Khamis, 28 Februari 2013

NASIHAT SYAIKH ABDULLAH AL-HARARIY: ILMU AGAMA ADALAH CAHAYA

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Telah berkata Al-Imam Al-Kabir As-Salafiy At-Thohawiy Rohimahullah dalam kitabnya Aqidah Thohawiyyah:

"Maha Suci Allah dari berHAD, berSEMPADAN (berpenghujung), berSUSUN, berANGGOTA, berBAHAGIAN, tidak diliputi ARAH yang ENAM (atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang) sebagaimana SEMUA MAKHLUK"

Berkata lagi Imam At-Thohawiy Rohimahullah:

"Dan BARANGSIAPA (tak kiralah siapa, berserban, berjubah, zuhud dll) menyifatkan Allah dengan SALAH SATU daripada SIFAT MANUSIA (makhluk) maka dia telah KUFUR"

Telah berkata Al-Imam Al-Muhaddith Syaikh Abdullah Al-Haroriy:

"Maka sesungguhnya mereka yang TIDAK BELAJAR ILMU AGAMA maka keadaannya itu seolah-olah dia berjalan dalam KEGELAPAN di tempat yang dipenuhi DURI, ULAR, HARIMAU, dan selainnya daripada pemangsa (bintang buas) dan perkara-perkara yang binasa. Dan Sesungguhnya telah Bersabda Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam: ((Dunia ini dilaknat dan dilaknat apa yang di dalamnya kecuali Zikir (mengingati) Allah dan Sesuatu yang Dikasihi Allah, dan Org yang Alim yang mengajar agama, serta Orang yang belajar agama)). Hadis ini membawa maksud, EMPAT PERKARA yang disebut dalam hadis adalah perkara yang membawa kebaikan, akan tetapi selainnya itu tidak ada padanya KEBAIKAN"

Maka beruntunglah mereka yang Berzikir kepada Allah, menjadi mereka yang dikasihi Allah (Para Anbiya', Awliyaa', Syuhadaa', Solihin, dan lain-lain), orang yang berilmu yang mengajar, dan org yang belajar.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Selasa, 26 Februari 2013

FENOMENA AHBASH: APA KATA TUAN GURU SYAIKH NURUDDIN?

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Ulama akan mengagumi Ulama. Tambahan pula Syaikh Nuruddin merupakan anak murid kepada Musnid Dunya Syaikh Yasin Al-Fadaniy sahabat kepada Al-Muhaddis Syaikh Abdullah Al-Harariy. Lihat kata-kata cantik dari seorang Ulama Ahlussunnah Wal Jamaah:

   

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

WAHABI KEJAM: SAUDI SENDIRI MENGAKUI NAJD PEROSAK

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Barang yang benar akan tetap dengan sifatnya benar. Biar ditohmah, dicaci, disorok, dimaki, difitnah, sifatnya adalah BENAR. Dakwah Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam juga BENAR, tetap dicaci dimaki difitnah. Itu adalah kebiasaan. Walaubagaimanapun, sifat KEBENARAN itu akan MENGHAPUSKAN yang BATHIL. Yang bathil akan LENYAP yang BENAR akan TERZAHIR. Begitulah yang berlaku apabila Saudi Sendiri menerbitkan buku dan kisah mengenai kekejaman datuk nenek mereka bersama Mohd bin Abdul Wahhab menjarah Hijaz. Lihat BUKUNYA:


Allah Sahaja yang boleh membalas kekejaman MEREKA.....

Disalin dari Ustaz Hanif Salleh

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

WAHABI PENGKAFIR: MUFTI PERLIS MENYESATKAN ASYAIRAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Tajuk khutbah Jumaat di Negeri Perlis ini ialah : ALLAH MENURUT AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH. Disampaikan pada (1/2/2013 BERSAMAAN 20 RABIUL AWWAL 1434 HIJRAH) -

MUFTI PERLIS TERKINI DR JUANDA MENYESATKAN ASYAIRAH. Lihat print screen ASAL:


INI TEKS ASAL DARI  FACEBOOK JUANDA
BAGAIMANAPUN setelah ditekan, akhirnya diubah....DASAR PENAKUT PUAK-PUAK WAHABI NI. Kenyataan YANG DIUBAH 

INI TEKS YANG TELAH DIPINDA

Sikap WAHABI memang begini. Mengkafirkan Seluruh Ahlussunnah, dan terdahulu pernah menyesatkan IMAM NAWAWI dan IMAM IBN HAJR ASQOLANIY.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Isnin, 25 Februari 2013

VIDEO: SYAIKH ABDULLAH AL-HARARI MENDEDAHKAN MENGENAI WAHABI

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Syaikh Abdullah Rahimahullah menceritakan mengenai Wahabi (ada sarikata):


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

BAITUSSAADAH: PONDOK MODEN BERKUALITI TINGGI



Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Alhamdulillah sebuah PONDOK MODEN telah ditubuhkan bagi MEMPERHEBATKAN lagi dakwah AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH seluruh MALAYSIA. Sebuah pondok yang akan mengajarkan anda Aqidah Berlandaskan Mazhab AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH (ASYAARI dan MATURIDI), Fiqh Berlandaskan Mazhab IMAM SYAFIE dan Akhlak serta Tasawwuf berlandaskan JALAN TAREQAT MUKTABARAH.

Berikut adalah PROMOSI BAITUSSAADAH, AYUH REBUT PELUANG KEEMASAN INI!!!


PENGENALAN :

Baitussaadah (BS) merupakan sebuah pusat kecemerlangan ilmu-ilmu Islam yang menitikberatkan kualiti dan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu kepada para peserta. Penekanan utama BS ialah melahirkan generasi yang berjaya di dunia dan di akhirat. Segala program ilmiah yang disediakan di BSdisampaikan secara amanah oleh tenaga pendidik yang cemerlang dari lulusan universiti tempatan dan universiti luar negara untuk memastikan para peserta yang mempelajari kitab juga memperolehi kecemerlangan. Kemudahan seperti bilik kuliah yang eksklusif dan berhawa dingin, ruangan solat yang luas dan koperasi turut disediakan bagi menjamin keselesaan peserta dalam menuntut ilmu. Pihak BS juga mengharapkan agar tempat ini menjadi tempat rujukan ilmu yang utama dan peserta yang mengikuti program di sini akan berasa senang hati dengan layanan yang disediakan seolah-olah mereka berada di rumah.

TEMPAT :


Baitussaadah Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam
B-3-3-5 & B-3A-5 Blok 3 Jln Teknologi PJU 2/1B,
Syeksen 2, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

SASARAN :


o Remaja : berumur 15 tahun – 25 tahun
o Dewasa : berumur 26 tahun – 54 tahun
o Warga Emas : berumur 55 tahun ke atas

NAMA DAN KOD PAKEJ YANG DISEDIAKAN :


1 : Kursus Fasih Al-Quran ( KFQ )
2 : Kursus Fardhu Ain ( KFA )
3 : Kursus Bahasa Arab ( KBA )
4 : Kursus Kaligrafi Khat ( KKH )
5 : Program Tahfiz Al-Quran ( PTA )
6 : English Language Course ( ELC ) – [ ISLAMIC – or - GENERAL ]

BENTUK PAKEJ : 


1. Bersendirian : iaitu tanpa digabungkan dengan pakej yang lain bagi
· Individu, atau
· Berkelompok 

2. Berkembar : iaitu digabungkan dengan pakej yang lain bagi
· Individu, atau
· Berkelompok 

Kami juga menyediakan pakej biasa dan intensif
1. Pakej Biasa : 2 jam X 2 hari dalam seminggu
2. Pakej Intensif : 2 jam X 4 hari dalam seminggu

YURAN :


Yuran pendaftaran : RM 50
Pendaftaran dikira seorang bagi :

· Pendaftaran adik-beradik
· Pendaftaran Suami & Isteri
· Pendaftaran Ibu / Bapa & anak-anak

Program ini disampaikan oleh tenaga pengajar professional dalam pengajian Islam mengikut MAZHAB SYAFIE melalui tiga bahasa iaitu Malaysia, Arab dan Inggeris

PERHUBUNGAN :


Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi :

Pejabat : 03-61439292
Us. Salman : 014-8053292
Us. Sobri : 013-6299075
E-mail : info@baitussaadah.net

KEISTIMEWAAN :


Setiap peserta akan dibekalkan koleksi As-Sunnah
Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan dan penghargaan di akhir kursus
Biasiswa disediakan bagi mereka yang berkelayakan sahaja

Kelas pengajian : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam ( kecuali hari Sabtu : 8.30 pagi hingga 5.00 petang)

Kredit jam bagi kelas biasa : 2jam X2 dalam seminggu X 12 bulan = 192 jam (untuk satu pakej)
Kredit jam bagi kelas intensif : 2jam X4 dalam seminggu X 6 bulan = 192 jam (untuk satu pakej)

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

KISAH KAROMAH WALIYULLAH SYAIKH ABDULLAH AL-'ABDARIYY AR-RIFA'IY (2)

Ini Adalah Kisah Catatan Dari Guruku 

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 



Diriwayatkan bahawa sewaktu Syaikh Abdullah Rahimahullah sedang gering, maka anak-anak murid beliau mencari doktor-doktor terbaik untuk merawat beliau. Seorang anak murid telah membawakan seorang doktor pakar yang terkenal akan kepakaran beliau untuk merawat Syaikh Rahimahullah. Doktor tersebut merupakan orang kebanyakan dan bukan daripada kalangan murid Syaikh Abdullah Rahimahullah.

Saat dibawakan doktor untuk memeriksa kesihatan Syaikh Rahimahullah, doktor tersebut lalu meletakkan stetoskop ke dada Syaikh Abdullah Rahimahullah, didapati tiada bunyi denyutan jantung, akan tetapi yang kedengaran adalah suara-suara zikrullah. Doktor tersebut terkejut!!! Lalu dikatakan kepada anak-anak murid Syaikh yang berada di situ, lelaki ini (Syaikh) telah meninggal dunia, tiada denyutan jantung kedengaran daripada dadanya, yang ada hanyalah zikrullah! Anak murid Syaikh yang berada di sisinya lalu berkata kepada doktor tersebut, cubalah sekali, insya Allah kedengaran, lalu dicuba dan kedengaran bunyi degupan jantung Syaikh Rahimahullah. Ditanya akan anak-anak murid Syaikh, bagaimana ini boleh berlaku? Ini adalah kerana Syaikh Abdullah Rahimahullah adalah seorang Waliyullah yang lidahnya tidak pernah putus daripada berzikir kepada Allah. Kehidupannya hanya untuk beribadah. Allah.......Semoga Allah Merahmati Beliau.

Diriwayatkan bahawa Syaikh Abdullah Rahimullah, sewaktu menyampaikan kuliyyah, setiap kali beliau menarik nafas, akan ditarik nafasnya dengan kalimah "La Ilaha Illa Allah". Setiap kali berkata, dan beliau berhenti berkata, tidak lain yang keluar dari mulutnya adalah kalimah zikrullah. Inilah Waliyullah yang bertariqat dengan Tareqat Rifa'iyyah. Adalah fitnah mereka mengatakan bahawa Syaikh Abdullah Rahimahullah menolak Tareqat dan Tasawwuf. Hakikatnya, Syaikh adalah seorang Waliyullah dan Singa Allah dalam menentang ajaran-ajaran sesat, termasuk mereka yang mendakwa mereka itu tasawwuf (golongan MUTASAWWIF) seperti mereka yang mengisbatkan diri mereka kepada Tareqat Imam Naqsyabandi dan Tareqat Tijaniyy, akan tetapi mereka beraqidah dengan Aqidah Wahdatul Wujud dan Hulul, Maha Suci Allah dari bersatu dengan makhlukNya, meresap-resap dengan makhlukNya. Mereka juga menetapkan Allah dan Makhluknya itu Azali. Wal iyazubilLah. 

