jelas memperlihatkan wujudnya pengaruh pemikiran mujassimah dan musyabbihah yang telah mengakar kukuh dalam diri mereka. Akidah yang sahih sebagaimana yang dipegang oleh Ahli Sunnah Waljama`ah  adalah kewujudan Allah subhanahu wata`ala sama sekali tidak menyerupai makhluk-makhluk ciptaanNya dari semua segi. Ini membawa kefahaman bahawa Allahsubhanahu wata`ala tidak bertempat, tidak diliputi oleh sebarang arah, bukan jisim, bukan ‘arad, tidak mempunyai batas dan bentuk, tidak berwarna, tidak mempunyai bau dan sebagainya. Firman Allah subhanahu wata`ala:

((لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ))

Terjemahan:
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”.
(Surah al-Syura (42): 11)

Ibn Hajar al-Haytami berkata:

"وَاعْلَمْ أَنَّ الْقَرَافِيَّ وَغَيْرَهُ حَكَوْا عَنِ الشَّافِعِيِّ وَمَالِكٍ وَأَحْمَدَ وَأَبِيْ حَنِيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ الْقَوْلَ بِكُفْرِ الْقَائِلِيْنَ بِالْجِهَةِ وَالتَّجْسِيْمِ وَهُمْ حَقِيْقُوْنَ بِذَلِكَ".

Terjemahan:
“Dan ketahuilah bahawasanya al-Qarafi dan selainnya telah meriwayatkan daripad al-Syafi‘i, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah r.a berhubung kufurnya mereka yang menyandarkan arah bagi Allah subhanahu wata`ala dan menjisimkanNya dan mereka [al-Syafi‘i, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah] memang benar berpendapat sedemikian”[1].

Mulla ‘Ali al-Qari berkata:

"بَلْ قَالَ جَمْعٌ مِنْهُمْ –أَيْ مِنَ السَّلَفِ- وَمِنَ الْخَلَفِ إِنَّ مُعْتَقِدَ الْجِهَةِ كَافِرٌ كَمَا صَرَّحَ بِهِ الْعِرَاقِيُّ وَقَالَ: إِنَّهُ قَوْلٌ لِأَبِيْ حَنِيْفَةَ وَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَالْأَشْعَرِيِّ وَالْبَاقِلَّانِيِّ". 

Terjemahan:
“Bahkan segolongan dari kalangan ulama salaf dan khalaf berkata bahawa orang yang beriktikad adanya arah bagi Allah subhanahu wata`ala dihukum kafir sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-‘Iraqi, beliau berkata: sesungguhnya ia adalah pendapat Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‘I, al-Asy‘ari dan al-Baqillani”[2].  

Manakala al-Baghdadi pula ketika menjelaskan perkara-perkara usul yang telah diijma’kan oleh Ahli Sunnah Waljama`ah, beliau turut menaskan:

"وَأَجْمَعُوْا عَلَى أَنَّهُ لَا يَحْوِيْهِ مَكَانٌ، وَلَا يَجْرِيْ عَلَيْهِ زَمَانٌ".

Terjemahan:
“Golongan Ahli Sunnah Waljama`ah telah bersepakat bahawa Allah subhanahu wata`ala tidak diliputi oleh tempat dan tidak berlalu masa ke atasNya”[3].

Selain itu, Imam al-Haramayn juga telah menukilkan ijma’, beliau berkata:

"مَذْهَبُ أَهْلِ الْحَقِّ قَاطِبَةً أَنَّ اللهَ سبحانه وتعالى يَتَعَالَى عن التحَيُّزِ وَالتَّخَصُصِّ بِالجهاتِ".

Terjemahan: 
“Mazhab ahl al-Haq keseluruhannya [beriktikad] bahawa Allah subhanahu wata`ala maha suci daripada mengambil tempat dan mempunyai arah”[4].

Bahkan al-Imam al-Nawawi turut menukilkan ijma’ dengan katanya:

"عَنِ الْقَاضِيِّ عِيَاض الْمَالِكِيّ أَنَّهُ قَالَ: لَا خِلَافَ بَيْنَ الْمُسْلِمِيْنَ قَاطِبَةً فَقِيْهِهِمْ وَمُحَدِّثِهِمْ وَمُتَكَلِّمِهِمْ وَنَظَّارِهِمْ وَمُقَلِّدِهِمْ أَنَّ الظَوَاهِرَ الْوَارِدَةَ بِذِكْرِ اللهِ فِي السَّمَاءِ كَقَوْلِهِ تَعَالَى: )ءَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ(، وَنَحَوِهِ لَيْسَ عَلَى ظَاهِرِهَا بَلْ مُتَأَوِّلَةٌ عِندَ جَمِيْعِهِمْ".

