Isnin, 20 Mei 2013

IMAM AR-RAZI: MUJASSIM KAFIR

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Bukti (gambar) kitab Usuluddin, karangan Syeikh Fakhruddin ar-Razi mengungkapkan :



 المُجسّمة كفّار لأنهم اعتقدوا أنّ كلّ ما لا يكون متحيزاً ولا في جهة فليس بموجود ونحن نعتقد أنّ كلّ متحيّز فهو مُحْدَثٌ وخالقه موجود ليس بمُتحيّز ولا في جهة فالمُجسّمة نَفَوا ذات الشىء الذي هو الإله فيلزمهم الكفر

yang bererti : "Golongan mujassimah telah murtad atau kafir kerana mereka berkeyakinan bahawa setiap perkara itu tidak ada, jikalau keberadaannya itu tidak berarah dan terapung-apung. Sedangkan bagi kita setiap yang berapungan adalah sesuatu yang baharu, dan penciptanya iaitu Allah keberadaanNya bukanlah berapungan dan tidak juga terdapatnya arah. Maka golongan mujassimah telah menidakkan atau menafikan perkara tersebut, ini jelas mereka telah menidakkan ketuhanan Allah. Maka memang patutlah mereka itu dihukumkan murtad (terpotong keislamannya atau terkeluar dari agama Islam) atau kafir."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

SULTANUL ULAMA: ORANG MENETAPKAN ARAH BAGI ALLAH ADALAH KAFIR

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 




من قال لا أعرف ربّي في السماء أو في الأرض فقد كفر وكذا من قال إنه على العرش ولا أدري العرش أفي السماء أو في الأرض

yang bererti : “Barangsiapa berkata : Aku tidak tahu Tuhan ku di langit atau di bumi, maka dia telah kafir. Demikian juga, barangsiapa berkata : “Sesungguhnya Dia di atas Arasy, dan aku tidak tahu adakah Arasy itu di langit atau di bumi”.

Dan turut dipersetujui ungkapan tersebut oleh al-Imam asy-Syeikh Sultan al-Ulama' al-'Izz bin 'Abdissalam (w. 660 H) mengulaskan dalam kitabnya Hal ar-Rumuz, terhadap perkataan al-Imam Abu Hanifah tersebut :

لأن هذا القول يوهم أن للخق مكانا، ومن توهم أن للخق مكانا فهو مشبِّه

yang bererti : "Kerana perkataan yang telah disebutkan tadi boleh terjadi prasangka bahawa bagi Allah itu mempunyai tempat, dan barangsiapa yang menyangka bagi Allah itu mempunyai tempat. Maka dia adalah golongan yang berfahaman Musyabbih iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk."

Begitu juga jelas kutipan tersebut terdapat dalam kitab Ghayatul Bayan fi Tanzihi Lillah 'anil Jihah wal Makan, karangan as-Syeikh Khalil Daryan al-Azhari, hlm. 54.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

MUJASSIM DAN MUSYABBIH ADALAH KAFIR DENGAN IJMAK ULAMA!!!

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Berikut bukti (gambar) bagi penjelasan bahawa telah terjadinya kata sepakat dari para ulama' salaf dan khalaf : "Sesiapa yang berfahaman mujassim musyabbih jatuh murtad."



al-Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali telah mengatakan dalam risalahnya Iljam al-'Awwam 'an 'Ilmi al-Kalam :

فإن كل جسم فهو مخلوق، وعبادة المخلوق كفر، وعبادة الصنم كانت كفرًا لأنه مخلوق، وكان مخلوقًا لأنه جسم فمن عبد جسمًا فهو كافر بإجماع الأمة السلف منهم والخلف

yang bererti : "Maka sesungguhnya setiap yang berjisim itu adalah tidak lain tidak bukan ianya makhluk, dan menyembah makhluk adalah hukumnya murtad atau kafir, dan penyembahan terhadap berhala telah menjadi kafir serta merta kerana berhala tersebut adalah makhluk, dan terjadinya makhluk kerana ianya adalah jisim. Maka barangsiapa yang menyembah jisim, dia telah dihukumkan murtad atau kafir dengan kesepakatan para ulama' salaf dan khalaf."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

SYAIKH MULLA 'ALI Al-QARI AL HANAFI: MUJASSIM KAFIR MURTAD

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 




al-Imam Mulla 'Ali al-Qari al-Hanafi : 