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Selasa, 19 Februari 2013

JALAN SYAIKH ABDULLAH: MENGIKUTI SAYYID AHMAD AL-RIFAIE AL-HUSAINI

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Pendahuluan

Sayyid Ahmad al-Rifaie al-Husaini merupakan tokoh terkemuka dalam bidang tasawwuf pada abad ke-5 hijrah. Beliaulah ahli sufi yang masyhur dengan “Pemilik Kucupan Tangan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam”. Suatu ketika beliau telah menziarahi maqam baginda Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam ketika musim haji. Semasa berada di maqam itu beliau telah mengungkapkan sebuah syair lalu ketika itulah keluar tangan daripada kubur. Lalu Sayyid Ahmad al-Rifaie telah mengucup tangan Rasulullah Sallallahu `alaihiwasallam tersebut. Peristiwa tersebut telah disaksikan oleh lebih kurang 90 ribu orang jemaah haji[1]

Kisah ini telah dikira sebagai khabar mutawatir kerana telah diriwayatkan oleh sejumlah manusia yang mustahil dalam jumlah tersebut mereka menipu atau tersalah.Telah ramai ulama-ulama muktabar menceritakan kisah kekeramatan al-Imam al-Rifaie ini di dalam kitab-kitab mereka. Oleh itu tidak ada yang dapat menafikan kesahihan cerita ini melainkan mereka-mereka yang memusuhi para wali Allah serta mengingkari kekeramatan mereka. Sayyid Ahmad al-Rifaie juga digelar dengan al-Imam Ahmad al-Rifaie atau al-Imam al-Rifaie didalam kitab-kitab ulama. Nama sebenar beliau adalah Abu al-`Abbas al-Qutb al-Ghauts al-Jami` al-Sheikh al-Sayyid Ahmad bin `Ali al-Rifaie al-Husaini radhiallahu`anhu. Nasab keturunan beliau sampai kepada Rasulullah Sallallahu `alaihiwasallam.

Perjalanan Keilmuan Imam al-Rifaie

Imam al-Rifaie menuntut ilmu agama sejak dari kecil lagi. Beliau telah mempelajari al-Quran secara tartil dengan Sheikh Abd al-Sami` al-Harbuni semasa berumur 8 tahun di kampungnya. Kemudian beliau telah berpindah bersama keluarganya ke “Nahr Dafli” iaitu sebuah kampung di tengah negara Iraq. Bapa saudaranya telah mentarbiah beliau di samping membawa beliau untuk belajar dengan al-Imam al-Faqih al-Sheikh Abi al-Fadhl Ali al-Wasiti yang merupakan seorang qari, muhaddis serta mempunyai akhlak yang sangat tinggi. Lalu imam tersebut telah membimbing Imam al-Rifaie serta mengajar dan mentarbiahnya. Maka jadilah Imam al-Rifaie seorang yang alim di dalam bidang agama sama ada daripada segi aqal dan naqal.

Al-Imam al-Rifaie sentiasa melazimi dirinya dengan menuntut ilmu agama dan duduk bersama para ulama. Beliau selalu belajar di dalam majlis bersama bapa saudaranya Sheikh Abu Bakar yang merupakan salah seorang ulama terkemuka pada zamannya. Beliau juga sentiasa melazimi majlis Sheikh Mansur al-Bataihi yang juga merupakan bapa saudaranya. Di samping itu Imam al-Rifaie belajar dengan Sheikh Abd al-Malik al-Harbuni. Dengan Sheikh tersebut beliau telah belajar dan menghafal kitab al-Tanbih[2] lalu beliau mengarang kitab syarah kepadanya. Al-Imam al-Rifai telah menuntut ilmu dengan bersungguh-bersungguh sehingga banyak ilmu agama yang beliau kuasai. Disamping menuntut ilmu beliau sentiasa memperbanyakkan amal ibadat sehingga Allah mengurniakan ilmu ladunni kepada beliau. Berkat kegigihan beliau itu, beliau telah menjadi seorang yang sangat faqih di dalam mazhab al-Syafie. Ketika al-Imam al-Rifaie berumur 20 tahun, beliau telah diijazahkan dengan semua cabang ilmu syariah dan tariqat oleh Sheikh al-Jalil Abu al-Fadl Ali lalu Imam al-Rifaie digelar dengan “ Abu al-`Alamain” yang bermaksud orang yang zahir dan yang batinnya mempunyai sangat banyak ilmu.

Manaqib al-Imam al-Rifaie

Seorang tokoh ulama terkenal dan juga seorang ulama muktabar dalam mazhab al-Syafie iaitu al-Imam Abu al-Qasim Abd al-Karim al-Rafie[3] di dalam kitabnya “ Sawad al-`Ainain fi Manaqib al-Ghauts Abi al-`Aalamain” menyebut[4]:

“Telah menceritakan kepadaku oleh al-Imam Syuja` al-Syafie[5] bahawa al-Imam al-Rifaie merupakan seorang yang sangat alim, seorang rasikh, muhaddis yang faqih, seorang mufasir, mempunyai riwayat yang tinggi, qari yang sangat merdu, sangat mudah dengan kaum Muslimin, keras dengan orang yang sesat, tidak akan beredar dari majlis ilmu melainkan untuk beribadat, sangat menepati janji, sabar apabila dibenci, sangat tawadhu`, sangat mendalam ilmunya berkaitan al-Quran dan al-hadis."

Beliau juga menyebutkan di dalam kitabnya itu:

“Telah menceritakan kepadaku oleh guruku Sheikh Umar al-Farusi bahawa telah mengkhabarkan kepadaku oleh al-Sheikh Badr al-Ansari daripada al-Sheikh al-Imam Mansur al-Bataihi al-Rabbani katanya: Aku telah berjumpa Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam 40 hari sebelum kelahiran anak saudaraku al-Imam al-Rifaie lalu baginda Sallallahu `alaihi wasallam bersabda kepadaku Wahai Mansur aku mengkhabarkan berita gembira kepadamu bahawasanya Allah akan mengurniakan kepada saudara perempuanmu seorang anak selepas 40 hari yang namanya Ahmad al-Rifaie, seperti aku adalah ketua para nabi begitu juga dia adalah ketua para wali. Apabila dia besar bawalah dia kepada Ali al-Qari al-Wasithi supaya dia membimbingnya jangan engkau mencuaikannya. Lalu aku menjawab : perintah ini aku junjung wahai Rasulullah selawat dan keatasmu"

Kekeramatan Imam al-Rifaie Yang Terbesar

Telah meriwayatkan oleh al-Imam al-Rafie juga di dalam kitab “ Sawad al-`Ainain fi Manaqib al-Ghauts Abi al-`Aalamain” bahawa dia berkata:

“ Telah mengkhabarkan kepadaku daripada guruku al-Imam al-Hujjah al-Qudwah Abu al-Farj Umar al-Farusi al-Wasithi katanya : Guru kami Sayyid Ahmad al-Rifaie telah mengerjakan haji pada tahun 555 Hijrah. Tatkala beliau sampai ke madinah lalu beliau memuliakan datuknya dengan menziarahi maqam baginda Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam. Beliau telah berdiri menghadap maqam baginda dan kami pula berdiri di belakang beliau lalu beliau berkata: Salam sejahtera wahai datukku lalu dijawab oleh suatu suara daripada maqam Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam: Dan sejahtera ke atas engkau wahai cucuku. Maka al-Imam al-Rifaie menguntaikan suatu syair dengan suara yang merdu:

فِي حَالَةِ الْبُعْدِ رُوحِي كُنْتُ أُرْسِلُهَا تُقَبِّلُ الأَرْضَ عَنِّي وَهِيَ نَائِبَتِي

وَهَذِهِ دَولَةُ الأَشْبَاحِ قَدْ حَضَرَتْ فَامْدُدْ يَمِيْنَكَ كَي تَحْظَى بِهَا شَفَتِيْ

Dari kejauhan kukirimkan rohku

Untuk mencium tanah sebagai pengganti diriku

Inilah diriku sekarang hadir

Maka julurkanlah tanganmu agar bibirku mampu menciumnyanya

Ketika itu juga keluar tangan melalui maqam baginda sallallahu`alaihiwasallam yang amat wangi lalu imam Ahmad al-Rifai menciumnya. Peristiwa tersebut disaksikan oleh lebih kurang 90 ribu manusia yang berada disekitar maqam ketika itu. Mereka semua mendengar suara Rasulullah dan juga telah melihat tangan baginda tersebut. Dan antara ulama lain yang berada di situ ketika kejadian tersebut ialah Sheikh Hayat ibn Qais al-Harrani, Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani, Sheikh `Adi al-Syami dan ramai lagi.”

Imam al-Rifaie Memerangi Fahaman Tasybih

Al-Imam al-Rifaie merupakan seorang yang sangat menitikberatkan hal-hal akidah walaupun beliau merupakan ulama besar dalam kesufian bahkan beliau merupakan wali qutub pada zamannya. Beliau amat tegas terhadap firqah-firqah yang keluar daripada Ahli al-Sunah wa al-Jama`ah antaranya firqah tasybih. Di dalam kitabnya “Al-Burhan al-Muayyad”[6] beliau memberi peringatan:

وَصُونُوا عَقَائِدَكُم مِنَ التَّمَسُّكِ بِظَاهِرِ مَا تَشَابَهَ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مِن أُصُولِ الْكُفْرِ

Terjemahannya: Dan jagalah pegangan-pegangan akidahmu daripada berpegang dengan zahir ayat mutasyabihah daripada kitab al-Quran dan al-Sunah kerana yang demikian adalah daripada asal kekufuran

Beliau juga berkata:

نَزِّهُوا اللهَ عَن سَمَات المحدثِين, وَصِفَات المخلوقِين, وَطَهِّرُوا عَقَائِدَكُمْ مِن تَفْسِيرِ مَعْنَى الِاسْتِوَاءِ فِي حَقِّهِ تَعَالَى بِالِاسْتِقْرَارِ كَاسْتِوَاءِ الأَجْسَامِ عَلَى الأَجْسَامِ الْمُستلزم لِلْحُلُولِ, تَعَالَى عَن ذَلِكَ, وَإِيَّاكُمْ وَالْقَولَ بِالْفَوقِيَّةِ وَالسُّفْلِيَّة وَالْمَكَان وَالْيَد وَالْعَين بِالْجَارِحَة, وَالنُّزولِ بِالِإتْيَانِ وَالِانْتِقَال.

Terjemahannya: Sucikanlah Allah olehmu daripada mempernamakan dengan perkara baru, sifat-sifat makhluk, dan bersihkanlah pegangan akidahmu daripada mentafsirkan makna ‘al-Istiwa’ pada hak Allah Ta`ala dengan menetap seumpama menetapnya suatu jisim yang melazimi kesatuan. (dikatakan bersatu apabila suatu jisim bertempel dengan jisim lain), Maha suci Allah daripada yang tersebut itu. Jaga-jagalah daripada menyandarkan kepada Allah dengan atas, bawah, tempat, tangan dan mata dengan makna anggota, turun, datang dan berpindah.

Karangan Imam al-Rifaie

Al-Imam al-Rifai seorang wali yang sangat alim. Beliau telah mengarang banyak buah kitab tetapi banyak yang telah musnah dan hilang ketika serangan tentera Tartar[7]. Antara kitab masih tinggal hingga hari ini dapat didapati secara bercetak adalah:

Haalat Ahl al-Haqiqat Ma`a Allah
Al-Sirat al-Mustaqim
Kitab al-Hikam Syarh al-Tanbih
Al-Burhan al-Mu`ayyad
Ma`ani Bismillahirrahmaanirrahiim
Tafsir Surah al-Qadr
Al-Bahjah
Al-Nizam al-Khas li Ahl al-Ikhtisas
Majalis al-Ahmadiyyah
Al-Tariq ila Allah

Tema-Tema Utama Yang Dikemukakan

Di dalam karya-karya al-Imam al-Rifaie beliau mengemukakan tema-tema yang berbagai-bagai. Penulis akan membincangkan dua tema di dalam kitab Al-Burhan al-Mu`ayyad:

1. Al-Imam al-Rifaie seorang ulama yang telah menggabungjalinkan akidah dan tasawwuf. Di dalam kitab ini beliau membincangkan perkara akidah pada bahagian permulaan kitab. Antaranya beliau telah berkata:

وَصُونُوا عَقَائِدَكُم مِنَ التَّمَسُّكِ بِظَاهِرِ مَا تَشَابَهَ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مِن أُصُولِ الْكُفْرِ

Terjemahannya: Dan jagalah pegangan-pegangan akidahmu daripada berpegang dengan zahir ayat mutasyabihah daripada kitab al-Quran dan al-Sunah kerana yang demikian adalah daripada asal kekufuran[8].

2. Al-Imam al-Rifaie di dalam kitab ini juga menekankan doktrin tarikatnya walaupun tidaklah secara terang-terangan. Ini dapat diketahui apabila pembaca membacanya daripada awal sehingga akhir.