Terjemahan:
Diriwayatkan daripada al-Qadi ‘Iyad al-Maliki bahawasanya beliau berkata: “Tidak wujud perselisihan antara seluruh umat Islam termasuk yang faqih dalam kalangan mereka, golongan ahli hadis, mereka yang pakar dalam ilmu kalam, ahli fikir dan mereka yang bertaqlid, bahawa sesungguhnya makna zahir yang warid pada firman Allah “di langit” (fi al-sama’), seperti firman Allah subhanahu wata`ala: [Terjemahannya] “adakah kalian beriman dengan mereka yang berada di langit” dan nas-nas yang seumpamanya; adalah bukan difahami berdasarkan faham zahir [dari nas tersebut] bahkan ia dita’wilkan di sisi mereka”[5]. 

Justeru, berdasarkan nukilan-nukilan di atas, jelas bahawa iktikad sejati Ahli Sunnah Waljama`ah merupakan iktikad yang sahih, berlandaskan wahyu ilahi dan selari dengan ijma’ para ulama’.Oleh itu, iktikad tajsim yang menjadi pegangan golongan Syi‘ah ini dengan sendirinya tertolak.



[1]       Al-Haytami, Syihab al-Din Ahmad b. Hajar (1978), al-Minhaj al-Qawim, c. 2, Beirut: Mu’assat ‘Ulum al-Quran, h. 224. 

[2]       Al-Qari, Mulla ‘Ali b. Sultan Muhammad (t.t), Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, j. 3, Beirut: Dar al-Fikr, h. 300.

[3]       Al-Baghdadi, ‘Abd al-Qahir b. Tahir (t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 270.

[4]       Al-Juwayni, ‘Abd al-Malik b. ‘Abd Allah (1995), Kitab al-Irsyad ila Qawati‘ al-Adillah fi Usul al-‘Itiqad, c, 1, Beirut: dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 21.

[5]       Lihat al-Nawawi, Yahya b. Syaraf (1924), Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, j. 5, Kaherah: al-Matba‘ah al-Misriyyah wa Maktabatuha, h. 24. 
SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

EDISI BONGKAR SYIAH 7: AR-RAJAAH DI SISI SYIAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

NOTA ADALAH TULISAN IBNU SYAFIE HAFIZOHULLAH 

TEORI AL-RAJ`AH

Selain itu, ramai daripada golongan Syi`ah Imamiah berpendapat bahawa Allah subhanahu wata`ala akan mengembalikan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, Sayyidina `Ali, al-Hasan, al-Husain dan beberapa imam-imam mereka yang lain dan musuh-musuh mereka seperti Sayyidina Abu Bakr, `Umar, `Uthman, Mu`awiyah dan Yazid ke dunia setelah kedatangan al-Mahdi. Mereka akan menuntut keadilan terhadap perampasan jawatan imamah [menurut mereka] yang sepatutnya diberikan kepada ahl al-Bayt Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Bahkan, al-Murtadha telah berkata bahawa Sayyidina Abu Bakr dan `Umar akan disalib pada zaman pemerintahan al-Mahdi[1].Pendapat mereka dalam hal ini didapati bercanggah secara jelas dengan nas al-Quran dan al-Hadith. Menurut Ahli Sunnah Waljama`ah, setiap manusia yang telah mati, maka manusia tersebut tidak akan kembali ke dunia sehinggalah berlakunya kiamat[2]. Hal ini selaras dengan firman Allah subhanahu wata`ala: 

((أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّنَ الْقُرُوْنِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لَا يَرْجِعُوْنَ)) 

Maksudnya: 
“Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? umat-umatyang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada kami, untuk menerima balasan)”.                                                                                                                                                                               (Surah Yaasin (36): 31)

Selain itu, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam juga telah bersabda; tidak ada negeri setelah kematian melainkan syurga dan neraka (ليس بعد الموت دارا إلا الجنة والنار). Maka berdasarkan hadis ini, jelaslah bahawa setiap manusia yang telah menemui ajal tidak akan kembali ke dunia[3]. Ini kerana, ruh manusia yang telah meninggal dunia dipisahkan daripada kehidupan manusia di dunia dengan alam barzakh. Oleh yang demikian, maka tertolaklah iktikad al-raj`ah yang menjadi pegangan sebahagian besar daripada golongan Syi`ah Imamiah tersebut.Manakala tentang Imam al-Mahdi[4], Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ ابْنُ مَرْيَمَ فِيْكُمْ وَإِمَامُكُمْ مِنْكُمْ".

Maksudnya:
Daripada abu Hurairah radiyallahu`anhu, bahawa Rasulullah telah bersabda: “Bagaimanakah kamu apabila turun `Isa b. Maryam dalam kalangan kamu sedangkan pemimpin kamu adalah daripada kalangan kamu.”[5]

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: "الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِيْ مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ". 