 وقد قال جمع من السلف والخلف إن من اعتقد أن الله في جهة فهو كافر كما صرح به العراقي ، وبه قال أبو حنيفة ومالك والشافعي وأبو الحسن الأشعري والباقلاني

yang bererti : "Dan telah terjadinya ijma' atau kata sepakat dari para ulama' salaf mahupun khalaf, bahawasanya berkeyakinan Allah berada pada sesuatu arah, maka dia telah murtad sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Imam al-'Iraqi. Dengannya juga hukum tersebut turut dipersetujui oleh : al-Imam Abu Hanifah Nu'man bin Tsabit, Malik bin Anas dan Muhammad bin Idris asy-Syafi'ie dan Abu Hasan 'Ali al-Asy'ari dan akhir sekali al-imam al-Baqillani (Semoga Allah meredhai mereka kesemuanya)."

*Turut melaporkan  perkara yang sama juga : al-Imam 'Abdillah bin 'Abdirrahman bin Abi Bakr dalam kitabnya Minhaj al-Qawim 'ala al-Muqaddimah al-Hadramiyyah fi al-Fiqh asy-Syafi'ie.

Segala puji hanya layak bagi Allah yang tidak berjisim dan menempati jisim, tidak juga jisim bukan jisim. Maha suci Allah dari dakwaan orang yang berselisih !

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Khamis, 16 Mei 2013

ULAMA KURUN 14 & 15: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

GAMBAR SEBAHAGIAN ULAMA AWAL ABAD KE-14 HIJRAH HINGGA KE-15 HIJRAH & PENDAPAT MEREKA:

AL-SHAYKH ^ABDUL-BASIT AL-FAKHURI AL-SHAFI^I MUFTI WILAYAH BAYRUT (w. 1323 H). Beliau berkata dalam kitabnya al-Kifayah li-Dhawil-^Inayah (hlm. 13): "Dia bukanlah suatu jirim yang mengambil suatu kadar dari lapang. Oleh itu, tiada suatu tempat bagi-Nya. Dan Dia bukanlah suatu ^arad (iaitu suatu sifat yang mendatang) yang berdiri dengan jirim, Dia bukanlah di suatu arah dari pelbagai arah dan Dia tidak disifatkan dengan saiz besar dan tidak juga saiz kecil. Dan setiap apa yang tergambar di benak anda maka Allah bersalahan dengannya". Intaha. Beliau berkata dalam kitabnya al-Majalisus-Sunniyyah (hlm. 2) iaitu di pembukaan kitab tersebut: "Allah maha suci dari tempat dan masa". Intaha. Beliau berkata lagi dalam kitabnya al-Majalisus-Sunniyyah (dalam bentuk puisi) di halaman 119: "Tidak sayugia bagi Tuhan yang Maha Esa lagi al-Samad itu bertempat di suatu tempat sedangkan Dia-lah penciptanya. Bahkan, Tuhan-ku ada (azali) sedangkan tiada suatu arasy pun, tiada suatu malaikat pun dan tiada suatu langit pun. Tuhan Arasy telah mengadakan Arasy itu. Dan setiap sesuatu yang di suatu tempat maka dia sentiasa memerlukan tempat dan diliputi oleh batasnya"


AL-SHAYKH SALIM AL-BISHRI AL-MISRI SHAYKHUL-AZHAR (w. 1335 H). Al-Shaykh Salamah al-Quda^i al-^Azami al-Shafi^i (w. 1376 H) berkata dalam kitabnya Furqanul-Qur'an (hlm. 74) bahawa al-Shaykh Salim al-Bishri berkata: "Ketahuilah - semoga Allah menolong anda dengan taufik-Nya dan melorongkan kami dan anda ke jalan-Nya yang lurus - bahawa mazhab al-Firqatun-Najiyah (Golongan Selamat) dan perkara yang telah diijmakkan oleh golongan Sunni (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) ialah bahawa sesungguhnya Allah taala maha suci dari persamaan dengan perkara baharu (makhluk) iaitu menyalahi perkara baharu itu dalam semua sifat baharu. Dan antara perkara yang diijmakkan itu ialah Allah maha suci dari arah dan tempat sebagaimana bukti-bukti yang putus telahpun menunjukkan perkara itu"