Aliran Pemikiran

Aliran pemikiran yang dapat dikenal pasti di dalam kitab ini adalah beliau berpegang dengan al-Imam al-Syafie. Al-Imam al-Rifaie sendiri menghafal kitab al-Tanbih dan mengarang kitab syarahnya. Di dalam akidah pula al-Imam al-Rifaie berpegang dengan pegangan ahl al-Sunnah wa al-Jemaah iaitu al-Imam Abu Hassan al-Asy`ari. Di dalam kitab ini diterapkan akidah yang sama dengan yang Imam Abu Hassan al-Asy`ari.

Metodologi Penulisan

Metodologi penulisan yang Al-Imam al-Rifaie gunakan di dalam kitab “ al-Burhan al-Mu`ayyad” ini adalah:
Beliau memulakan tulisan beliau dengan perbincangan Akidah ahl al-sunnah wa al-Jamaah kemudian barulah beliau memulakan perbincangan dengan tasawwuf. Kita dapat lihat apabila beliau membincangkan berkaitan sifat Allah dahulu supaya orang yang membaca kitabnya ini tidak akan lalai daripada akidah yang benar dahulu sebelum membincangkan hal-hal berkaitan tasawuf.

Dalam kitabnya ini beliau banyak menyampaikan pesanan dalam bentuk nasihat. Beliau banyak memulakan dengan perkataan (أي سادة) pada permulaan setiap nasihatnya. Beliau banyak menasihatkan para pembaca supaya menuntut ilmu dan beramal kerana perkara ini amat penting dalam hidup seseorang. Orang yang tidak menuntut ilmu tidak akan dapat beramal manakala orang yang hanya menuntut ilmu tanpa beramal pula diibaratkan seperti pokok yang tidak berbuah.

Kata-Kata Hikmah Imam al-Rifae

Al-Imam al-Rifae merupakan seorang wali qutub yang terkenal. Antara kata-kata hikmah beliau adalah:

"يَا وَلَدِي إِذَا تَعَلَّمْتَ عِلْمًا وَسَمِعْتَ نَقْلًا حسنًا فَاعْمَلْ بهِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَلَا يَعْمَلُونَ "

Terjemahannya: Wahai anakku apabila engkau menuntut suatu ilmu dan mendengar nukilan yang baik maka beramallah dan janganlah engkau menjadi golongan mereka yang menuntut ilmu tetapi tidak mengamalkannya.

"العَجَبُ مِمَّنْ يَعْلَمُ أَنَّهُ يَمُوتُ كَيفَ يَنْسَى الْمَوتَ, وَالْعَجَبُ مِمَّنْ يَعْلَمُ أَنَّهُ مُفَارِقُ الدُّنْيَا كَيفَ يَنْكَبُّ عَلَيهَا وَيَقْطَعُ أَيَّامَهُ بِمَحَبَّتِهَا"

Terjemahannya: Adalah satu kepelikan bagi mereka yang mengetahui bahawasanya dia akan mati bagaimana dia boleh melupakan mati, Dan satu kepelikan bagi mereka yang tahu dia akan berpisah dengan dunia bagaimana dia mengharungi hari-harinya dengan kecintaan kepadanya.

"الدُّنْيَا أَوَّلُهَا ضَعْفٌ وَفُتُورٌ وَآخِرُهَا مَوتٌ وَقُبُورٌ"

Terjemahannya: Dunia ini permulaannya lemah dan pengakhirannya adalah kematian dan kubur.

Kesesuaian Idea Tokoh Dalam Menyelesaikan Isu Semasa Tempatan

Pada masa kini negara banyak dikejutkan dengan fahaman-fahaman yang terkeluar daripada landasan akidah ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah serta gejala sosial yang semakin meruncing seperti:

1) Isu pemikiran tasybih dan tajsim yang disebarkan oleh kebanyakan tokoh-tokoh fahaman Wahabi boleh ditangani jika masyarakat mendengar dan mengamalkan nasihat beliau supaya tidak berpegang dengan zahir ayat daripada al-Quran dan al-Hadis. Dengan ini masalah fahaman tasybih tersebut akan dapat dikurangkan.

2) Masalah gejala sosial dapat diselesaikan jika ibu bapa dan penjaga menitikberatkan ilmu fardu `ain seperti yang ditekankan oleh al-Imam al-Rifaie di dalam kitabnya. Seseorang islam hendaklah mempelajari ilmu-ilmu tersebut semenjak dari kecil lagi sehingga ia betul-betul melekat di hati justeru melimpahkan rasa takut kepada Allah untuk melakukan maksiat.

3) Fahaman hulul yang berlaku pada banyak ajaran sesat pada masa kini amat meruncing. Ada yang hanya solat dengan niat sahaja dan mendakwa mereka berjumpa dengan Allah sendiri untuk menerima wahyu. Jika masyarakat sentiasa didedahkan dengan bahawa akidah hulul, pasti ajaran sesat di Malaysia akan dapat dikurangkan.

Kewafatan Imam al-Rifaie

Ketika Imam al-Rifaie berumur 66 tahun beliau telah diserang sakit di dalam perut yang amat sangat. Sakitnya itu telah berlarutan beberapa bulan. Walaupun dalam keadaan sakit yang amat sangat beliau tetap mengerjakan amal ibadat semampunya seperti ketika sihat. Maka pada hari khamis 12 Jamadil Awal tahun 578 hijrah. Dan dikebumikan di tepi maqam datuknya al-Shekh Yahya al-Najjari di daerah Ummu `Ubaidah.

RUJUKAN

Al-Rifai. Ahmad ibn `Ali. al-Burhan al-Mu`ayyad. Beirut, Darul Masyari`.

Al-Rifai. Ahmad ibn `Ali. Haalat Ahl al-Haqiqat Ma`a Allah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah

Al-Rifai. Ahmad ibn `Ali. Al-Qawaid al-Syar`iyyah fi al-Rad ala Man Iftara ala al-Sufiah.

Beirut, Darul Masyari`.

Al-Subki, Tajuddin Abd al-Wahhab bin Ali. Tabaqat al-Syafi`iyyah al-Kubro. Jld 4. Beirut:

Dar al-Kutub al-Ilmiah

Al-Rafie. Abu al-Qasim Abd al-Karim. Sawad al-`Ainain fi Manaqib al-Ghauts Abi al-

`Aalamain. Mesir: Matba`ah al-Miriah.

Al-Kallal. Abu Muhammad. Karamat al-Aulia. Beirut: Syarikat Dar al-Masyari`.

Jamil Halim. Al-Tasyarraf Bi Zikr Ahl al-Tasawwuf. Beirut: Syarikat Dar al-Masyari`.

Ibn al-Atsir. Ali bin Muhammad. Al-Kamil fi al-Tarikh. Kaherah: Idarah al-Tibaat al-

Muniriah.

Ibn Taghghi Bardi. Al-Nujum al-Zahirah. Kaherah: Darul Kutub al-Misriah.

----------

TAMAT NAQOL DARI Blog Ibadur Rohman

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

KISAH KAROMAH WALIYULLAH SYAIKH ABDULLAH AL-'ABDARIYY AR-RIFA'IY

Ini Adalah Kisah Catatan Dari Guruku 


Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat yang baru memeluk Islam yang merupakan anak murid Syaikh Abdullah Rahimahullah memandu kereta yang hampir kehabisan bateri, bateri simpanan telah dibeli dan diletak dalam bonet kereta. Sahabat tersebut bersama sahabatnya yang masih belum memeluk Islam. Kereta akhirnya terhenti betul-betul di bawah Rumah Syaikh Abdullah Rahimahullah, lalu sahabat tersebut mengambil bateri baru, dibuka bateri lama diletak ditepi, tiba-tiba turun Syaikh Abdullah Rahimahullah dari rumahnya ingin ke suatu tempat, Syaikh Rahimahullah dikerumuni orang ramai yang bersalam dengan Syaikh Rahimahullah, lalu sahabat tadi juga mengambil peluang untuk bersalam, lalu terus ditawarkan untuk menghantar Syaikh ke tempat yang ingin dituju. 


Syaikh Abdullah Rahimahullah bersetuju untuk mengikuti beliau, lalu teman yang bukan Islam tadi turun untuk tidak bersama, dan berlalulah mereka ke destinasi yang Syaikh Abdullah Rahimahullah ingin tuju. Setelah menghantar Syaikh, sahabat tersebut pulang dan mendapati teman yang bukan Islam tadi menangis teresak-esak, lalu ditanya mengapa? adakah ada orang yang berbuat zalim padanya? lalu jawab temannya "aku menangis bukan kerana aku disakiti, akan tetapi aku menangis kerana aku terkesima melihat engkau memandu kereta menghantar Syaikh Abdullah tanpa bateri, lihatlah kedua-dua bateri yang masih di lantai itu"...Temannya itu memeluk Islam setelah berlaku kejadian Karomah Syaikh Abdullah Rahimahullah di hadapan matanya itu.

ALLAHU AKBAR!!!!


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Isnin, 18 Februari 2013

SENARAI SEBAHAGIAN ULAMA KHALAF MEMBANTAH WAHABI

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Ku Naqolkan dari Teman Seperguruan Al-'Alim Abu Nur Dununiyy dari Blognya Safinatun-Najin

1) MUFTI AL-SHAFI^IYYAH BI-MAKKATAL-MUKARRAMAH AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH AL-SAYYID AHMAD ZAYNI DAHLAN (w. 1304 H)

SEBAHAGIAN PARA ULAMA PEMBELA AHLUS-SUNNAH WAL-JAMA^AH

Beliau amat dibenci oleh puak al-Wahhabiyyah kerana penentangan beliau ke atas mereka sehingga beliau dituduh sebagai berfahaman Shi^ah Rafidiyyah. Tulisan beliau yang mendedahkan kesesatan al-Wahhabiyyah ialah Fitnatul-Wahhabiyyah (yang terkandung dalam kitabnya al-Futuhatul-Islamiyyah) dan al-Durarus-Sunniyyah fi al-Radd ^alal-Wahhabiyyah.

2) AL-SAYYID AL-SHARIF MUHAMMAD ABUL-HUDA IBN HASAN WADI IBN ^ALI IBN HAZAM AL-SAYYADI AL-RIFA^I AL-HUSAYNI (w. 1328 H) NAQIB AL-ASADATIL-ASHRAF DI ALEPPO


Beliau meninggalkan banyak penulisan yang sebahagiannya telah dicetak dan sebahagiannya lagi masih dalam bentuk manuskrip. Antara penulisan beliau ialah Qaladatul-Jawahir yang menyanggah Ibn Taymiyah al-Harrani

3) AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUHAMMAD ZAHID AL-KAWTHARI AL-HANAFI (w. 1371 H)


Penentangan beliau ke atas fahaman sesat al-Wahhabiyyah dan rujukan utama mereka Ibn Taymiyah al-Harrani dapat dilihat dalam banyak tulisan beliau, antaranya kitab Muhiqqul-Taqawwul Fi Mas'alatit-Tawassul, Tahdhirul-Khalaf Min Makhazi Ad^iya'is-Salaf, Maqalatul-Kawthari, al-Ta^aqqubul-Hathith Li-Ma Yanfihi Ibn Taymiyah Minal-Hadith, al-Buhuth al-Wafiyyah Fi Mufradat Ibn Taymiyah & al-Ishqaq ^Ala Ahkamit-Talaq

4) AL-HAFIZ AL-MUHADDITH AL-MUJTAHID ABUL-FIDA' AL-SHAYKH AL-SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD AL-SIDDIQ AL-GHUMARI (w. 1380 H)



Beliau menyanggah kebatilan dan penyelewengan puak al-Wahhabiyyah dan Ibn Taymiyah dalam beberapa tulisannya, antaranya kitab Qat^ul-^Uruqil-Wurdiyyah, Hidayatus-Sughara, al-Qawlul-Jali dan Ihya'il-Maqbur. Beliau menggelarkan puak al-Wahhabiyyah sebagai puak al-Qarniyyah (Sang Tanduk Syaitan)

5) AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH YUSUF IBN AHMAD AL-DIJWI AL-MISRI AL-AZHAR (w. 1365 H)


Beliau menulis satu risalah yang menyanggah pembahagian tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah yang didakyahkan oleh puak al-Wahhabiyyah. Antara tulisan beliau yang menyanggah al-Wahhabiyyah ialah al-Maqalat

6) ^ALIM MAKKAH AL-^ALLAMAH AL-MUHADDITH AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-^ARABI AL-TABBAN AL-MALIKI (w. 1390 h)