Maksudnya:
Daripada Umm Salamah, beliau telah berkata: Aku mendegar Rsulullah bersabda: “al-Mahdi daripada keturunanku, daripada keturunan Fatimah.”[6] 

Dalam akidah Ahli Sunnah Waljama`ah, hanya Nabi `Isa `alaihissalam yang akan diturunkan semula oleh Allah subhanahu wata`ala ke dunia ini ketika hampir berlakunya kiamat, tetapi hal ini bukan dinamakan sebagai al-raj`ah kerana baginda `alaihissalam belum lagi wafat. Baginda bukan dihidupkan semula pada akhir zaman kelak, sebaliknya baginda akan diturunkan ke dunia setelah baginda diangkat ke langit dengan jasad dan ruh baginda untuk tempoh masa yang tertentu tanpa mengalami kematian. Penurunan baginda juga bukan membawa syariat yang baru, tetapi baginda akan melaksanakan keadilan berpaksikan syariat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, selain akan turut membunuh khinzir, memusnahkan salib dan mengutip jizyah[7]. Peristiwa penurunan Nabi `Isa `alaihissalam pada akhir zaman kelak adalah sabit di dalam al-Quran. Allahsubhanahu wata`ala berfirman:

((وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُوْنُ عَلَيْهِمْ شَهِيْدًا))

Terjemahannya:
“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isasebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka”.                                                                                                                   (Surah al-Nisa’ (04): 159)


Menurut al-Buti, kata ganti diri (dhamir) pada perkataan قبل موته di dalam ayat di atas adalah jelas merujuk kepada Nabi `Isa `alaihissalam. Hal ini sekaligus membuktikan bahwa baginda masih hidup dan tidak pernah mati (لم يمت).Ayat ini juga telah membatalkan dakwaan golongan Yahudi yang mendakwa bahawa Nabi `Isa `alaihissalam telah mati disalib oleh kaumnya.Ayat ini menjadi dalil yang jelas dalam menyatakan perbezaan di antara iktikad Ahli Sunnah Waljama`ah dan iktikad Syi`ah Imamiah khususnya dalam masalah al-raj`ah ini.

Demikianlah beberapa aspek yang telah cuba digarapkan oleh penulis dalam melihat percanggahan di antara golongan Syi`ah ini dengan golongan Ahli Sunnah Waljama`ah. Secara dasarnya, mereka bukan hanya menyalahi al-Quran dan al-Sunnah, bahkan mereka turut menyalahi ijma’ para ulama yang merupakan salah satu daripada usul al-tasyri` yang turut menjadi rujukan majoriti umat Islam zaman berzaman.Dalam aspek syaria`t, perselisihan terbesar mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljama`ah berlaku dalam masalah memahami nas al-Quran dan sikap mereka yang menolak sejumlah hadis yang diriwayatkan oleh individu selain daripada imam-imam mereka[8]. Tindakan ini bukan hanya merugikan kelompok mereka, bahkan turut memudahkan mereka untuk tergelincir daripada landasan haq disebabkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh imam-imam mereka adalah bukan berdasarkan kepada wahyu, namun ia berlandaskan kepada hawa nafsu semata-mata.     


[1]       Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, op.cit., h. 246.

[2]       Al-Nasafi, Maymun b. Muhammad (2005), Bahr al-Kalam, Suntingan: al-Sayyid Yusuf Ahmad, c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 188.

[3]       Ibid.

[4]       Secara dasarnya, hadis berhubung al-Mahdi memang tidak terdapat di dalam al-Sahihaynsecara lafzi dan terperinci, namun ia ada disebutkan di dalam kedua-dua kitab tersebut secara makna (مجملة).   Terdapat beberapa orang tokoh muhaddis yang telah mengeluarkan hadis-hadis berhubung al-Mahdi di dalam kitab-kitab mereka, antaranya; Abu Dawud dan Ibn Majah dalam Sunan mereka, Imam Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam Mustadraknya dan Ibn Hibban dalam Sahihnya. Di sisi ASWJ, al-Mahdi merupakan keturunan Nabi Muhammad S.A.W dari sesepuh Sayyidina Husain, dan bukan daripada sesepuh Sayyidina Hasan sebagaimana yang telah didakwa oleh golongan Syi`ah. Selain itu, nama beliau mirip nama Rasulullah S.A.W  iaitulah Muhammad b `Abdullah, dan bukannya Muhammad b. al-Hasan al-`Askari [imam ke sebelas bagi golongan Syi`ah al-Ithna `Asyriyyah]. Beliau juga akan dilahirkan pada akhir zaman kelak untuk memerintah dunia dan akan dizahirkan kemunculannya kepada umat Islam secara terang-terangan oleh Allah S.W.T. ketika beliau dibai`ahkan oleh umat Islam di antara rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim. Hal ini berlainan dengan dakwaan golongan Syi`ah Imamiah yang mengatakan bahawa al-Mahdi telah ghaib dalam usia kanak-kanak dan akan dizahirkan semula kepada manusia oleh Allah pada akhir zaman kelak. Berhubung dengan persoalan al-Mahdi ini, ia bukan merupakan suatu perkara khilafiyyah, bahkan ia merupakan suatu perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama ASWJ. Untuk keterangan lanjut, rujuk Mohd Zaidi Abdullah (2000),Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jamaah: Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup, c. 1, Kuala Lumpur: Syathariah Niaga Jaya Sdn. Bhd., h. 269-273; Ahmad Amin (1987), Duha al-Islam,op.cit., h. 237.

[5]       Abu `Abdullah Muhammad b. Ismail b. Ibrahim b. al-Mughirah b. Bardizbah al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, hadis no. 3449 dalam Bab Nuzul `Isa Ibn Maryam `alayhima al-salam, h. 282; al-Naysaburi, Abi al-Husayn Muslim b. al-Hajjaj b. Muslim (2000), Sahih Muslim dalam Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, hadis no. 244 dalam Bab Nuzul `Isa Ibn Maryam Hakiman bi Syari`ati Nabiyyina Muhammad S.A.W, h. 703.

[6]       Abi Dawud Sulayman b. al-Asy`ath b. Ishaq al-Azdi al-Sajistani (2000), Sunan Abi Dawuddalam Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, hadis no. 4284 dalam Bab Awwalu Kitab al-Mahdi, h. 1535.

[7]       Al-Musayyar, Muhammad Sayyid Ahmad (2007), Fatawa al-`Aqidah al-Islamiyyah, c. 1, Kaherah: Maktabah al-Iman, h. 230-231.

[8] Ahmad Amin (1987), op.cit., h. 267.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

EDISI BONGKAR SYIAH 6: SYIAH MENDAKWA IMAM MEREKA MAKSUM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

NOTA ADALAH TULISAN IBNU SYAFIE HAFIZOHULLAH 


KONSEP `ISMAH

Selain itu, golongan Syi`ah imamiah juga turut mendakwa bahawa para imam mereka bermula daripada Sayyidina `Ali sehinggalah imam-imam yang dilantik selepas kematian beliau wajib bersifat maksum daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar[1] sepertimana para anbiya’, cuma tinggal lagi mereka tidak diturunkan wahyu sepertimana para anbiya’[2]. Tidak terbit daripada mereka melainkan perkara-perkara yang baik dan mereka sama sekali tidak akan melakukan kesalahan[3]. Menurut Ahmad Amin, disebabkan faham sesat inilah para ulama mutakallimin telah mengarang bab khusus berhubung `ismah al-anbiya’ dalam siri wacana mutakallimin[4]. Pada dasarnya, konsep `ismah yang menjadi pegangan mereka ini secara jelas bercanggahan dengan iktikad Ahli Sunnah Waljama`ah.Ini kerana, di sisi Ahli Sunnah Waljama`ah, konsep `ismah hanya sah berlaku terhadap para Nabi dan Rasul, adapun manusia biasa, mereka tidak sama sekali terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa disebabkan adanya kecenderungan hawa nafsu dalam diri manusia yang sering mendorong mereka secara fizikal mahupun batin untuk memenuhi tuntutannya.Disebabkan para anbiya’ merupakan ikutan kepada umat manusia, maka Allahsubhanahu wata`ala telah menganugerahkan `ismah kepada mereka selain turut memperkuatkan pengutusan mereka dengan penganugerahan mukjizat yang pelbagai bagi membuktikan kesahihan risalah yang dibawa oleh mereka.Selain itu, penganugerahan `ismah juga kepada mereka, sama ada sebelum mahupun selepas kenabian dan kerasulan adalah untuk memuliakan mereka[5].

Para Nabi dan Rasul telah diutus kepada umat manusia sebagai pemimpin dan pemberi petunjuk dalam membimbing manusia ke jalan yang lurus. Logiknya, jika mereka tidak terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan, maka sudah tentu umat manusia tidak akan mempercayai kata-kata mereka. Hal ini seterusnya akan membawa implikasi yang lebih besar di mana matlamat kenabian dan kerasulan mereka akan terbatal. Maka oleh sebab itu, konsep `ismah adalah wajib[6] bagi memastikan tanggungjawab kerasulan terlaksana.Selain itu, kesucian dan kekudusan yang terzahir menerusi konsep `ismah yang wujud pada mereka tersebut akan menjelaskan lagi kedudukan mereka. Dalam mempertahankan konsep ini pada hak para anbiya’, al-Razi telah berpendapat bahawa sekiranya mereka tidak terpelihara daripada maksiat, maka sudah tentu mereka akan termasuk dalam golongan yang mendapat kebencian Allah disebabkan mereka tidak melakukan apa yang mereka telah katakan[7]; iaitulah menyeru manusia supaya melakukan taat kepada Allah dan menjauhi segala larangan Allah. Maka, hal tersebut tertolak secara ijma’[8].

