Khamis, 27 Jun 2013

Tazkirah Ringkas Mengenai Tasawwuf - Bab Kewajipan Hati

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 


Dan hendaklah orang yang beriman itu tidak syak dan waham pada Aqidahnya, hendaklah ia mengimani bahawa Allah itu Maha Pencipta, Dia menciptakan sekalian makhluk, Dia tidak berhajat kepada makhluknya, Dia menciptakan tempat tidak berhajat Dia kepada tempat, Dia menciptakan masa, anggota badan, jisim, jirim, arodh, langit, arash, bumi, Dia tidak berhajat kepada semua itu, Maha Suci Allah dari segala kelemahan. Kemudian ia beriman pada segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam tanpa syak dan ragu seperti, azab kubur, mahsyar, haudh, mizan, sirot, syurga dan neraka. Allah berfirman:


إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم وأنفسهم في سبيل الله أولئك هم الصادقون

((Sesungguhnya mukminun yang beriman itu mengimani Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak berpaling (ragu-ragu, syak) dan mereka berjihad dengan harta mereka dan diri mereka pada jalan Allah, mereka itu adalah golongan yang benar))



SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

PUJIAN SYAIKH ABDUL QADIR MANDILI PADA SYAIKH MUHADDITH ABDULLAH HARARI

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 


شهادة الشيخ المنديليى-اندونيسيا- فى الشيخ عبد الله الحبشي

بسم الله الرحمن الرحيم


حمدا لله من جعل أهل الحق هم السواد الأغظم من هذه الأمة ونور بصيرتنا فى اتباع الحق ومحاربة من تكبر والصلاة والسلام على شفيع الأمة وعلى اله وصحبه ومن تبعهم بإحياء السنة وحفظ الشريعة وبعد فإن كتاب (( التعقب الحثيث على من طعن فيما صح من الحديث)) و (( نصرة التعقب الحثيث)) لمؤلفهما شيخنا العلامة فخر أهل السنة والجماعة الشيخ الحافظ عبدالله الشيبى حفظه الله ومتعنا بطول عمره من أكبر نعم الله تعالى علينا إذ بهما كشف الله لنا سخافة الألبانى وتناقضه واتباعه لهواه وقلة بضاعته فى علم الحديث وأنه لا إعتبار فى تصحيحه وتضعيفه لأحاديث الرسول صلى الله عليه وسلم والحال أنهما من وظيفة الحفاظ وأنى له هذه الرتبة العلية؟ فجزى الله شيخنا عبد الله الشيبى خير الجزاء وحقق له كل ما يتمناه فى الآخرة و الأولى إنه على كل شيء قدير وبالإجابة جدير آمين. الحاج عبد القادر المنديلى


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

PUJIAN TUAN GURU HAJI HASYIM TERHADAP SYAIKHUNA ABDULLAH HARARI

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Segala puji bagi Tuhan, Pengurus sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi yang terpilih, sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarganya, serta para sahabat baginda seluruhnya..

Adapun selepas itu,

Maka sesungguhnya aku telah membaca dan meneliti kitab-kitab yang dikarang oleh al-Muhaddith asy-Syeikh `Abdullah Al-Harari Al-Habasyi yang amat dihormati- semoga Allah menjaganya- terutamanya pada bab membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Aqidah dan selainnya seperti apa yang terdapat pada kitab “ Al-maqalat As-sunniyyah”, “kitab Syarah Sirat al-Mustaqim”, “dan Bughyah at-Talib.”

Dan sesungguhnya apa yang mengembirakan aku (bila menatap apa yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Muhaddith asy-Syeikh Abdullah Al-Harari) tentang permasalahan yang berkaitan dengan kumpulan sesat al-Wahhabiyah, golongan Mujassimah, dan golongan yang melakukan perkara-perkara bid’ah dalam agama. Semenjak kami mempelajari ilmu daripada Syeikh Al-Muhaddith Muhammad Yassin Bin ‘Isa Al-Padany Al-Makky dan selainnya, sesungguhnya kami memerangi ideologi-ideologi pemikiran sesat, dan kami sekarang ini dalam langkah membantah dengan keras permasalahan golongan Al-Wahhabiyyah secara terang-terangan di khalayak ramai bertujuan untuk menyebarkan kebenaran yang amat nyata yang merupakan agama Tuhan, yang memiliki sekalian alam.

Dan semoga Allah sentiasa memberi taufiq kepada kami di atas apa yang di kasihi-Nya dan yang di redhai-Nya, dan semoga Allah mematikan kami dengan kesudahan yang baik .

Ketua Ribat Al-Madrasah Ad-diniyah Al-Bakriyah di Kelantan,
Pondok Pasir Tumboh Malaysia,

Haji Hasyim Bin Haji Abu Bakar.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Aqidah Ahlussunnah Allah Wujud Tanpa Bertempat di Makam Imamuna As-Syafie Rahimahullah

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.



SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...