Beliau menulis sebuah kitab yang berjudul Bara'atul-Ash^ariyyin Min ^Aqa'idil-Mukhalifin yang menyanggah Ibn Taymiyah al-Harrani imam puak al-Wahhabiyyah seperti beliau menegaskan kesepakatan atau ijmak ke atas aqidah bahawa Allah wujud tanpa tempat

7) AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUHAMMAD HASANAYN MAKHLUF AL-^ADAWI AL-MISRI WAKIL AL-JAMI^UL-AZHAR AL-SHARIF


Beliau adalah ayah kepada al-Shaykh Hasanayn Mufti Mesir. Al-Shaykh Muhammad Hasanayn menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam tulisan beliau yang berjudul Risalah fi Hukmit-Tawassul bil-Anbiya' wal-Awliya

8) AL-HAFIZ AL-MUHADDITH AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-FAQIH AL-LUGHAWI AL-ZAHID AL-WALI AL-SHAYKH ^ABDULLAH IBN MUHAMMAD AL-HARARI AL-^ABDARI AL-SHAYBI AL-HABASHI (w. 1429 H)


Beliau amat digeruni oleh puak al-Wahhabiyyah dan golongan sesat yang lain kerana kelantangannya menentang dan menyanggah penyelewengan, penipuan dan kesesatan mereka dengan tulisan dan lisan. Beliau adalah orang pertama yang menyanggah kepalsuan dan penyelewengan tokoh al-Wahhabiyyah al-Mutamahdith Muhammad Nasirud-Din al-Albani melalui dua kitabnya; kitab Ta^aqqubul-Hathith dan kitab Nusrah Ta^aqqubil-Hathith. Bahkan, beliau banyak mentahzir kesesatan terutamanya kesesatan golongan Wahhabi dalam banyak tulisan dan ucapan beliau

9) AL-MUSNID ABUL-ASHBAL AL-HABIB SALIM IBN HUSAYN IBN JINDAN AL-INDUNISI (w. 1389 H)


Beliau menyanggah Ibn Taymiyah al-Harrani dalam kitabnya al-Khulasatul-Kafiyah fil-Asanidil-^Aliyah

10) AL-MUFTI AL-^ALLAMAH SAMAHATUSH-SHAYKH ABDULLAH IBN IBRAHIM


Beliau berpesan agar menjauhi fahaman al-Wahhabiyyah dan tokoh-tokoh yang menjadi rujukan mereka seperti Ibn Taymiyah dan Ibnul-Qayyim al-Jawziyya

11) AL-MUFTI AL-FAQIH AL-HABIB ^ALAWI IBN TAHIR AL-HADDAD AL-HADRAMI


Beliau telah pun mengeluarkan fatwa kesesatan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab fatwa beliau Fatwa Mufti Kerajaan Johor Darul Takzim

12) SHAYKHUL-ISLAM FI SALANJUR (SELANGOR) AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH TENGKU MAHMUD ZUHDI IBN TENGKU ^ABDUR-RAHMAN AL-FATANI


Beliau mengatakan bahawa Ibnul-Qayyim dan Ibn Taymiyah sesat seperti puak al-Wahhabiyyah kerana akidah mereka menyalahi akidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah sebagaimana beliau sebut dalam kitab beliau Tazkiyatul-Anzar wa-Tasfiyatul-Afkar

13) AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SAYYID MUHAMMAD FADLULLAH IBN MUHAMMAD IBN ^ABDULLAH AL-SUHAYMI


Beliau adalah pengasas Kuliyyah al-Attas di Johor Bahru dan Kuliyyah al-Firdaws di Singapura serta pernah menjadi mudir di Kuliyyah al-Lughah wad-Din di Pekan, Pahang. Al-Shaykh al-Sayyid Muhammad Fadlullah juga pernah berdebat tokoh al-Wahhabiyyah atau Kaum Muda Hassan Bandung

14) AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH ^ABDUL-QADIR IBN ^ABDUL-MUTTALIB AL-MANDILI AL-INDUNISI


Beliau mengarang kitab bagi menyanggah kesesatan al-Wahhabiyyah atau Kaum Muda dan membela Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah iaitu kitab al-Madhhab atau Tiada Haram Bermazhab dan kitab Sinaran Matahari

15) AL-QADI ABU BAKR IBN HASAN AL-MUWARI


Beliau pernah menjawat sebagai kadi di Muar dan seorang yang sangat kuat mempertahankan pegangan umat Islam pada zamannya dari dakyah tokoh al-Wahhabiyyah atau Kaum Muda seperti Hasan Bandung dan Muhammad Tahir Jalalud-Din al-Minankabawi sehingga beliau menulis beberapa buah risalah atau kitab seperti Taman Persuraian Membatalkan Perkataan al-Shaykh Muhammad Tahir Jalalud-Din al-Mankabawi dan Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Tahir al-Mankabawi

16) AL-SHAYKH AL-KIYAHI MUHAMMAD SHAFI^I HAZAMI IBN MUHAMMAD SALIH RA'IDI AL-INDUNISI KETUA UMUM MAJLIS ULAMA INDONESIA DI JAKARTA PADA TAHUN 1990 - 2000 R


 Beliau menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau yang berjudul Tawdihul-Adillah

17) AL-SHAYKH AL-KIYAHI ^ALI MA^SUM AL-JUKJAWI


Beliau menyanggah Ibn Taymiyah al-Harrani melalui kitab beliau yang berjudul Hujjah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah

ADAKAH SEMUA INI AHBASH!!!??? 

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

JIN? MAKLUMAT RINGKAS - SERONOK BERTALAQQI NI


Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

ASAL JIN

- Jin diciptakan Allah daripada Api, manakala Malaikat dari Cahaya dan Manusia daripada Tanah Liat / Lumpur.

- Bapa bagi bangsa Jin ialah Azazil (nama sebelum kufur). Azazil selepas kufur dan ingkar untuk sujud kepada Adam Alaihissalam di panggil sebagai IBLIS (maknanya yang jauh dari rahmat). Azazil bukanlah malaikat seperti kisah israiliyyat yang mahu memesongkan aqidah umat Islam. Sifat malaikat ialah taat pada Allah dan tidak ingkar akan Allah.

JIN JUGA MUKALLAF

- Jin merupakan MUKALLAF yakni turut dipertanggungjawabkan dengan Syariat.

- Sebahagian Jin beriman dan ramai dari mereka itu KAFIR.

- Jin yang beriman, sebahagian mereka Taat, kebanyakan mereka pelaku dosa besar, jin terkenal dengan sikap suka menipu.

RUPABENTUK

- Manusia tidak akan dapat melihat jin dalam rupa sebenar (terhijab).

- Adapun jin boleh merubah bentuk yang boleh dilihat manusia dan disentuh oleh mereka seperti menjadi kucing, anjing dan selalunya ular.

MANUSIA DILINDUNG DARI JIN

- Manusia ini diperlindungi oleh ALLAH dari jin dengan Malaikat melebihi 10 malaikat.

- Sekiranya manusia tidak dilindungi oleh malaikat, nescaya jin akan mempermainkan manusia seperti kita bermain bola.

GELARAN

- Jin yang kafir digelar sebagai SYAITAN

- Jin yang beriman dipanggil Jin Mukmin

UMUR JIN

- Umur jin sangat panjang ada yang 500 tahun, ada yang 1000 tahun

KEKUATAN JIN

- Diriwayatkan bahawa jin sangat kuat, antara jin yang kuat ialah segolongan yang bernama Jin Ifrit

KISAH MENGENAI JIN (1)

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Rodhiallahu 'anh, terdapat seorang lelaki telah diculik oleh sekumpulan jin kafir, isteri lelaki tersebut mengadu kepada Saidina Umar bahawa tiada pengkhabaran mengenai suaminya setelah beberapa tahun, lalu Saidina Umar berijtihad bahawa wanita tersebut boleh berkahwin lain, adapun Saidina Ali Karromallahu wajhah berijtihad bahawa wanita itu wajib menunggu kepulangan suaminya. Wanita tersebut lalu berkahwin lain atas ijtihad Saidina Umar. Setelah 10 tahun berlalu, kumpulan Jin Kafir telah berperang dengan kumpulan Jin Mukmin, lalu kumpulan Jin Mukmin menang dan membawa si lelaki yang diculik, ditanya akan lelaki tersebut, apakah mahu tinggal bersama golongan jin mukmin ini atau mahu kembali ke pangkuan keluarga. Lelaki tersebut memilih untuk bersama keluarga, dan apabila pulang, beliau mendapati isteri beliau telah berkahwin lain. Beliau berjumpa dengan Saidina Umar lalu mengadu akan hal ini, Saidina Umar berkata pada beliau, sekiranya beliau ingin kembali bersama isterinya, hendaklah dibayar akan mahar suami yang kedua itu. Terdapat sahabat yang bertanya kepada lelaki itu, apakah makanan yang dimakan sewaktu bersama Kumpulan Jin Mukmin, jawab beliau, kacang. intaha naqol dari Guruku.

KISAH MENGENAI JIN (2)

Syaikh Abdullah Al-Harori Al-'Abdari Rohimahulllah seorang wali Allah, beliau pernah didatangi oleh ibubapa seorang kanak-kanak, kanak-kanak ini dilaporkan selalu diculik pada malam hari oleh golongan jin kerana tertarik akan kecomelan wajahnya, kanak-kanak tersebut akan dikembalikan pada pagi hari, lalu Syaikh Abdullah memerintahkan supaya kanak-kanak tersebut ditidurkan di rumah beliau, lalu golongan jin tidak datang menculik kanak-kanak tersebut sehingga seterusnya kerana golongan jin takut akan Syaikh Abdullah yang merupakan wali Allah. intaha naqol dari Guruku.

KISAH MENGENAI JIN (3)

Di suatu tempat di Ethopia, terdapat seorang Ulama dari bangsa jin bernama Syaikh Tohir yang merupakan anak murid kepada Imam Nawawi Rohimahullah, beliau sering mengajar Fiqh Mazhab Syafie dibalik tabir kepada murid-muridnya yang berbangsa Manusia. Setiap kali sambutan Maulidurrasul, beliau akan disediakan tempat khusus untuk bersama-sama dengan Manusia menyambut Maulidurrasul. Wallahua'alam samada beliau masih hidup atau sudah wafat. intaha naqol dari Guruku.

PERLINDUNGAN DARI BALA DAN GANGGUAN JIN

Terdapat pelabagai wirid boleh dibaca. Secara umumnya, bacaan Ayat Qursiy sebanyak 1 kali + Al-Ikhlas 3 kali + Al-Falaq 3 kali + An-Nas 3 kali. Dibaca pada pagi (Masuk waktu subuh sehingga 3 jam berikutnya, contoh subuh masuk pukul 6, maka afdhol dibaca dalam tempoh jam 6 - jam 9 pagi) dan petang (Masuk waktu Maghrib sehingga 3 jam berikutnya) begitu juga sebelum tidur, dibaca dan dihembus di tapak tangan dan di sapu seluruh badan. Bacaan mestilah dengan makhraj yang betul.

Banyak lagi, cukup setakat ini. Wallahua'lam

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

MAKHLUK DUDUK, ALLAH TIDAK SAMA DENGAN MAKHLUK

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Ini RINGKASAN AQIDAH AHLUSSUNNAH: ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT

اللهُ كانَ وَحْدَهُ لم يَكُنْ مَعَهُ شىءٌ، لا عرش، ولا سماء، ولا أرض، ولا جهة فوق، ولا جهة تحت، ولا جهة يمين، ولا جهة يسار، ولا جهة أمام، ولا جهة خلف، كانَ موجودًا بدونِ هذه الأشياء، ثمَّ خَلَقَ هذه الأشياء، ثمَّ هو لم يتغير عمَّا كانَ عليه، لم يتخِذْ مكانًا، وهذا العرشُ خَلَقَهُ لإظهارِ قدرتِه، لأنه يوجَدُ ملائكةٌ لا يعلمُ عددَهُم إلا اللهُ يحيطونَ بِهِ بالعرشِ، هكذا، يدورونَ حولَ العرشِ، يسبحونَ اللهَ بحمدِه، وهؤلاء لَمَّا يرَوْنَ هذا الجِرمَ الكبيرَ، الَّذِي لا يعلمُ حدَّهُ إلا اللهُ، يزدَادُونَ يقينًا بِكَمَالِ قُدرةِ اللهِ، لِهَذَا خَلَقَهُ، ليسَ هُوَ لِيَجْلِسَ عَلَيْهِ، الجُلُوسُ مِنْ صِفَةِ الخَلْقِ، الإنسانُ يجلِسُ، وَالكَلْبُ يَجْلِسُ، فاللهُ تبَارَكَ وَتَعَالَى لا يجوزُ عَلَيْهِ أَن يَكُونَ كَشَىءٍ مِنْ خَلْقِهِ، هكَذَا يَكُونُ مَعْرِفَةُ اللهِ .