Walaubagaimanapun, konsep ini tidak boleh digunakan bagi pihak para imam mahupun khalifah.Iktikad ini bukan hanya menyalahi ijma’, bahkan turut jauh tersimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.Ini kerana, imam atau khalifah yang dilantik adalah manusia biasa dan peranan mereka tidak lebih daripada menguruskan urusan umat Islam mengikut al-qanun al-islami yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam[9].al-Razi menyebut bahawa, golongan Syi`ah berkeyakinan bahawa imam-imam mereka maksum berdasarkan ayat ke 124 dalam Surah al-Baqarah yang menyatakan bahawa orang yang zalim tidak akan menjadi imam[10]. 

Justeru, berdasarkan premis ini, di sisi mereka, setiap orang yang melakukan dosa sama ada yang zahir mahupun yang batin, maka ia tidak layak untuk menjadi imam. Dakwaan ini tertolak kerana menurut al-Razi ayat tersebut hanya menunjukkan bahawa syarat untuk menjadi imam, hendaklah imam tersebut tidak banyak melakukan dosa (أن شرط الإمام أن لا يكون مشتغلا بالذنب) dan ia sama sekali tidak mengandungi dilalah ke atas wajibnya maksum pada diri mereka[11]. Selain itu, sekiranya benar individu yang akanmenggantikan Rasulullah mestilah maksum, maka mengapakah Sayyidina Abu Bakr berkata “taatlah aku selagi mana aku taat kepada Allah, sekiranya aku menderhakai Allah, maka tidak ada lagi ketaatan terhadapku”[12]. Maka cukuplah kenyataan ini sebagai dalil bahawa konsep `ismah ternafi daripada hak para imam.



[1]       Al-Razi, Muhammad b. `Umar b. al-Husayn (1986), al-Arba`ien fi Usul al-Din, j.2, Kaherah: Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah, h. 263; Ahmad Amin (1978),op.cit., h. 221; al-Syahrastani (1976), op.cit., h. 146.

[2]       Al-Ghazzali, Muhammad b. Muhammad (2008), Fada’ih al-Batiniyyah, Kaherah: Dar al-Far al-Faruq li al-Istithmarat al-Thaqafiyyah, h. 64.

[3]       Ahmad Amin (1978), Fajr al-Islam, op.cit., h. 268.

[4]       Ahmad Amin(1978), op.cit., h. 228.

[5]       Nuh `Ali Salman (2003), op.cit., h. 127.

[6]       al- Sawi (2007), op.cit., h. 300. 

[7]       Rujuk al-Quran, Surah al-Saff (61): 2-3 dan al-Baqarah (02): 44.

[8]       Al-Razi(1986), op.cit., h. 119.

[9]       Ahmad Amin (1978), Duha al-Islam, op.cit., h. 20-21.

[10]     Allah S.W.T berfirman:  

((وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيْمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِى الظَّالِمِيْنَ))

Maksudnya:
”Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang Yang zalim."
                                                                                                            (Surah al-Baqarah (02): 124)

[11]     Dalam hal ini, al-Razi telah mengemukakan sekurang-kurangnya lima hujah dalam membatalkan dakwaan golongan Syi`ah berhubung kemaksuman imam-imam mereka tersebut. Rujuk; Ibid., h. 267-268.Al-Ghazzali juga ada menyatakan bantahan terhadap konsep `ismah menurut golongan sesat ini. Untuk keterangan lanjut, rujuk al-Ghazzali, Fada’ih al-Batiniyyah,op.cit.,h. 168-170.

[12]     al-Baqillani(1987), op.cit., h. 476.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

