Selasa, 22 Januari 2013

Makrifatullah (Ringkas Padat)

Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Kata Sayyiduna Abu Bakr As-Siddiq:

العجز عن درك الإدراك إدراك والبحث عن ذاته كفر وإشراك

"Kelemahan dalam mencapai hakikat Zat Allah itulah Makrifah / Pengetahuan sebenar, dan pencarian mengenai ZatNya adalah kufur dan syirik"

Barangsiapa yang sampai kepada tahap LEMAH dan TIDAK UPAYA mencapai hakikat ZAT ALLAH, maka itulah MAKRIFAT, dan pencarian mengenai ZATNYA yakni masih tidak puas hati dengan kelemahan HAMBA menggapai Hakikat Zat ALLAH adalah Kufur dan Syirik

Syarah:

Adapun kita sebagai HAMBA tidak dituntut untuk mencari-cari ZAT ALLAH, bagaimana ZAT ALLAH kerana kaedah "Yang menjadikan bagaimana (yakni rupa bentuk) tidak ditanya akan DIA bagaimana kerana DIA tidak berupa bentuk"

Cukup sekadar kita mengimani bahawa Allah Tidak Seperti Makhluknya (As-Syura:11), Allah Tidak Mempunyai Ayah Ibu Anak (Al-Ikhlas), Tidak Berhajat Pada Yang Lain (Al-Ikhlas). Allah tidak beranggota, bukan jisim, bukan jirim, bukan jawhar, bukan aradh, tidak bertempat tidak diliputi masa tidak diliputi arah, bukan di dalam sesuatu atau diluar sesuatu. MAHA SUCI ALLAH

Kata Imam Ahmad dan Imam Zun Nun Al-Misri:

"Apa sahaja yang terlintas di benak fikiranmu maka ketahuilah Allah adalah BERBEZA dengan apa yang kamu BAYANGKAN"

Adapun, mereka yang mencari-cari mengenai ZAT ALLAH, pengakhirannya ada dua keadaan:

1) Akan menjadi seorang Mu'aththil (Ta'thil) - Yakni menafikan kewujudan Allah, ZatNya, SifatNya, Af'alNya - Jadi Atheis - Dan ini adalah seburuk-buruk kekufuran

2) Akan menjadi seorang Musyabbih (Tasybih) - Yakni menyamakan kewujudan Allah dengan makhlukNya pada ZatNya (seperti kata Allah ada tangan), pada SifatNya (seperti kata Allah baharu, berubah), pada Af'alnya (seperti kata Allah turun naik, Allah baru tahu) - Jadi Musyrik - Kufur

Dua-dua keadaan ini adalah KUFUR dengan IJMAK tanpa KHILAF dan SYAK

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan