Khamis, 23 Januari 2014

AQIDAH IBN TAIMIYYAH PENDAKWA SALAF BERCANGGAH DENGAN AQIDAH SALAF

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

IBN TAIMIYYAH tokoh rujukan wahabi mengatakan bahawa Allah itu ada Had, dan mengatakan konon-kononnya golongan Al-Asha'irah dan Al-Maturidiyah yang dia dakwa sebagai Jahmiyyah sebagai KAFIR kerana ingkar bahawa Allah Itu Turun Dari Atas Ke Bawah...Lihat Scan Kitab:



HAKIKATNYA, semua Ahlussunnah Wal Jamaah sama ada aliran Asha'irah atau Maturidiyyah adalah berlandaskan kepada AQIDAH SALAF sebagaimana dibuktikan bahawa Imam Abu Ja'far At-Tohawiy PEMUKA SALAFUSSOLEH dalam kitabnya Matan Aqidah Tohawiyyah menyebut bahawa MAHA SUCI ALLAH DARI MEMPUNYAI HAD (BATAS):


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Khamis, 9 Januari 2014

ISTIMEWANYA RABI'UL AWWAL


Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

ISTIMEWANYA RABI'UL AWWAL

1) AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

Kami menanti-nanti tarikh hari kelahirannya, kami rancang majlis, mencari dana, buat nasyid, latih qasidah, latih solawat... Kami pilih menu-menu makanan yang sedap-sedap untuk dijamu kepada hadirin... Kami tak sambut BESDAY kami... Tapi kami sambut MAULIDURRASUL... Kelahiran makhluk paling mulia... Dengan namanya itu Nabi Adam bertawassul memohon maghfirah, Dengan namanya itu Nabi Isa khabarkan kepada Bani Israel... Dengan namanya itu Ibn Umar bertawassul memohon kesembuhan... Dengan rambutnya itu Khalid bertawassul memohon kemenangan perang... Dengan jubahnya itu para sahabat bertawassul memohon kesembuhan... Dengan peluhnya itu ditambah dalam minyak wangi supaya bertambah kewangian... Dengan darah bekamnya itu sahabt bertabarruk bagi memperoleh keberkatan... Dengan air wuduknya itu berebut para sahabat berebut demi keberkatan... Hebatnya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam... Hebatnya INSAN BERNAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB AL-QURASYI...

2) WAHABI

Mereka berpeluh-peluh, terketar-ketar apabila tiba Rabiulawwal... Mereka kembali membelek kitab ibn taimiyyah, kitab mohd ben abd wahab, kitab bin baz, kitab albani...Mencari-cari dalil mensyirikkan org menyambut mawlid... Mencari-cari dalil nak samakan sambutan mawlidurrasul dengan perayaan kristian... Sehingga sanggup mengatakan bahawa mawlid ni nak tanding dengan puak-puak kristian... Allahu Allah... mereka pula menganjurkan seminar, kelas dan forum nak haramkan mawlid ni.... Seolah-olah mawlid ni adalah satu upacara SYIRIK yang memurtadkan semua Umat Islam yang menyambutnya... Namun, apabila tiba hari kelahiran MOHD BEN ABD WAHAB, mereka anjurkan seminar, simposium dll bagi meraikannya... Pergh... Hebat akhlak wahabi...Insan yang ditolak jauh oleh sekalian ulama ahlussunnah diagungkan, Insan yang diagungkan oleh seluruh alam sehingga digelar SAYYIDUL ANAAM diperlekehkan...

3) SYIAH

Mereka rilek ja... Setengah mereka ada yang sambut... Tapi ramai yang rilek... Ni bukan hari ashura beb... Luka hari ashura haritu masih pedih lagi beb... Biarlah ASWJ nak sambut maulid...


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Rabu, 8 Januari 2014

PADA MENYATAKAN PENOLAKAN TERHADAP USRAH TANPA TALAQQI

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Terlalu bersemangat nak memperjuang Islam, terlalu dahaga untuk ilmu, terlalu fakir untuk kasih sayang, akhirnya menjebakkan diri dalam gerakan yang dicantikkan nama sebagai "Harakah Islamiyyah" atau haraki. Hakikatnya, gerakan-gerakan inimenyelinap ke seluruh pelusuk negara termasuk IPTA-IPTA. Pelajar-pelajar terlibat dibrainwash dengan "ukhuwah" dan dipaksa memasuki "usrah" untuk "tafsir" dan "syarah" Al-Quran serta Al-Hadis berdasarkan "terjemahan" yang tidak diiktiraf Ulama Muktabar Ahlussunnah, lalu menyifatkan Allah sebagai "CEO" dan "menghalalkan" darah pemerintah, berdemonstrasi diijtihad sebagai "jihad" kalau mati diiktiraf sebagai "syahid", naqib-naqib usrah sebagi "murabbi". Kemudian diwajibkan kahwin sesama mereka. Erm. Indah sungguh luarannya.