AL-SHAYKH YUSUF AL-NUBHANI AL-SHAFI^I AL-BAYRUTI (w. 1350 H). Beliau berkata kitabnya al-Ra'iyyatul-Kubra (sebuah karya puisi) di halaman 3: "Maka tiada suatu arahpun yang meliputi-Nya, tiada suatu arah bagi-Nya. Tuhan-ku maha suci dari arah tersebut dan Dia maha tinggi dari segi martabat"


AL-SHARIF AL-SHAYKH ^ABDUL-MAJID AL-MAGHRIBI AL-HASANI (w. 1352 H) SETIAUSAHA FATWA DI TRIPOLI (SYAM). Beliau berkata dalam kitabnya Risalah ^Ilmiyyah fil-Isra' wal-Mi^raj (hlm. 24): "Allah tidak diliputi oleh suatu tempat pun, tidak dibatasi oleh suatu arah, tidak di atas dan tidak di bawah. Allah taala ada pada keazalian-Nya dan tiada suatu pun dari sekalian makhluk, tempat dan arah secara mutlak (pada keazalian-Nya)". Intaha. Beliau berkata dalam kitabnya al-Kawkibush-Sharqi fi Radd Nazariyyah Labalas wa-Rufaqa'ihi (hlm. 57): "Dan hendaklah diketahui di sini bahawa Allah itu pencipta sekalian makhluk dan (Dia-lah) yang mengadakannya, wajib pada akal bahawa Dia bukanlah suatu yang bersamaan dengan sesuatu dari mahkluk dari setiap segi. Dan tiada suatu pun dari sekalian makhluk ini melainkan ia dibatasi oleh tempat dan disempadani oleh arah. Dan setiap suatu tempat itu adalah suatu yang disempadani. Dan setiap suatu yang disempadani dan dibatasi itu pula adalah suatu yang baharu (iaitu yang kewujudannya didahului dengan ketiadaan), sedangkan Allah itu qadim (yang kewujudan-Nya tidak didahului dengan ketiadaan), maka tidak boleh pada akal untuk mengatakan bahawa Allah itu ada di suatu tempat atau dibatasi oleh suatu arah"


AL-SHAYKH MAHMUD IBN MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI (w. 1352 H) SALAH SEORANG DARIPADA MASHAYIKH AL-AZHAR AL-SHARIF. Beliau berkata dalam kitabnya Ithaful-Ka'inat bi-Bayan Madhhabis-Salaf wal-Khalaf fil-Mutashabihat (hlm. 5): "Dan adapun mazhab Salaf dan Khalaf dengan nisbah kepada ayat-ayat dan hadis-hadis mutashabihat, maka sesungguhnya telah sepakati oleh semua mereka itu bahawa Allah taala itu maha suci dari segala sifat makhluk. Oleh itu, maka tiada bagi Allah ^azz wa-jall itu suatu tempat di Arasy, tiada juga di langit dan tiada juga di selain dari dua ini. Dan Dia tidak disifatkan dengan hulul (meresap) dalam suatu makhluk, tidak juga disifatkan dengan sifat bersambungan dengan suatu makhluk, tidak juga disifatkan dengan sifat perubahan dan perpindahan dan seumpamanya dari sekalian sifat perkara baharu (mahkluk)"


AL-SHARIF AL-MUHADDITH AL-KHATIB AL-SHAYKH ^ABDUL-FATTAH AL-ZA^BI AL-HASANI AL-LUBNANI AL-TARABULSI (w. 1354 H) NAQIB AL-ASHRAF DI TRIPOLI (SYAM). Beliau berkata dalam kitabnya al-Mawa^iz al-Hamidiyyah fil-Khutubil-Jum^iyyah (hlm. 85): "Bagaimanakah akal boleh mengenali (Tuhan) yang maha suci dari kammiyyah (persoalan bilangan), kayfiyyah (persoalan bagaimana) dan ayniyyah (persoalan tempat). Maka kamu hendaklah mensucikan Tuhan kamu dan mengkuduskan-Nya dari segala lintasan fikiran"