Allah itu esa pada Azali dan tiada sesuatu bersama-sama kewujudanNya, tiada arash, tiada langit, tiada bumi, tiada arah atas, tiada arah bawah, tiada arah kanan, tiada arah kiri, tiada arah depan, tiada arah belakang, wujudNya azali tanpa adanya perkara-perkara yang disebutkan tadi, kemudian baru diciptakan perkara-perkara tadi olehNya, dan Allah tidak berubah sebagaimana keazalianNya, tidak bertempat (sebagaimana azaliNya Dia tidak bertempat), diciptakan arash untuk menzahirkan kekuasaanNya, kerana terdapat bilangan malaikat yang tidak terkira banyaknya kecuali Allah Yang Mengetahui bilangannya meliputi dan begitu mereka mengelilingi arash sambil mensuci dan memuji Allah dan mereka itu apabila melihat jirim yang teramat besar (yakni arash) yang tidak diketahui hadnya kecuali Allah, bertambahlah keyakinan mereka akan kesempurnaan Kudrat Allah, Dia yang menciptakan, Dia tidak duduk di atasnya, kerana sifat Duduk itu adalah sifat Makhluk, manusia duduk, anjing juga duduk, Maha Suci Allah dari menyerupai sesuatu daripada makhlukNya, itulah Makrifatullah


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Rabu, 13 Februari 2013

PETIKAN BLOG: SYED QUTB (PENILAIAN AHLUSSUNNAH)

Disalin dari BLOG PASvsPAS
--------------
Apa yang penulis ambil dari guru-guru penulis ialah, IKHWAN yang dimaksudkan dalam artikel ini bukanlah IKHWANUL MUSLIMIN DI BAWAH PIMPINAN AS-SYAHID AS-SYAIKH Al-KIROM IMAM HASAN AL-BANNA ROHIMAHULLAH
--------------
Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

MANHAJ PENULIS (BLOGGER PASvsPAS) DALAM PENULISAN

Fitnah dan tohmahan adalah sesuatu yang ditegah oleh syara’. Kesedaran akan perkara penting ini wajib ada pada mana-mana individu yang bergelar “orang yang menjaga amanah ilmiyah”. Oleh itu, penulis dengan sedaya-upaya berpegang teguh dengan manhaj yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan dan ikutan dalam membongkar jenayah-jenayah ilmiyah yang berlaku di dunia Islam, jauh daripada fitnah-memfitnah dan mengadakan kata-kata dusta.

Allah berfirman :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين

Yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.[1]

Allah juga Berfirman :



وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Yang bermaksud :

“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkannya.”[2]

Sabda Nabi :



لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Yang bermaksud ;

“Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah.”[3]

SYED QUTHB DAN KEROSAKAN DUNIA ISLAM



Tidaklah menjadi keterlaluan sekiranya penulis mengatakan bahawa Syed Quthb yang merupakan ketua kepada Hizb (parti atau kelompok) yang dinamakan “Ikhwan al-Muslimin” adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri pelampau agama yang paling jelas dan terang sekali. Dia dilahirkan pada kurun yang ke-20 H. Kematiannya meninggalkan pengikut-pengikut yang taa’sub dan fanatik sehinggakan pengaruh pemikiran-pemikirannya yang berbahaya sudah meresap di dalam pelbagai organisasi di pelusuk dunia, khususnya di Negara Arab. Buku-buku karya peninggalan Syed Quthb adalah penulisan yang sangat bahaya, beracun, boleh merosakkan minda pemuda dan pemudi pada akhir zaman ini tambahan pula mereka yang masih lagi berjinak-jinak dalam mengenali Islam.

Di antara buku-bukunya yang memuatkan pemikiran-pemikiran yang melampau ini ialah buku yang berjudul “Fi Dzilal Al-Quran”. Perkara yang amat mengecewakan Ahlus Sunnah Wal Jema’ah dan penulis sendiri apa yang berlaku di dunia Islam dan Nusantara kita ini, buku “ Fi Dzilal Al-Quran” telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan disebarkan di kebanyakan negara terutamanya Mesir. Pengikut Syed Quthb atau Golongan Quthubiyah ini menjadikan buku “ Fi Dzilal Al-Quran” sebagai perlembagaan agama mereka dan menjadikannya sebagai “brainwash’ terhadap pengikut-pengikut baru supaya memberi sokongan kepada mereka dalam melakukan pemberontakan kepada mana-mana kerajaan yang tidak menyerahkan tampuk pemerintahan kepada mereka.

Perkara yang amat perlu diberi peringatan di sini dan wajib dititik-beratkan malah tidak boleh sekali-kali mengabaikannya oleh mana-mana individu Muslim yang menyayangi agamanya adalah nama kepada gerakan Golongan Quthubiyah [pengikut Syed Quthb] ini boleh bertukar-tukar mengikut tujuan dan kepentingan, nama kumpulan ini dibentuk dengan pelbagai jenama dan label bersesuaian dengan keadaan setempat, bahasa dan tabiat penduduk.

Kalau diperhatikan konsep wala’ yang pernah dilaungkan-laungkan selama ini oleh golongan ini sebenarnya bukanlah sebagaimana konsep wala’ yang kita fahami sebelum ini tetapi ia sebenarnya merupakan suatu usaha menanam ta’asub yang membabi buta ke dalam jiwa-jiwa pengikutnya dengan menyerahkan segala harta dan nyawa semata-mata demi memartabatkan pemikiran-pemikiran dan akidah-akidah sesat Syed Quthb. Dewasa ini, bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh lagi apabila tersebarnya pemikiran pelampau agama ini yang bertitik-tolak daripada tersebarnya risalah-risalah, buku-buku, vcd di negara-negara seperti Mesir, Jaza-ir, Tunisia, sehingga tersebar di negara lain seperti lubnan, dan juga tanahair kita yang tercinta. Percetusan dan kacau bilau yang kian hari berlaku yang mana selain melibatkan pemikiran Wahhabiyah ianya juga adalah kesan daripada bukti dan hakikat sebenar ideologi Syed Quthb. Walaupun terdapat usaha-usaha licik sesetengah pihak yang ingin menutup hakikat sebenar gerakan ini tetapi apa yang berlaku dan menjadi realiti adalah angkara dari sikap ekstrem golongan Quthbiyah ini.

Perbincangan mengenai Syed Quthb yang merangkumi aqidahnya, pemikiran sesatnya, pendapat-pendapatnya yang pelik-pelik merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kepada penyelesaian yang mendalam dan terperinci. Perbincangan ini juga akan membawa kita kepada perbahasan bagaimana kefasadan yang telah dilakukan oleh kuncu-kuncunya (pengikut-pengikutnya) ini dan bagaimana mereka mendokong segala pemikiran Syed Quthb yang kemudiannya membawa kepada pertumpahan darah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga hari ini. Golongan Quthubiyah turun dalam masyarakat dengan membawa slogan “Perjuangan Islam”, “Khilafah Islamiyah”, “Negara Islam”. Dari sini mereka menggambarkan Syed Quthb sebagai hero atau perwira di dalam misi-misi setiap gerakan dalam perjuangan. Mereka menjadikan Syed Quthb sebagai contoh ikutan dalam jihad dan perjuangan mereka dalam menentang mana-mana Kerajaan Islam, manakala sirahnya pula dijadikan pedoman dan sukatan sillibus usrah bagi kader-kader baru yang menceburi kumpulan mereka.

Walaubagaimanapun, melalui penulisan kali ini penulis ingin membawa anda kepada suatu pembongkaran dan pendedahan sebenar golongan ini secara eksklusif semata-mata bertujuan baik mencari keredhaan Allah dan rasul-Nya. Penulis bukanlah antara yang orang yang terbaik untuk mendedahkan kesesatan golongan Quthubiyah ini, dan tidak pula boleh berdiam diri membiarkan sahaja kefasadan dan kemungkaran terus bermaharajalela di sana sini tanpa melakukan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. Oleh kerana tiada penulisan yang banyak dalam mendedahkan golongan ini khususnya penulisan berbahasa Malaysia, penulis mengambil peluang ini sebagai jihad di dalam Islam dan juga sebagai menyahut perintah Allah Ta’ala supaya dengan ini dapat membasmi pemikiran-pemikiran berbahaya yang menjadi kanser di dalam masyarakat Islam dewasa ini.

Mudahanah atau mendiamkan diri daripada menjelaskan kebenaran adalah suatu perkara yang amat keji dalam syara’.[4] Oleh itu, penulis menyeru kepada masyarakat Islam yang merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam ini supaya bersusaha keras menyampaikan mesej ini kepada keluarga sendiri, sahabat handai, jiran tetangga, orang kampung, masyarakat setempat di desa mahupun di kota dan seterusnya kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana diam daripada Al-AMR BIL MAARUF wa AN-NAHYU ‘ANIL MUNGKAR adalah mainan dan bisikan Iblis di samping ianya menunjukkan kecintaan dan pergantungan kepada dunia lebih daripada Agamanya sendiri.

Berkata Al Imam al ‘Alim ash-Shufi Abu ‘Ali ad-Daqqaq (Semoga Allah meredhainya) :

Yang bermaksud :


الساكت عن الحق شيطان أخرس


"Orang yang diam dan tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu”[5]

WAJAH SEBENAR SYED QUTB

Kepada semua yang masih lagi taasub kepada Syed Quthb dan pemikiran-pemikirannya, kepada semua yang tersilap atau sengaja melibatkan diri dalam kumpulan atau parti yang berteraskan pemikiran Syed Qutb dan manhajnya yang punah-ranah, penulis mengajak anda semua supaya membuat kajian yang teliti bersama-bersama tanpa menaruh sebarang sikap keta’asuban supaya dapat kita mencari kebenaran dan menuju keredhaan Ilahi.

SEJARAH HITAM SYED QUTHB DAN KECENDERUNGANNYA PADA UNSUR-UNSUR KELUCAHAN

Bagi mereka yang benar-benar mengkaji sejarah Syed Quthb, mereka dengan izin Allah Ta’ala, insyaAllah akan menjumpai sejarah hitam sebenar Syed Quthb terutamanya di dalam bukunya yang diberi judul ( الإسلام مشكلة الحضارة ) [6] Syed Quthb mengakui ;

Berkata Syed Quthb :

“ Pada suatu malam aku berada di dalam sebuah gereja di negara (جريلي) di wilayah Colorado, aku sememangnya pernah menjadi anggota persatuannya [gereja], sebagaimana sebelum ini aku juga pernah menjadi anggota di dalam pelbagai persatuan gereja yang lain pada setiap tempat yang pernah aku lalui iaitu di antara Washington di sebelah timur dan California di sebelah barat yang mana kawasan ini dikira sebagai tempat penting masyarakat [setempat]. [lokasinya] amat sesuai untuk belajar atau membuat kajian dengan secara bersungguh-sungguh. [Ianya] bukanlah secara terang-terangan tetapi aku melakukan kajian [mempelajarinya] secara senyap-senyap mengenai [kehidupan] rakyat Amerika….dan selepas aku menyelesaikan TUGASKU SEBAGAI SEORANG YANG MEMBERI PERKHIDMATAN AGAMAkepada gereja tersebut, aku terlibat sama dengan beberapa remaja perempuan dan wanita dewasa di dalam upacara keagamaan yang merupakan ahli anggota [di gereja tersebut]. [Kemudian apabila selesai majlis], kami berjalan melalui pintu sebelah yang terus kepada tempat berjoget [pusat hiburan] yang bangunannya bersambung dengan dewan sembahyang. Pusat hiburan itu terang benderang dengan cahaya yang berwarna warni, merah dan biru dan kadang-kala disinari lampu berwarna putih. Tarian ini didendangi dengan alunan “ الجرامنون” diikuti dengan rentakan kaki-kaki dan betis-betis di dalam pusat hiburan tersebut. Manakala aku menghulurkan tangan [ untuk memegang pinggang wanita] yang hadir [dalam pusat hiburan tersebut] dan memberikan ciuman pada bibir-bibir dan pada dada-dada [mereka], suasana ketika [katanya] itu sungguh mengasyikkan”. Intaha.