EDISI BONGKAR SYIAH 5: SAYYIDUNA ABU BAKR DIKAFIRKAN SYIAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

NOTA ADALAH TULISAN IBNU SYAFIE HAFIZOHULLAH 

PEMILIHAN ABU BAKAR

Di antara iktikad sesat yang telah dianuti oleh golongan Syi`ah Imamiah juga adalah mendakwa bahawa Sayyidina Abu Bakr telah merampas jawatan khalifah yang sepatutnya menurut mereka adalah milik Sayyidina `Ali. Berdasarkan alasan ini jugalah mereka telah menyesatkan bahkan mengkafirkan bukan sahaja Sayyidina Abu Bakr, tetapi juga para sahabat yang lain. Berhubung persoalan ini, penulis berpendapat bahawa, golongan Syi`ah ini telah meninggalkan dan mengesampingkan pandangan golongan majoriti umat Islam berhubung validiti jawatan khalifah yang disandang oleh Sayyidina Abu Bakr berdasarkan ijma’ ulama[1], lantaran ketaksuban yang begitu menebal di dalam diri mereka terhadap Sayyidina `Ali.Situasi ini secara tidak langsung telah meletakkan diri mereka pada pihak yang menyongsang suruhan baginda Nabi Muhammadsallallahu`alaihi wasallam agar umat Islam berada bersama golongan majoriti (عليكم بالسواد الأعظم)[2]. Al-Ghazzali dalam hal ini, beliau mengatakan bahawa umat Islam wajib mengingkari perkara yang tidak thabit pada hak para sahabat radiyallahu`anhum. Menurutnya lagi, sepatutnya umat Islam perlulah bersangka baik terhadap mereka, kerana tersalah dalam menyangka baik terhadap seseorang muslim adalah lebih selamat/sejahtera daripada berada di pihak yang benar, namun mencerca dan mecela muslim tersebut[3].   

Dalam hal ini, golongan Ahli Sunnah Waljama`ah berpendapat bahawa terdapat beberapa sebab yang relevan untuk dikaitkan dengan pemilihan Sayyidina Abu Bakr sebagai khalifah yang pertama sekaligus melayakkan beliau untuk memimpin urusan umat Islam setelah kewafatan bagindasallallahu`alaihi wasallam. Salah satu daripadanya adalah suruhan baginda supaya Sayyidina Abu Bakr mengimamkan solat kaum muslimin yang terdiri daripada kaum al-Muhajirin dan kaum al-Ansar dengan sabda baginda; “Kamu suruhlah Abu Bakr supaya beliau mengimamkan solat orang ramai [umat Islam] (مروا أبا بكر فليصل بالناس)[4]. Rasulullah juga telah bersabda bahawa umat Islam akan diimamkan oleh orang yang paling banyak membaca al-Quran dalam kalangan mereka [iaitulah yang paling luas pengetahuannya tentang al-Quran] (يؤم القوم أقرؤهم لكتاب). Menurut al-Asy`ari, ini merupakan dalil yang terkuat yang menunjukkan bahawa Sayyidina Abu Bakr merupakan sahabat yang paling afdal dan paling berhak menggalas jawatan sebagai khalifah[5].Para sahabat juga telah menjadikan peristiwa ini sebagai dalil bagi melantik Sayyidina Abu Bakr sebagai Khalifah.Salah seorang daripad mereka adalah Sayyidina `Umar al-Khattab[6].

Selain itu, al-Suyuti telah meriwayatkan bahawa; ketika Hasan al-Basri membaca firman Allah ta`ala: ياأيهاالذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف ياتي الله بقوم يحبهم ويحبونه [al-Maidah (05) : 54] beliau telah berkata bahawa kaum di dalam ayat tersebut merujuk kepada Abu Bakr dan para sahabat beliau. Ini kerana, tatkala murtadnya sebilangan umat Islam setelah kewafatan baginda Nabi Muhammad, Sayyidina Abu Bakr dan para sahabatnya telah berjaya menguasai mereka dan mengembalikan mereka kepada Islam[7].al-Asy`ari juga telah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Abu al-`Abbas b. Syuraih telah berkata bahawa, khilafah al-siddiq terkandung di dalam ayat tersebut. Ini kerana, menurutnya para ahli ilmu telah bersepakat bahawa tidak ada peperangan yang berlaku setelah turunnya ayat tersebut melainkan peperangan yang melibatkan Sayyidina Abu Bakr dan para sahabatnya menentang orang-orang yang murtad dan orang yang enggan mengeluarkan zakat[8].
Dalam pada itu, ketika membahaskan dalil-dalil yang menunjukkan kelayakan Sayyidina Abu Bakr sebagai khalifah, al-Suyuti dan al-Amidi telah menyebutkan sebuah hadis berikut:

عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِقْتَدُوْا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِيْ أَبُوْ بَكْرٍ وَعُمَرَ.

Maksudnya:
[Diriwayatkan] daripada Hudhaifah radiyallahu `anhu beliau telah berkata: Rasulullah sallahu `alayh wasallam telah bersabda: “Hendaklah kalian mengikut mereka berdua yang [hidup] setelahku, [iaitulah] Abu Bakr dan `Umar”[9].

Al-Tabrani telah mengeluarkan hadith ini menerusi riwayat Abu al-Darda’, manakala al-Hakim pula telah mengeluarkan hadis ini menerusi riwayat Ibn Mas`ud[10].Hadis ini merupakan salah satu daripada lapan nas yang dikemukakan oleh al-Amidi di dalam Ghayat al-Maram bagi membuktikan keutamaan Sayyidina Abu Bakr dan kelayakan beliau menjadi khalifah umat Islam[11].

  
[1]       Al-Asy`ari, Abu al-Hasan (1975), Kitab al-Luma` fi al-Radd `ala Ahl al-Zaigh wa al-Bida`, Kaherah: Jami` al-Azhar li al-Ta’lif wa al-Tarjamah wa al-Nasyr, h. 134.

[2]       Hadis tersebut adalah: (عن أبي هريرة رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أمتي لا تجتمع على ضلالة، فإذا رأيتم اختلافا فعليكم بالسواد الأعظم. ) Maksudnya: DaripadaAbi Hurairahradiyallahu`anhu, beliau telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya umat aku tidak akan bersepakat dalam kesesatan. Oleh kerana itu, apabila kalian melihat terjadinya perselisihan, maka kalian hendaklah mengikuti kelompok yang majoriti”.al-Hafiz al-Suyuti telah menilainya sebagai hadis sahih. Rujuk al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), al-Jami` al-Saghir fi Ahadith al-Basyir al-Nadhir, j. 1, c. 4, t.t.p.: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 88.

[3]       Al-Ghazzali. Muhammad b. Muhammad (2003), al-Iqtisad fi al-I`tiqad, c. 1, Beirut: Dar Qutaybah, h. 173.

[4]       Al-Suyuti (t.t), op.cit., h. 62.

[5]       Ibid., h. 63.

[6]       Ibid

[7]       Ibid., h. 65.

[8]       Ibid.

[9]       Hadis ini dinilai hasan oleh al-Tirmidhi dan dihukum sahih oleh al-Hakim. Lihat, Ibid., h. 61.

[10]     Ibid.

[11]     Rujuk al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad (1971),op.cit., h. 379-380.


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

EDISI BONGKAR SYIAH 4: RUKUN IMAN SYIAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

NOTA ADALAH TULISAN IBNU SYAFIE HAFIZOHULLAH 

Secara umumnya, jumhur golongan Syi‘ah berpegang bahawa iman adalah membenarkan Allahsubhanahu wata`ala, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para imam serta segala perkara yang dibawa oleh mereka. Hanya mereka yang membenarkan para imam akan menjadi muslim lagi mukmin atau mu’min bi al-ma‘na al-akhas[1]. Adapun mereka yang hanya berpegang dengan rukun Islam yang lima tanpa meyakini rukun keenam yang khusus berkait dengan al-imamah, maka orang tersebut hanyalah seorang muslim atau mu’min bi al-ma‘na al-a‘am[2]. Namun, kedudukan orang tersebut berada di bawah kedudukan golongan Syi`ah[3]. Maka, berdasarkan pendapat mereka ini, bererti setiap orang yang mukmin adalah muslim, tetapi tidak semua orang yang muslim adalah mukmin[4]. Ini juga menjadi asas munculnya faham bahawa Islam yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam tersebut hanya akan menjadikan seseorang itu muslim sahaja tidak akan naik ke darjat mukmin, sementara penganut Sy`iah pula adalah orang mukmin dan kedudukan mereka lebih tinggi daripada muslim yang biasa disebabkan iktikad al-imamah yang menjadi pegangan mereka tersebut. Perkara ini secara jelas bercanggah dengan prinsip pegangan yang menjadi tunjang keimanan umat Islam yang beraliran Ahli Sunnah Waljama`ah.Dalam hal ini, mereka bukan hanya menyeleweng daripada pegangan sejati umat Islam, bahkan mereka juga telah menokok tambah perkara yang pada asalnya tiada dinaskan oleh baginda Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

Di sisi Ahli Sunnah Waljama`ah, maksud al-iman adalah merujuk kepada pembenaran yang putus terhadap segala perkara [wahyu] yang telah dibawa oleh nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam merangkumi perkara-perkara yang ditelah diketahui di dalam agama secara daruri[5].Ia turut merangkumi pembenaran dengan hati, berikrar dengan lidah dan melakukan tuntutan iman dengan perbuatan [al-tasdiq bi al-jinan wa al-iqrar bi al-lisan wa al-`amal bi al-arkan][6].Perkara yang dibawa tersebut adalah perkara yang sabit secara putus menerusi al-Quran dan al-Sunnah serta wajib diyakini tanpa sebarang zan, syak dan wahm[7]. Ia merangkumi beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, hari kiamat dan qada’ dan qadar sama ada yang baik mahupun yang buruk[8].Inilah yang merupakan simpulan-simpulan iman yang telah disebutkan oleh Rasulullah di dalam hadis Jibril. Manakala Islam pula, ia bermaksud menyerah (al-istislam), tunduk dan patuh serta reda terhadap segala perkara yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam[9]merangkumi segala perintah dan tegahan Allahsubhanahu wata`ala[10].