AL-SHARIF WALIYYULLAH AL-MUHADDITH AL-AKBAR AL-SHAYKH MUHAMMAD BADRUD-DIN IBN AL-SHAYKH YUSUF AL-HASANI AL-DIMASHQI (w. 1354 H). Beliau telah menghuraikan matan al-^Aqidah al-Shaybaniyyah, antara maksud matan tersebut (dalam bentuk puisi) ialah: "Aku akan sentiasa memuji Tuhan-ku kerana taat dan ta^abud dan aku menyusun suatu simpulan di dalam aqidah dalam hal aku bertauhid. Maka tiada suatu arah pun yang meliputi Tuhan dan tiada bagi-Nya suatu tempat dalam hal Dia maha suci dari kedua-dua perkara itu dan Dia maha mulia. Lantaran alam itu suatu yang dicipta dan Tuhan-ku itu pula pencipta, nescaya Dia ada (azali) sebelum alam sebagai Tuhan dan tuan. Dan tiada suatu pun yang sama seperti Allah, dan tiada suatu yang sama dengan-Nya dalam hal Tuhan kita maha suci dari disempadani..."


AL-SHARIF AL-SHAYKH MUHAMMAD IBN IBRAHIM AL-HUSAYNI AL-TARABULSI (w. 1359 H). Beliau berkata dalam kitabnya Tafsirul-Qur'anil-Karim (hlm. 101) ketika mentafsir ayat 55 surah al-Baqarah: "Mereka menyangka bahawa Dia subhanahu wa-ta^ala itu sebahagian daripada perkara yang menyerupai jisim dan yang boleh dikaitkan kepada penglihatan dalam hal perkaitan penglihatan tersebut dengan jisim berdasarkan cara pertentangan dalam arah dan ruang. Dan tiada keraguan pada kemustahilannya"


AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH YUSUF AL-DIJWI AL-MISRI (w. 1365 H) SALAH SEORANG ULAMA BESAR DI AL-AZHAR AL-SHARIF. Beliau berkata dalam Majalah al-Azhar (jil. 7, juz. 4, Muharam 1357 H) ketika mentafsir ayat 1 surah al-A^la: "Al-A^la - Yang Maha Tinggi - itu sifat Tuhan, dan yang dikehendaki dengan ketinggian ialah ketinggian dengan kekuatan dan kekuasaan bukannya dengan tempat dan arah lantaran kemahasucian-Nya dari perkara itu"


AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUHAMMAD ZAHID AL-KAWTHARI AL-HANAFI (w. 1371 H) WAKIL AL-MASHIKHAH AL-ISLAMIYYAH DI NEGARA KHILAFAH UTHMANIYYAH. Beliau berkata dalam kitabnya Maqalat al-Kawthari (Maqal al-Isra' wal-Mi^raj, hlm 452): "Penyucian Allah subhanahu dari tempat serta segala yang dinisbahkan dengan tempat, dan masa serta segala yang dinisbahkan kepada masa adalah aqidah Ahlul-Haqq (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) meskipun golongan al-Mujassimah yang berterus terang dan yang tidak terang pendapat mereka marah terhadap perkara tersebut". Intaha. Beliau berkata dalam kitabnya Takmilah al-Radd ^ala Nuniyyah Ibnil-Qayyim (hlm. 88): "Maka dengan itu zahirlah kebatilan pegangan dengan kalimah "fawq" dalam ayat-ayat dan hadis-hadis bagi menetapkan arah bagi-Nya ta^ala. Allah maha suci dari tanggapan kaum al-Mujassimah"


AL-^ALLAMAH AL-SHAYKH MUSTAFA WUHAYB AL-BARUDI AL-TARABULUSI (w. 1372 H). Beliau berkata dalam kitabnya al-Fawzul-Abadi fil-Hadyil-Muhammadi (hlm. 73): "Sesungguhnya Allah taala itu maha suci zat(-Nya) dari penentuan dengan sebarang tempat dan masa. Dan ini satu asas daripada asas-asas aqidah iman kerana jika Dia memerlukan tempat nescaya Dia adalah baharu (suatu yang ada yang didahului dengan tiada). Dan sebenarnya dalil yang menunjukkan wajib bagi Allah itu bersifat qidam (sifat yang tidak didahului dengan ketiadaan) dan mustahil atas-Nya bersifat ^adam (ketiadaan) telah nyata, dan kerana segala arah ini Dia-lah yang telah menciptakannya"


AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-KHIDR HUSAYN AL-TUNISI (w. 1378 H) SHAYKHUL-AZHAR. Dinyatakan dalam majalah al-Hidayah al-Islamiyyah (juz. 12, jil. 4) yang beliau mengetuainya: "Sesungguhnya kejisiman menuntut tempat berhenti dan tempat. Dan sebenarnya telahpun pasti bahawa itu mustahil bagi Allah"