Berkata Sayyid Basher Ahmad Kasymiri di dalam kitabnya yang berjudul (عبقري الإسلام سيد قطب), Cetakan Darul Al-Fadhilah sebagaimana teksnya yang bermaksud ;

Yang bermaksud ;



“ Apa yang kami perhatikan apabila Syed Qutb mencecah umur 30-an, dia telah sampai kepada suatu peringkat yang melampau batasan dalam sesetengah penulisannya, sekira-kira dia telah memperlekeh-lekehkan akhlak [akhlak yang mulia], peri kemasyarakatan dan mempertahankan [ideologi barat] keharusan bersekedudukan [lelaki dan perempuan], dia juga pernah memberi keterangan yang jelas bahawa sekiranya diwakilkan kepadanya kejadian semula makhluk ini dia tidak akan menjadikannya perkara lain melainkan [katanya dia akan menjadikan] taman-taman [yang indah] dan tempat-tempat rehlah yang boleh menghimpunkan kawan-kawan, teman-teman yang mesra, lelaki dan perempuan yang berkasih-sayang memudahkan mereka berbisik-bisikan [berfoya-foya], tidak tidur pada waktu malam dengan tiada sebarang suasana riuh-rendah dan kacau-bilau [tiada ganguan]. Perkara [terkutuk ini] merupakan perkara yang disembunyikan daripada kenalan [kawan-kawan] Syed Quthb sendiri [mereka tidak tahu hal sebenar Syed Quthb] dan begitu juga mereka yang mencintainya terutamanya [pun tidak tahu] terutamanya golongan yang dinamakan sebagai Jemaah Islamiyah itu sendiri ataupun sesetengah ada mengetahuinya [hal sebenar Syed Quthb] tetapi mereka sengaja menutup mata”. intaha.

Kenyataan ini juga adalah nukilan daripada kitab “Syed Qutb” dengan teks yang sama di samping nukilan daripada Majalah Mingguan [مجلة الأسبوع] diterbitkan pada 18 ogos 1934 M, Bilangan yang ke 37 – Adnan Muslim- Dzuhur Da’iyah, m/s 104-106.

Berkata Muhammad Hafiz Diyab di dalam kitabnya yang berjudul “سيد قطب- الخطاب والأيدولوجيا”, Cetakan Dar Attoli’ah Lil Thiba’ah Wa An-Nasyr, Beirut, m/s 66 sebagaimana teksnya ;


Yang bermaksud ;

“Syed Quthb bukan sahaja semata-mata anak murid kepada Al-‘Aqad, bahkan dia adalah di antara pelajar-pelajarnya yang paling akrab dengannya, paling rapat [mesra] dengannya, sangat cenderung akan kesusasteraannya, pemikiran-pemikirannya, dan halatujunya sehinggakan majalah (الرسالة ) selepas kematian Ar-Rafi’e membuka lipatan sejarah baru ketika melakukan penulisan tentangnya. [Syed] Qutb adalah di antara orang yang memberi penentangan yang paling keras terhadapnya [Ar-Rafi’e] di samping mempertahankan ustaznya Al-’Aqad. Di dalam tempoh ini Syed Quthb telah mengalami [masalah] keraguan di dalam akidah dan agamanya dan ini berlarutan sehinggalah bertahun-tahun lamanya. Apa yang disebut kepada An-Nadwi apabila dia menceritakan [peristiwa yang telah berlaku] kepadanya bahawa segala hubungan dengan dirinya dan [sejarah] permulaan kehidupannya yang pertama [kehidupan Islam] sudah terputus selepas perpindahannya ke Kaherah [Mesir] dan apabila dia menetap di sana, pengetahuan agamanya dan Akidah Islamnya semakin terhakis. Apabila berlalu tempoh keraguan terhadap kebenaran agama di dalam dirinya, dia sendiri mengakui perkara ini selepas dia kembali pulih [separuh pulih], dia berkata ; “Sesungguhnya keraguan [yang aku alami] ini pernah memperdayakan fikiranku merosakkannya...dan ianya menghalang diriku daripada melihat pandangan yang asal lagi jelas [menghalang dirinya daripada melihat kebenaran]”. Intaha


Di antara rencana-rencana hasil tulisan Syed Quthb dimuatkan di dalam majalah (الأهرام) yang bertarikh 17 march 1934, m/s 7, dia membuat seruan secara terang-terangan kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] “berbogel atau bertelanjang bulat ”. Menurut Syed Quthb, masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi semasa manusia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Ini adalah suatu bid’ah yang yang sememangnya telah tersebar pada masa Syed Qutb berada di Negara-Negara Eropah lagi. Manakala mengenai keraguan dalam persoalan dalam akidah dan agama adalah suatu perkara yang amat jelas sekali apabila ia terdapat di dalam syair-syair qasidah yang dikarang olehnya pada waktu itu.

Ini adalah pendapat Syed Quthb yang dimuatkan di dalam majalah tersebut.

Pada tahun 1948 dia telah bermusafir ke [الولاية المتحدة] iaitu Negara-Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sana dia mendapat cetusan baru, menerima tarbiyah [latihan rohani] dan menjalani proses asas-asas manhaj pemikiran. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam peristiwa ini ialah persoalan kenapa Syed Quthb datang ke sana secara mengejut dan berseorangan. Kedatangannya juga tidak pernah diiklankan oleh mana-mana media massa. Dengan ini jelas kepada kita bahawa kedatangan Syed Quthb ke [الولاية المتحدة] iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan di antara cetusan perancangan sulit Amerika walaupun ianya tidak dapat diketahui oleh Syed Quthb sendiri. sumber ini adalah daripada At-Thohir Ahmad Makki. Menurutnya, 3 buah risalah Syed Quthb yang tidak disebarkan oleh majalah (الهلال) yang bertarikh Oktober 1986, m/s 123-126.

Di dalam majalah (روز اليوسف), m/s 34, Tahun 1996 pada 29 (تموز), bilangan/3555, di bawah tajuk (سيد قطب من الإلحاد إلي القدسية والعكس) telah menerbitkan beberapa perkara penting berkaitan dengan Syed Quthb antaranya ;

  • Dia mencintai salah seorang daripada 7 orang wanita yang pernah mengetuk pintu rumahnya dan dia menangis apabila wanita itu telah berkahwin.
  • Syed Quthb banyak menulis [unsur-unsur lucah] tentang wanita antaranya menyifatkan bibir wanita (والشفة الظامئة) sebagai bibir yang mendahagakan, mata wanita (العين الهاتفة) sebagai mata yang menggoda, paha wanita (والفخذ اللفاء) sebagai paha yang sempit [padat dengan daging dan kenyal], dan dada wanita (والصدر الناهد) sebagai sebagai dada yang tinggi dan menonjol.
  • Menyeru kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] “berbogel atau bertelanjang bulat ”. [Menurut Syed Quthb,] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu.
  • [Syed Quthb] menyifatkan Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang yang inginkan kemasyhuran, mencari perhatian ramai [mencari populariti]…tidak patut ambil mudah dengannya”. Intaha.
Di dalam buku yang sama, m/s 36, Syed Quthb sendiri yang mengatakan kenyataan ini. Menurutnya (السهرة) [berjaga malam untuk tujuan berbisik-bisik antara lelaki dan perempuan atau berfoya-foya yang disebut sebelum ini] adalah (اللذيذة البريئة) iaitu kelazatan tanpa batasan. Kenyataan ini ditulis olehnya sendiri pada tahun 1951. Selain itu, di dalam buku yang sama juga, dia sempat mengarang tentang (بداية الأمريكي في حياته الجنسية), lalu dia berkata ;

Yang bermakna ;

“ Wanita-wanita di Amerika sangat mengetahui tempat yang boleh mendatangkan ghairah pada jasadnya, (في العين الهاتفة) pada matanya mengasyikkan, (والشفة الظامئة) pada bibirnya mendahagakan, (الصدر الناهد) dadanya yang tinggi atau menonjol, (الردف المليء) cara duduknya yang penuh seperti menunggang, (الساق الملساء) betisnya yang lembut dan licin, dia [wanita Amerika] menonjolkan semua benda ini dan tidak menyembunyikannya. Wanita Amerika [menurut Syed Quthb] sangat-sangat mengetahui bahawa dada yang montok, rupa bentuk badannya yang menghairahkan, kedua-duanya adalah (الشفاعة)[7] yang tidak pernah ditolak oleh semua wanita”. Intaha.



DARI SEORANG MARXISME & ATHIES

Setelah dilakukan kajian tentang sejarah kehidupan lelaki yang bernama Syed Quthb[8] ini maka apa yang dapat disimpulkan bahawa Syed Quthb bukanlah seorang ulama’ Islam, bukan faqih dalam ilmu agama, bukan juga ahli hadis, bahkan apa yang nyata sekali dia adalah seorang bekas [الصحفي] sasterawan. Minatnya dengan bidang kesusasteraan[9], menyebabkan dia banyak menulis dalam beberapa majalah-majalah[10] di Mesir.

Sejarah memperakui bahawa Syed Quthb tidak pernah belajar berguru ataupun di dalam pengistilahan ulama dia tidak pernah bertalaqqi dengan mana-mana alim ulama’ pada zamannya bahkan tidak keterlampauan jika dikatakann dia tidak pernah mencium haruman pengajian ilmu agama menggunakan kaedah bertalaqqi secara bersanad sebagaimana yang diamalkan oleh ulama’-ulama’ Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah sejak dari zaman salaf lagi. Syed Quthb di dalam $At-Tashwir Al-Fanni Fi Al-Quran[11] (Gambaran Keindahan Dalam Al Quran) ; memberi pengakuan secara terang-terangan kerjayanya sebagai sasterawan dan dia sendiri mengakui pernah beraliran marxisme [Mulhid ][12] .

Syed Quthb pernah mengalami penyakit berbahaya dalam hidupnya iaitu keraguan dalam aqidah dan agamanya dan ianya berterusan sehingga beberapa tahun lamanya. Antara pengakuan yang pernah dibuat seperti dia sendiri mengakui tentang dirinya ;



وكنت قبل ذلك إحدى عشرة سنة ملحدا

Yang bermaksud :



“ Dan aku sebelum itu [berhubung dengan cerita sebelumnya] pernah menjadi seorang Mulhid selama11 tahun”. Intaha.

Perkara ini terbukti apabila ianya memang terdapat di dalam bukunya sendiri. Ianya ditulis sebelum menerima hukuman gantung daripada Kerajaan Mesir. Buku ini berjudul; (لماذا أعدموني) [ Kenapa Aku Dibunuh]. Selain itu juga kenyataan yang membuktikan dirinya pernah beraqidah (الإلحاد) disebut di dalam bukunya yang berjudul (معالم في الطريق). Oleh kerana perkara yang sama juga banyak diulang-ulang dalam penulisannya, Seorang tokoh semasa yang bernama An-Nadwi bangkit menghentam dan mengaibkannya disebabkan perkara terkutuk itu. Dalam masa yang sama, kenyataan ini juga di sebut di dalam majalah yang diberi nama (مجلة التقوى), majalah (مجلة روز اليوسف) dan selainnya.

Maka jelaslah di sini bahawa Syed Quthb sememangnya tidak tersenarai langsung daripada senarai alim ulama’, bukan juga faqih atau ahli tafsir, bukan ahli hadis bukan juga alim dalam bidang Nahu, hatta bukan daripada ulama-ulama’ Akidah Islam. Tetapi berdasarkan kajian ulama’, Syed Quthb adalah penulis riwayat-riwayat cerita dan kisah-kisah lucah yang mengghairahkan. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ulama’ ini silalah kaji bukunya (أشواك قطب). Tapi yang anehnya kenapa ada mereka yang masih lagi ta’asub dengan Syed Quthb ini dan ragu-ragu malah mendewa-dewakannya sedangkan dia mempunyai seorang yang berkeperibadian terkutuk dan mengaibkan?