Hasan Ayyub sebagai contoh, di dalam kitabnya menyebut bahawa terdapat dua pendapat ulama’ dalam menetapkan sama ada seseorang itu Islam atau tidak, atau Islam namun mereka dikenali dengan muslim yang melakukan maksiat (`asi, fasiq, mudhnib). Pendapat jumhur menyatakan bahawa, melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah di dalam Islam bukanlah rukun atau syarat dalam menetapkan seseorang itu sama ada Islam ataupun tidak. Berdasarkan pendapat ini, mereka yang tidak beramal akan dikenali sebagai muslim yang fasiq atau muslim yang melakukan maksiat. Namun sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa melaksanakan segala perintah Allah beserta rukun-rukunnya merupakan syarat seseorang itu menjadi Islam. Sekiranya mereka hanya tunduk dan patuh semata-mata kepada Islam, namun tidak beramal, maka orang tersebut tidak dikenali sebagai Muslim.

Firman Allah ta`ala:

((إِنَّ اللهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَن يَشَآءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيْدًا))

Terjemahannya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya…”
(Surah al-Nisa’ (04): 116)

Berdasarkan mafhum ayat ini, dapat difahami bahawa Islam itu merangkumi aspek zahir dan batin seseorang. Ini kerana, ketundukan kepada agama (idh‘an bi al-din) dan reda merupakan aspek batin, manakala tunduk kepada hukum-hakamnya merupakan aspek yang zahir. Maka, atas dasar ini, Islam lebih umum daripada iman dan iman lebih khusus daripada Islam[11]. Kedua-duanya juga saling berlaziman di antara satu sama lain[12]. Ini adalah kerana, orang yang membenarkan di dalam hati berhubung wahyu yang dibawa oleh Rasulullah mestilah turut tunduk terhadapnya. Begitu juga orang yang tunduk kepada wahyu yang dibawa oleh Rasulullah pastinya akan membenarkan wahyu tersebut. Maka oleh sebab itu, apabila iman dan Islam disebut di dalam al-Quran, kedua-duanya menjurus kepada makna yang satu[13].Maka jelaslah bahawa para ulama Ahli Sunnah Waljama`ah langsung tidak menyatakan bahawa kepercayaan terhadap imamah itu merupakan syarat keimanan bagi seseorang. Mereka turut tidak meletakkan kepercayaan terhadap konsep imamah tersebut sebagai parameter dalam menentukan seseorang itu sama ada mukmin ataupun tidak bahkan, yang menjadi kayu ukur dalam menentukan Islam atau tidaknya seseorang di sisi Ahli Sunnah Waljama`ah adalah berdasarkan kalimah syahadah yang diucapkannya[14].



[1]       Muhammad al-Husayn Aal Kasyif al-Ghita’ (1995), Asl al-Syi‘ah wa Usuluha, c. 01, Beirut: Dar al-Adwa’ li al-Tiba‘ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi‘, h. 135. Lihat juga al-Asy‘ari, Abu al-Hasan ‘Ali b. Isma‘il (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin, Muhammad Muhy al-Din ‘Abd al-Hamid (thqq), c. 02, j. 01, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h. 125. 

[2]       Ibid.

[3]       Hasan Ayyub (1980), Tabsit al-`Aqa’id al-Islmiyyah, Beirut: Dar al-Qur’an al-Karim, h. 341.

[4]       Dr. H. O. K, Rahmat (1979), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., h. 616-617.

[5]       Muhammad Rabi` b. Muhammad Jawhari (2005), `Aqidatuna, j. 1, c. 10, Kaherah: t.p, h. 37. Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam  telah menghuraikan maksud ‘perkara-perkara yang diketahui secara daruri di dalam agama’ sebagai perkara-perkara agama yang diketahui oleh orang awam mahupun orang yang berilmu (al-khassah), dan tidak perlu merujuk kepada nas-nas [al-Quran dan al-Hadith] untuk memahami perkara tersebut seperti kefarduan solat lima waktu, puasa, zakat, haji dan keharaman perbuatan zina dan meminum arak. Rujuk al-Sawi, Ahmad b. Muhammad al-Maliki (2007), Kitab Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid, Suntingan, Dr. `Abd al-Fattah al-Bazzam, c. 5, Beirut: Dar Ibn Kathir, h. 130. 

[6]       Nuh `Ali Salman (2003), al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh al-Tawhid, c. 1, Kuala Lumpur: Albayan Corporation Sdn. Bhd., h. 42.

[7]       Hasan Ayyub (1980), op.cit., h. 341.

[8]       Ibid.,h. 41.

[9]       Ibid.

[10]     Muhammad Rabi (2005), op.cit., h. 45.

[11]     Ibid., h. 44.

[12]     Muhammad Rabi` (2005), op.cit., h. 45.

[13]     Ibid., h. 45

[14]     Nuh `Ali Salman (2003), op.cit., h. 40.


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...