AL-HAFIZ AL-MUHADDITH AL-MUJTAHID AL-SHAYKH AL-SAYYID AHMAD IBN MUHAMMAD IBN AL-SIDDIQ AL-GHUMARI AL-MAGHRIBI (w. 1380 H). Beliau berkata dalam kitabnya al-Minahul-Matlubah fi Istihbab Raf^il-Yadayn fid-Du^a' ba^das-Salawatil-Maktubah (yang dihimpunkan dalam sebuah kitab yang berjudul Thalath Rasa'il fi Istihbab al-Du^a', hlm. 61 - 62): "Maka jika dikatakan: "Jika (Allah) al-Haqq subhanahu itu tiada di suatu arah, maka apakah makna perbuatan mengangkat kedua-dua tangan kerana berdoa ke arah langit? Maka jawapannya ialah sebagaimana yang dinukilkan (oleh al-Hafiz al-Mujaddid al-Lughawi Muhammad Murtada al-Zabidi) di dalam kitab Ithafus-Sadatil-Muttaqin (jil. 5, hlm. 34 - 35) daripada al-Turtushi - al-Maliki - dengan dua cara: Pertamanya; bahawa sesungguhnya perbuatan mengangkat dua tangan itu suatu kedudukan ta^abbud (peribadatan) seperti perbuatan menghadap Kaabah ketika solat dan perbuatan menempelkan dahi ke bumi ketika sujud berserta mensucikan-Nya subhanahu dari tempat al-Bayt[ul-Haram] dan tempat sujud. Oleh itu, seolah-olah langit itu kiblat doa. Keduanya; sesungguhnya oleh kerana langit itu tempat jatuh rezeki dan wahyu dan sebagai tempat rahmat dan barakah, di atas makna bahawa hujan itu sentiasa turun dari langit ke bumi lalu hujan itu mengeluarkan suatu tumbuhan, dan langit juga tempat al-Mala'ul-A^la. Oleh itu, jika Allah menqada'kan suatu perkara maka Dia mencampakkannya kepada mereka, lalu mereka mencampakkannya kepada penduduk bumi. Demikian juga amalan diangkat. Dan di langit juga ada bukan seorang daripada kalangan para nabi, padanya ada syurga - iaitu syurga berada di atas langit ketujuh - yang merupakan kemuncak cita-cita. Oleh kerana langit itu menjadi suatu lombong bagi perkara-perkara besar ini dan juga sebagai makrifah al-Qada' dan al-Qadar maka azam yang kuat beralih kepada langit dan sebab-sebab tertumpu kepada langit"


AL-MUHADDITH AL-SHAYKH MUHAMMAD ^ARABI AL-TABBAN AL-MALIKI (w. 1390 H) GURU DI MADRASAH AL-FALAH DAN DI AL-MASJIDIL-HARAM. Beliau berkata dalam kitabnya Bara'atul-Ash^ariyyin (jil. 1, hlm. 79): "Mereka yang berakal daripada golongan Ahlus-Sunnah yang bermazhab al-Shafi^i, bermazhab al-Hanafi, bermazhab al-Malik, tokoh-tokoh utama yang bermazhab al-Hanbali dan selain mereka bersepakat bahawa Allah tabarak wa-ta^ala itu maha suci dari arah, kejisiman, batas, tempat dan persamaan dengan segala makhluk-Nya"


AL-SHAYKH MUHAMMAD AL-TAHIR IBN ^ASHUR AL-MALIKI (w. 1393 H) KETUA PARA MUFTI MAZHAB MALIKI DI TUNISIA DAN SHAYKH JAMI^ AL-ZAYTUNAH DAN CAWANGAN-CAWANGAN JAMI^ AL-ZAYTUNAH DI TUNISIA. Beliau berkata dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wat-Tanwir (jil. 29, hlm. 33): "Firman-Nya - taala - [yang mafhumnya] ((yang di langit)) di dua tempat tersebut (iaitu dalam ayat 16 dan 17 surah al-Mulk) dari segi makna yang kesamaran yang zahirnya memberi makna bertempat di suatu tempat, dan itu tidak layak dengan Allah"