SYED QUTB SEBENARNYA ADALAH MASUNI [PENENTANG AGAMA ISLAM]

Syeikh Muhamad Al-Ghazali merupakan di antara anggota tertinggi dalam Hizbul Ikhwan yang asal, beliau pernah menjadi teman rapat Imam Syeikh Hasan Al-Banna ketika hayat beliau, selain itu beliau juga sangat mengenali Hasan Al-Hudhaibi dan Syed Quthb dengan baik sekali. Di dalam kitab karya penulisannya seperti (من ملائح الحق), m/s 223, menjelaskan fenomena sebenar yang berlaku selepas kewafatan Imam Asy-Syahid Syeikh Hasan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya. Selain itu, beliau membongkar jenayah golongan Al-Masuniyahlah[13] [golongan yang memerangi agama Islam] sebenarnya yang telah melantik Syed Quthb ketua bagi kumpulan atau Hizb Al-Ihwan ini. Mereka mengatakan golongan mereka ;



ادخلوا فيهم لتفسدوهم

Yang bermaksud ;



“ Pergilah kalian masuk ke dalam jema’ah mereka agar dapat memusnahkan mereka semua”.

Di dalam kitab yang sama, menurut beliau Imam Syeikh Hasan Al-Banna - semoga Allah merahmatinya – sudah terlebih dahulu memberitahu jema’ahnya [Ikhwan Al-Muslimin] telah berpecah kepada beberapa kumpulan, ada yang benar-benar sudah menyeleweng, mereka telah menumpahkan darah, membunuh, mengkafirkan masyarakat Islam yang tidak bersalah, lalu Imam Syeikh Hasan Al-Banna mengatakan Syed Quthb dan kelompok-kelompaknya sebagaimana tertera di dalam kitab Syeikh Muhamad Al-Ghazali berikut ;



وقد قال حسن البنا فيهم – قبل أن يموت- إنهم ليسوا إخوانا وليسوا مسلمون

Yang bermaksud ;

“ Telah berkata Imam Hasan Al-Banna mengenai mereka [Syed Quthb dan pendokong-pendokongnya]- sebelum kewafatan beliau- bahawa mereka bukanlah tergolong daripada Ikhwan [al-muslimun] dan bukan juga beragama Islam.Intaha.

SYED QUTHB BUKAN LELAKI YANG MAKSUM[14]

Kepada kumpulan Syed Quthb – yang bersembunyi di sebalik nama Hizb Al-Ikhwan atau kadangkala dinamakan sebagai “Jama’ah Al-Islamiyah”, Kepada semua kelompok dan kumpulan, kepada setiap individu lahir yang dari institut pendidikan Syed Quthb, Kami Ahlus Sunah Wal Jama’ah mengatakan :

“ Sekiranya kamu mengiktiraf Syed Quthb adalah bukan [seperti] Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam, dan juga kamu mengiktiraf dia bukan dari para malaikat Allah, maka natijahnya dia bukanlah seorang yang maksum iaitu terpelihara daripada melakukan dosa dan noda. Tetapi yang anehnya kenapa kenapa kamu masih lagi ta’asub dengan pemikiran-pemikirannya, pendapat-pendapatnya, manhaj hitamnya yang punah-ranah, pentakfir, selain itu juga dia juga pernah berulang-ulang kali menghalalkan darah orang Muslim?

Buku-bukunya yang tersebar hari ini menjadi saksi bahawa Syed Quthb merupakan seorang yang jahil dalam semua bidang dan ilmu keagamaan. Dia adalah seorang Musyabbih (menyerupakan Allah dengan makhluk), Mujassim (mengatakan Allah berjisim), mendustakan ayat-ayat Al-Quran, dan beberapa kali dalam hidupnya mencela dan menghina para anbiya’. Dia mempunyai penyelewengan dan kesalahan yang tidak terhingga untuk dihitung dengan jari-jemari, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Adakah tidak ada perasan belas kasihan di dalam hati kalian apabila melaksanakan pemikiran Syed Quthb dan meniru fikrah takfirnya, menghalalkan darah semua manusia di kalangan para penguasa Islam, rakyatnya, tuan-tuan guru yang mengajar agama [المشايخ], lelaki dan wanita, para tukang azan di seluruh pelusuk bumi, para petani, para penoreh getah, mereka yang bersolat di masjid-masjid, kanak-kanak yang tidak bersalah, remaja-remaja lelaki dan perempuan, para doktor, arkitek, dan semua pekerja buruh dan kakitangan kerajaan??!!

Hari ini, sejarah telah memperlihatkan kepada kami bagaimana golongan kalian menumpahkan darah Umat Islam di Syiria, Lubnan, Palestin, Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi. Negara yang aman dan berdaulat kalian porak-perandakan, kalian bunuh hamba-hamba Allah yang tidak bersalah, manhaj pemikiran kalian sekira-kira menghalalkan segala-galanya ini membawa kepada huru-hara, kacau-bilau, fitnah pada agama, bala’, kerosakan, kemusnahan, dan membawa kepada kehancuran yang besar. Wahai pengikut Syed Quthb! Keluarlah daripada manhaj Al-Khawarij ini, kembalilah kepada kepada manhaj Ahlus-sunah wal-jamaah yang suci, murni dan dijamin kesahihan dan kebenarannya.



IMAM AS-SYEIKH HASAN AL-BANNA –SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA- MENTAHZIR UMAT ISLAM DARIPADA SYED QUTHB.

Antara perkara yang paling menonjol untuk diutarakan di sini sebagai membuktikan Syed Quthb tidak berada dalam landasan Ahlus Sunah Wal-Jama’ah, bukan juga pengikut Imam Hasan Al-Banna iaitu pengakuan Imam Hasan Al-Banna sendiri yang mengatakan dirinya sendiri berlepas daripada Syed Quthb, kumpulannya dan pendapat-pendapat mereka sebagaimana yang telah diterbitkan oleh majalah (مجلة روز اليوسف), bertarikh 29/7/1996, bilangan 3555, m/s 36.

“ Pada peringkat ini, Syed Quthb menyeru umat Islam kembali kepada fikrah “ berbogel dan bertelanjang bulat”. Berdasarkan periwayatan Mahmud Abdul Halim yang telah menulis sebuah kitab yang berjudul (تاريخ الإخوان المسلمين ), beliau mengatakan Syed Quthb merupakan “Imam Takfir” [إمام التكفير], dia merupakan semangat dan bapak kepada kumpulan pemberontak atau kerosakan [الأب الروحي لجماعات العنف] yang menyeru supaya kembali kepada fikrah “ berbogel dan bertelanjang bulat”. [Menurut Syed Quthb] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Apabila dia Mahmud Abdul Halim ingin menulis kitab membangkangnya, Syed Quthb sendiri menegahnya dan memberi amaran keras.

Mahmud Abdul Halim berkata kepada Syed Quthb ; “Sesungguhnya Syed Quthb adalah pemuda yang terpengaruh dengan suasana barat, inilah antara faktor besar kenapa dia boleh berfikiran [lucah] sebegini, sebenarnya tujuan dia menulis rencana-rencana bukan sekadar penulisan karangan biasa bahkan ia melambangkan keimanannya yang di yakini selama ini di samping ia merupakan suatu percubaan untuk mendapat kemasyhuran”.Intaha



ABU AL-FATTAH ABU GHUDDAH, PENGERUSI HIZBUL IKHWAN DI SYIRIA MENGKAFIRKAN SYED QUTHB


Di antara bukti kukuh memperkuatkan hujah penulis mengatakan bahawa jema’ah Hizb Al-Ikhwan mengkafirkan di antara satu sama lain sebagaimana yang telah tercatat di dalam (مجلة الأمة), diterbitkan pada Jamadil Awwal 1405 H, yang merupakan tulisan Abu al-Fattah Abu Ghuddah sendiri. Tulisan ini bertajuk (تعبيرات خاطئة)m/s 14-16 ;


أن سيد قطب سمى الله بالعقل المدبر، ولا يجور إطلاق العقل على الله، فالله جل شأنه منزه عن الوصف بمثل هذا، وهذه العبارات وأمثالها تكررت في كتاب في ظلال القرءان كثيرا كثيرا، ويقول أبو الفتاح أبو غدة : إن هذا لا يفيد التبجيل ولا التعظيم في حق الله بل يوهم النقص والشبه بالمخلوقات، ويقول : وهذا خطأ فاحش شديد وأن معتقده يخرج من الإسلام.أهـ

Yang bermaksud ;



“ Sesungguhnya Syed Quthb telah menamakan Allah sebagai (العقل المدبر) [katanya Allah adalah akal yang mentadbir], padahal tidak harus mengatakan atau mensifatkan Allah sebagai akal. Allah Ta’ala Yang Maha Agung, Maha Suci daripada perkara yang demikian itu. Ibarat sebegini dan seumpamanya sering kali berulang-ulang di dalam bukunya (في ظلال القرءان) dengan [ibarat] yang teramat banyak. Abu al-Fattah Abu Ghuddah telah berkata : “ [ibarat] ini tidak akan membawa kepada kebesaran dan keagungan pada Allah Ta’ala bahkan memberi keraguan [Allah TA’ala] mempunyai kekurangan dan sama dengan makhluk. Dan lagi dia berkata ; “ [ ibarat] yang salah ini adalah suatu kesalahan yang teramat buruk dan orang yang beri’tiqod sedemikian rupa keluar daripada Islam.” Intaha.

GURU-GURU AGAMA DI MESIR MEMINTA UMAT ISLAM BERWASPADA DENGAN SYED QUTHB

As-syeikh Abu al-Khair al-Mishri merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar menyedari bahawa pemikiran Syed Quthb adalah berbahaya kepada masyaraka Islam secara keseluruhannya. Beliau pernah mengatakan ;



إن سيد قطب لازمته يوما كاملا وكنت أقوم إلى الصلاة وهو لا يصلي فأقول له الصلاة يا سيد، فيقول أنا مشغول بالكتابة.


“ Sesungguhnya aku pernah bersama-sama dengan Syed Quthb sehari penuh, aku telah bangun berdiri untuk melakukan sembahyang manakala dia pula tidak bersembahyang, lalu aku berkata kepadanya ; “ Mari sembahyang wahai Syed! Jawabnya ; aku [sekarang] sibuk dengan penulisan[ku].” Intaha.

Selain beliau, ramai lagi alim ulama’ yang mentahzir umat Islam daripada Syed Quthb. Pernah ada satu rombongan daripada Al-Azhar ke Lubnan, antara yang ikut serta dalam rombongan itu ialah Syeikh ‘Ayyih. Beliau berkata ;



وقال عنه : إنه جاهل ، وقد شهد عليه عدد كبير من مشايخ مصر الذين يعرفونه بالجهل وأنه كان ملحدا

Maknanya ;



“ dia (Syed Quthb) adalah seorang yang jahil, perkara ini sememangnya disaksikan oleh ramai tuan-tuan guru agama [المشايخ] di Mesir yang betul-betul mengenali kejahilannya, dan juga dia merupakan seorang ethies [ملحد]”. Intaha.

IMAM HASAN AL-BANNA BER’AQIDAH ASYA’IROH

Imam Hasan Al-Banna adalah tokoh yang agung dalam perjuangan Islam. Demi menjaga masyarakat Islam daripada teraniaya oleh penjajah Inggeris beliau telah membina suatu pasukan rahsia yang kuat bagi melahirkan kader-kader jemaah yang berkualiti bagi membenteras penganiayaan Inggeris pada Umat Islam.

Manhaj beliau cukup jelas, masyhur dengan bermethodologikan manhaj Abu Hasan Al-Asy’ary. Oleh kerana itulah kita dapati hari ini ada di kalangan wahhabiyah mengarang kitab menghentam manhaj Imam Abu Hasan Al-Banna.

Berkata Imam Abu Hasan Al-Banna Di Dalam Kitabnya Al-‘Aqoid Al-Islamiyah ;


يقول حسن البنّا في كتاب العقائد الإسلامية:

"السلفُ والخلفُ ليس بينهم خلافٌ على أنه لا يجوز حملُ ءاية الاستواء على المعنى المتبادر.اهـ

Yang bermaksud ;

“Golongan salaf dan khalaf tiada khilaf [bersepakat] di antara mereka bahawa tidak harus menjadikan Ayat Istawa dengan makna secara zhahir [الجلوس]”.Intaha

TERLIBAT DENGAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN (GOLONGAN QUTHUBIYAH)

Kemudian keterlibatan Syed Quthb di dalam kelompok Al-Ikhwan Al-Muslimin menjadikannya terkenal terutamanya apabila dia telah mengukir nama di dalam gerakan itu dan pernah menjadi salah seorang tokoh yang terkemuka dalam menggerakkan Ikhwan al-Muslimin. Di sini bermula kesesatannya apabila dia menulis makalah, kitab dan sebagainya yang mana penulisannya itu telah menjadikan dirinya tergelincir daripada kebenaran dan menyesatkan Umat Islam.