AL-SHAYKH ^ABDUL-KARIM AL-RIFA^I AL-DIMASHQI (w. 1393 H) SALAH SEORANG MURID KHUSUS AL-SHARIF AL-MUHADDITH AL-AKBAR AL-SHAYKH MUHAMMAD BADRUD-DIN AL-HASANI. Beliau berkata dalam kitabnya Kitabul-Ma^rifah fi Bayan ^Aqidatil-Muslim (hlm. 55 dan 57): "Mustahil bagi Allah itu ada sifat persamaan dengan perkara baharu, pergantungan dengan masa dan tempat, berada di suatu arah atau ada suatu arah bagi-Nya"


AL-SHARIF AL-SHAYKH MUHAMMAD ABUL-YUSR ^ABIDIN AL-HUSYANI (w. 1401 H) MUFTI SYRIA. Beliau berkata dalam kitabnya al-Ijaz fi Ayatil-I^jaz: "Ketahuilah sesungguhnya telah diakui dalam agama Islam bahawa Allah taala itu tiada suatu tempat dan suatu masa bagi-Nya, dan Dia-lah Tuhan [yang mencipta dan mentadbir] masa dan tempat. Dan sesungguhnya tempat-tempat yang disandarkan kepada-Nya taala itu hanya disandarkan untuk pemuliaan kerana Dia telah memuliakan tempat-tempat tersebut. Lalu disebut "BaytuLlah" [rumah Allah]"


AL-MUHADDITH AL-SHAYKH AL-SAYYID ^ABDULLAH IBN MUHAMMAD IBN AL-SIDDIQ AL-GHUMARI (w. 1413 H). Beliau berkata dalam kitabnya Qasasul-Anbiya' (hlm. 11): "Allah ada (azali) dan tidak ada suatu pun selain-Nya. Oleh itu, tiada suatu masa pun, tiada suatu tempat pun, tiada suatu ruang pun, tiada suatu detik pun, tiada suatu arasy pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu bintang pun dan tiada suatu orbit pun. Kemudian Dia mengadakan alam ini tanpa berhajat kepadanya, dan jika Dia mahu maka Dia boleh tidak mengadakannya. Oleh itu, seluruh alam ini dengan suatu yang ada di dalamnya terdiri daripada jauhar, ^arad adalah suatu yang baharu wujud dari ketiadaan..."


AL-^ALIMUL-^ALLAMAH AL-SHAYKH ^ABD RABBIH IBN SULAYMAN IBN MUHAMMAD IBN SULAYMAN YANG DIKENALI DENGAN PANGGILAN AL-QALYUBI AL-MISRI SALAH SEORANG DARIPADA ULAMA AL-AZHAR. Beliau berkata dalam kitabnya Faydul-Wahhab fi Bayan Ahlil-Haqq (jil. 2, hlm. 26 - 27): "Kami berkata: "Antara yang telah diakui menurut dalil aqli dan dalil naqli bahawa Allah taala itu Tuhan yang qadim (iaitu yang kewujudan-Nya tidak didahului dengan ketiadaan) lagi yang tidak memerlukan setiap sesuatu selain-Nya dan selain-Nya itu pula memerlukan-Nya. Oleh itu, bagaimana Dia bertempat di langit sedangkan sifat bertempat itu adalah dalil keberhajatan. Dan sesungguhnya jika Dia taala itu ada di suatu tempat nescaya Dia adalah perkara yang boleh dikadarkan, sedangkan sesuatu yang boleh dikadarkan itu adalah suatu yang baharu (iaitu suatu yang kewujudannya didahului dengan ketiadaan), sedangkan Allah taala itu qadim, maka sifat bertempat di suatu tempat atau suatu arah itu mustahil bagi-Nya"


SAMAHATUSH-SHAYKH HASANAYN MUHAMMAD HASANAYN MAKHLUF (w. 1410 H) MUFTI MESIR. Beliau berkata dalam kitabnya Mukhtasar Sharh ^Aqidah Ahlil-Islam (hlm. 12 - 13): " - Sesungguhnya Allah - maha suci dari segala kekurangan dan sifat-sifat kebaharuan (iaitu sifat-sifat makhluk). Dan antara sifat-sifat kekurangan dan makhluk itu ialah masa dan tempat. Oleh itu, Allah tidak diiringi oleh suatu masa dan tidak diliputi oleh suatu tempat lantaran Dia-lah pencipta bagi kedua-dua perkara tersebut, maka bagaimana mungkin Dia memerlukan kepada kedua-dua perkara itu pula?!"


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...