Sekiranya karya-karya Syed Quthb ini dikaji selidik dan dibaca oleh mereka yang alim daripada Ahlul Fahm Wat At-Tamyiz[15] ternyata akan terbongkar dari buku-buku tersebut fatwa-fatwa yang sesat yang bertentangan dengan syari’at Allah yang akhirnya melambangkan kedangkalan dan kebodohan penulisannya.

Syed Quthb juga amat kagum dan tertarik dengan dengan pemikiran Abul A'la Maududi pengasas Jama’ah Islamiyah di Pakistan terutamanya pemikiran Abul A'la Maududi yang radikal dan keras dalam mengkafirkan orang yang tidak melaksanakan hukum wadh’i walaupun mereka tidak membantah atau tidak menginkari hukum syari’ah Allah.



KEGANASAN GOLONGAN IKHWAN (IKHWAN DI SINI BUKAN IKHWAN PIMPINAN HASAN AL-BANNA)

Hizb Al-Ikhwan hari ini adalah di antara golongan yang paling bahaya selain wahhabiyah. Kewujudan golongan ini dalam masyarakat boleh membawa huru-hara yang tidak berkesudahan dan boleh meresahkan Umat Islam. Mereka tanpa ada perasaan malu dan segan silu menamakan jema’ah mereka sebagai jema’ah yang inginkan pembaharuan dan islah dimsamping melaung-laungkan nama Islam ke sana ke mari. Hizb Ikhwan hasil gubahan Syed Quthb ini membawakan manhaj atau metodologi yang baru sekira-kira mereka mengira diri mereka sahaja beragama Islam dan selain daripada manhaj mereka adalah KUFFAR. Selain itu juga, Hizb Ikhwan menganggap masyarakat Islam hari ini merupakan masyarakat jahiliyah yang kafir [keluar daripada Islam] kerana mereka memakai hukum kanun biasa dan tidak mempraktikkan hukum syar’iah.

Pengkafiran Hizb Ikhwan ini merangkumi semua penguasa- penguasa di seluruh alam sehingga mengkafirkan penguasa-penguasa di tanah Arab itu sendiri kerana realiti yang berlaku hari ini penguasa-penguasa menggunakan hukum selain daripada hukum Allah, begitulah juga rakyatnya, guru-guru yang mursyid, tukang azan, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja kerajaan, pekerja di sektor swasta, baik kanak-kanak yang tidak bersalah dan juga yang sudah dewasa semuanya dikira sebagai kafir kerana mereka tidak melakukan pemberontakan kepada kerajaan mereka.

Kalau diikuti perkembangan golongan ini secara serius di tanahair kita ataupun di luar negara mereka tiada kepentingan lain, tiada kerja lain melainkan melemparkan pengtakfiran terhadap masyarakat Islam, menyeru kepada keganasan, fitnah-memfitnah, mengerahkan supaya pengikut-pengikutnya keluar di jalanan supaya melakukan penentangan secara membuta-tuli di samping membawa kepada pertumpahan darah.



TIDAK HARUS MEMANGGIL MEREKA SEBAGAI “JEMAAH ISLAMIYAH”

Ulama’-Ulama’ Muktabar mengatakan bahawa ; Tidak boleh mengelarkan kumpulan ini dengan nama “Islamiyah”, sebaliknya menamakan mereka sebagai “kumpulan yang mendakwa sebagai Islam”. Ini adalah kerana mereka amat bercanggah dengan Akidah Islam itu sendiri yang menjadi tiang atau asas kepada Agama Islam rentetan daripada kepercayaan mereka bahawa Allah itu adalah ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa), menamakan Allah dengan al 'Aql al-Mudabbir (Akal yang mengatur), mereka mempercayai Allah Ta’ala sentiasa bersama-sama manusia dengan zat-Nya pada setiap masa, menghalalkan darah orang Islam, berkompromi dengan golongan zionis antarabangsa dalam memerangi Umat Islam. Oleh kerana itulah menurut para ulama’ tidak boleh menamakan mereka sebagai orang muslimin dan tidak harus juga menamakannya sebagai ”Jema’ah Islamiyah” sebagaimana tersebar hari, selain itu tidak boleh mengatakan mereka sebagai ”Al-Ikhwan Al-Muslimun” tetapi kita dibenarkan menyebut golongan ini sebagai ” kumpulan atau golongan yang mendakwa mereka sebagai Ikhwan Al-Muslimin”. ini adalah supaya umat Islam tidak tertipu lalu menyangka mereka pada landasan yang benar padahal mereka jauh daripada itu.



ANTARA NAMA-NAMA GOLONGAN QUTHBIYAH DI TANAH ARAB ;

Golongan Quthubiyah sememangnya tersebar di banyak buah negara, mereka berselindung dengan pelbagai nama dan organisasi. Penjenamaan yang pelbagai dengan beridentitikan nama yang cukup ‘islamik’ adalah di antara taktik untuk memancing masyarakat supaya menyertai mereka, selain meracuni pemikiran pemuda-pemudi yang baru mengenal erti Islam dan perjuangan.


FATWA DALAM ISU AKIDAH YANG MENYELEWENG

Di sini disebut beberapa kesesatan Syed Quthb secara ringkas tanpa ada perbahasan yang terperinci tentang penyelewengannya di dalam Agama Islam. Berikut adalah senarai ringkasan kesesatan-kesesatannya ;
  1. Menamakan Allah dengan nama (الريشة المعجزة) ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa),
  2. mendakwa Allah sebagai (الريشة المبدعة) ar-Risyah al-Mubdi'ah [bulu yang menciptakan alam dari sesuatu yang tiada menjadi ada, tanpa ada contoh sebelumnya].
  3. menamakan Allah sebagai (الريشة الخالقة) ar-Risyah al-Khaliqah [bulu yang menciptakan].
  4. menamakan Allah dengan (العقل المدبر) al 'Aql al-Mudabbir [Akal yang mengatur].
  5. mengkafirkan masyarakat Islam di pelusuk alam secara keseluruhan.
  6. pemikiran Syed Quthb berasal daripada pemikiran Baihasiyyah iaitu satu kelompok di dalam Khawarij yang mengkafirkan pemerintah Islam dan rakyatnya.
  7. mencela golongan As-Salaf As-Soleh.
  8. mencela dan menghina pengajian ilmu fiqh.
  9. beri’tikod Allah berada di mana-mana dengan zatnya [ seperti i’tikod Jahmiyah).
  10. menggelarkan masyarakat Islam sebagai Masyarakat Jahilyah.
  11. menghina dan mencela Nabi Musa ‘Alayhissalam.
  12. menuduh Nabi Yusof merasa lemah diri [ghairah] apabila digoda oleh isteri pembesar Al-’Aziz.
  13. Mengkafirkan Nabi Ibrahim ‘Alayhissalam.
  14. menghalalkan darah Umat Islam dan beberapa kes pembunuhan Oleh Golongan Quthubitah.
Ke semua kesesatan-kesesatan Syed Qutb ini sememangnya berbukti bukannya omongan kosong. InsyaAllah akan diterangkan secara jujur dan berhati-hati oleh penulis terutamanya ianya berkaitan dengan amanah syar’iyyah.


PENGARUH PEMIKIRAN SYED QUTHB TERHADAP PAS

Walaupun Syed Quthb telah dihukum mati, namun buku-buku, majalah, risalah serta pemikiran-pemikiranyanya terus tersebar, diterjemah dalam pelbagai bahasa, dan kini didokong pula oleh beberapa organisasai di seluruh dunia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. PAS, melalui usrah-usrah, kuliah-kuliah, ceramah, akhbar harakah, dan menerusi pelbagai saluran memberi penekanan utama supaya pemikiran Syed Quthb agar ianya tersebar di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pemikiran mengtakfirkan mereka yang berhukum dengan hukum kanun dunia tanpa menolak sedikitpun syar’ait Allah seringkali kedengaran di ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS. Fikrah takfir tajaan Syed Quthb inilah yang cuba diterapkan oleh PAS kepada ahlinya untuk merampas tampuk pemerintahan dan melakukan keganasan di dalam negara yang seterusnya membawa kepada huru-hara dalam masyarakat Islam.

Antara yang banyak menitik-beratkan pemikiran Syed Quthb ini ialah Profesor Zulkifli Mohamad. Dia adalah di antara pelajar Melayu lepasan University Al-Azhar, Mesir yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah Syed Qutb di Maktab Syubban al-Muslimin pada tahun-tahun 1950-an. Kepulangannya ke Tanah Melayu dan keterlibatannya dalam PAS memberi ruangan yang selesa baginya untuk menerapkan FIKRAH PENGTAKFIRAN Syed Quthb ini sebagai fikrah perjuangan PAS.

Selain itu juga menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai, Fadzil Noor adalah di antara orang yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah, Abdul Hadi mengajar buku 'Ma’allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu manakala Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan, dan begitu juga Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia.



TANGGUNGJAWAB AGAMA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA ;

Oleh kerana menerangkan perkara yang haq dan menjaga amanah ilmiyah menjadi tanggungjawab yang besar dalam agama, penulis menggunakan ruangan yang terbatas ini sebagai tempatnya. Semoga Allah meredhai segala usaha ini dan menerimanya sebagai amalan soleh di dalam bulan yang mulia. Ianya juga termasuk dalam bab nasihat-menasihati yang diperintahkan oleh Rasulullah Shollallahu’ Alaihi Wasallam :



الدين النصيحة


“ Agama itu adalah nasihat menasihati”.

Selain itu juga, timbul rasa bimbang di dalam diri penulis Negara Malaysia yang yang tercinta akan mengundang huru-hara dengan tersebarnya pemikiran-pemikiran Syed Quthb yang berhaluan kiri ini, sekali gus menerajangkan dan memperkosa keamanan dan ketenteraman di dalam Negara. Begitu juga penulisan ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan pemuda-pemudi yang diperdaya oleh golongan ini dengan kata-kata manis dengan berlabelkan “Perjuangan Islam”. Wallahu A’lam.


Disusun oleh ;


pasvspas@yahoo.com

www.pasvspas.blogspot.com

[1] Surah Al-Hujurat, ayat 6

[2] Surah al-Israk, ayat ; 36
[3] Sohih Muslim.
[4] Hari ini bukan sahaja ramai yang mendiamkan diri dalam membongkar ajaran wahhabiyah, quthubiyah, sufi yang sesat, tetapi juga ramai mereka yang bergelar ustaz, tok-tok guru yang sudah memandang dunia lebih daripada akhirat. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku di hadapan mata hanya dipandang sebelah mata tanpa ada inisiatif tertentu untuk mencegah ataupun membasmi virus pemikiran yang berbahaya.
[5] Diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Qusyayri dalam Ar-Risalah al Qusyairiyyah.
[6] Syed Quthb, “Al-Islam Musykilatul Hadharah” , Cetakan Dar Asy-Syaruq, Percetakan ke-7, Tahun 1982, m/s 86. TAJUK YANG DIBERI PADA KITAB INI [ISLAM ADALAH MASALAH KEPADA KETAMADUNAN] JUGA MERUPAKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM.
[7] Pemberian.

[8] Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut.
[9] Walaupun Syed Quthb mempunyai kebolehan di dalam sastera Arab, ini tidak bermakna dia boleh sesuka hati mentafsirkan Al-Quran mengikut kepala otak sendiri tanpa menoleh tafsiran yang digunakan oleh ulama’ mufassirin. Kalau dikaji dengan teliti, pentafsirannya di dalam buku ’Fi Dzilallil Quran' amat bercanggah dengan tafsiran para sahabat dan semua ulama’ mufassirin yang muktabar.
[10] Syed Quthb pernah dilantik menjadi Ketua Pengarang Majalah Ikhwan al-Muslimin. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, kemudiannya majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Jamal Nasir. Kerajaan Mesir ketika itu mengambil langkah yang keras terhadap gerakan Ikhwan supaya pemikiran golongan ini tidak meracuni masyarakat Islam Mesir. Usaha kerajaan Mesir berjaya apabila tertangkapnya pendukung-pendukung Ikhwan termasuk Syed Quthb sendiri.
[11] Kitab ini ditulis pada pada tahun 1939.
[12] Seperti golongan athies yang menafikan kewujudan Pencipta.
[13] الماسونية : محاربة الدين[14] Syed Quthb bukanlah nabi, atau wali. Dia tidak terpelihara daripada dosa.
[15] Mampu membezakan yang hak dan yang batil.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...