1) Adakah naqib-naqib itu mengambil ilmu secara bertalaqqi bersanad dengan Ulama ASWJ?

2) Adakah naqib-naqib tadi ditarbiyah oleh Murabbi sebenar? Yang beraqidah ASWJ, yang berfiqah salah satu dari 4 mazhab, yang bertasawwuf dengan jalan Junaid al-Baghdad, atau Ar-Rifaie, atau Al-Jailaniy dll?

3) Adakah kamu diiktiraf sebagai MUFASSIR? diiktiraf sebagai AHLUL HADEETH? diiktiraf sebagai MUJTAHID?

Pointnya, bukan tak boleh berusrah, tapi pastikan dahulu dengan siapa kamu berusrah, berusrah memang jalan Nabi, tapi inti Usrah pun biar ikut jalan Nabi. Saidina Abu Bakar bila ditanya mengenai satu pentafsiran Ayat, lalu berkata: "Langit mana yang akan memayungi aku, Bumi mana yang akan ku pijak kiranya aku mentafsir terhadap perkara yang aku tidak tahu"... SAIDINA ABU BAKAR TU! Kita? Suka2 bukak terjemah, siap setiap ahli boleh syarah ikut pandangan masing-masing. Kat dunia ni bolehlah lepas, kat akhirat?

JANGAN LUPA HADITH: 

"Barangsiapa berfatwa (bagi pendapat dalam masalah agama) tanpa ilmu, maka ke atasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya" 

SANGGUPKAH KENA LAKNAT? 

P/S

AMBILLAH ILMU CARA TALAQQI, MASUKLAH USRAH YANG SEBENAR. DIPIMPIN OLEH ULAMA. RAMAI DAH ORANG DAH BERCERITA USRAH DIA MENGAJAR TUHAN DUDUK ATAS ARASH. NI USRAH KE? NI GERAKAN MENGHANCUR AKIDAH UMMAH!!!!


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

BUKTI LAIN MENGENAI IJMAK ULAMA ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Photo: Kata Pengarang Kitab Al-Farqu Baina Al-Firoq, Imam Abu Mansur Al-Baghdadi:

(( Dan mereka telah sepakat secara ijmak (yakni ulama ahlussunnah semuanya) bahawa sesungguhnya Allah tidak diliputi tempat, tidak berlalu bagiNya masa, dan pegangan ini adalah bertentangan dengan pendapat golongan Hishamiyyah dan Karomiyyah bahawa Allah itu bersentuhan dengan Arash (yakni duduk atas arash). Telah berkata Amirul Mukminin Ali RodhiyaLlahu anh: "Sesungguhnya Allah taala menciptakan Arash adalah untuk menzahirkan kekuasaanNya (ini kerana Arash adalah makhluk paling besar),bukanlah untuk mengambil tempat bagi zatNya" dan berkata beliau lagi: "Allah itu azali (yakni tiada permulaan) tanpa bertempat, dan Allah itu tetap sebagaimana azali, tidak bertempat" ))

----

Sudah IJMAK, ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT DAN TIDAK DUDUK BERSENTUHAN ATAS ARASH. APA LAGI???!!!
SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

MENYATAKAN KESESATAN WAHDATUL WUJUD DAN HULUL

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

قال محيي الدين ابن عربي عن الله:



"لا يحده زمان ولا يقله مكان بل كان ولا مكان وهو على ما عليه كان"

Kata Ibn Arabi

Dan sesungguhnya Allah tidak diliputi Masa dan Tempat. Bahkan Wujud Allah adalah Azali tanpa bertempat dan dia tetap dengan keazalianNya tidak bertempat

وهذا كما قال النبي صلى الله عليه وسلم: 

[ كان الله ولم يكن شئ غيره] رواه البخاري 

Dan ini bertepatan sebagaimana Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam

Sesunggunya Allah itu Azali tiada permulaan dan tiada suatupun bersama-sama kewujudan Allah 

قال الإمام أبو حنيفة:

كان الله ولا مكان، كان قبل أن يخلق الخلق كان ولم يكن أينٌ ولا خلقٌ ولا شىء وهو خالق كل شىء

Kata Imam Abu Hanifah

Sesungguhnya Allah tiada permulaan dan tanpa bertempat, Dia sedia ada sebelum Dia mencipta makhluk, Dia sedia ada dan tiada lagi di mana (yakni tempat) dan tiada lagi makhluk dan tiada lagi sesuatupun dan Dialah yang mencipta setiap sesuatu

يقول الإمام جعفر الصادق رضي الله عنه

من زعم أن الله في شيء . أو على شيء .أو من شيء فقد أشرك إذ لو كان في شيء لكان محصورا. و لو كان على شيء لكان محمولا.و لو كان من شيء لكان محدثا .أي مخلوق

Kata Imam Jaafar As Sadiq 

Barangsiapa menyangka Allah itu dalam sesuatu, atau atas sesuatu, atau dari sesuatu maka dia telah syirik, kerana jikalau Allah berada dalam sesuatu nescaya Dia terkepung, kalau Dia berada atas sesuatu nescaya Dia ditanggung, dan kalau Dia daripada sesuatu nescaya Dia baharu yakni makhluk

----

Memadai dengan tiga hujah di atas. Daripada Ibn Arabi sendiri, daripada , Rasulullah, daripada Imam Abu Hanifah , daripada Imam Jaafar Sadiq 

Kata Imam Ibnu Arabi: "Ma Qola bil Ittihad illa Ahlul Ilhad, Wa Man Qola Bil Hulul Fadinuhu Ma'lul" 

Imam Sya'rani kata kitab futuhat tu banyak das dalamnya, 

hakikatnya dalam futuhat sendiri Imam Ibn Arabi membangkang wahdatul wujud, 

Kata pengarang kitab Ma'rudoot Al-Mazburah: "Sesungguhnya kami yakin bahawa apa terdapat dalam futuhat itu adalah penyelewengan" 

Al-Hafizh Waliyyudin Al-Iroqi berkata: "bahawasanya kitab futuhat itu terdapat banyak kalimah kufur yang tidak dapat ditakwil" (Risalah Ajwibah Al-Mardhiyyah) 

Adapun Syaikh Muhyiddin Ibnu Arabi adalah Imam, Alim, Sufi hakiki, itulah kata Imam Ibn Hajr, (Kitab Lisan Al-Mizan) 

Kata As-Syaikh Al-Waliy Ahmad Harun Al-Dimashqiy bila ditanya mengenai kitab futuhat: "Syaikh Ibn Ibn Arabi tidak benar terhadap apa yang diungkap ke atasnya, sesungguh dalam kita futuhat terdapat penambahan yang menyeleweng yang terlalu banyak" 

Dalam Kitab Latahif al-manan wal akhlaq oleh Imam As-Syaikh Abdul Wahab As-Sya'rani ada menjelaskan mengenai penyelewengan dalam kitab futuhat 

Kata Asy-Syaikh Abul Huda As-Siyadi sebagaimana diriwayatkan dalam Kitab Marohil As-salikin: " dan orang2 yang warak di kalangan ulama agama ialah tidak menghukum sesuatu ke atas Ibn Arabi kerana kita tidak berada atas keyakinan bahawa beliaulah yang mengungkap perkataan-perkataan tersebut (yakni perkataan mengenai wahdah) semasa hidupnya dan perjalanannya hingga kematiannya, akan tetapi dihukum terhadap perkataan tersebut (bahawa ianya kufur) 

Kata Imam Junaid Al-Baghdadi: "Tauhid adalah mengesakan yang Qadim dari yang Muhdas" 

Kata Imam Ahmad Ar-Rifaie sohib karomatul kubro: "Berhati-hati dengan perkataan mengenai wahdah, sesungguhnya ianya adalah dari kebatilan" 

Kata Imam Fakhruddin Ar-Razi: "Sesungguhnya Allah taala bukan seperti dakwaan mereaka (ahlul wahdah dan hulul) kerana Dia tidak bersatu dengan yang lain" (Kitab Mahsol fi Usuluddin) 

Kata Imam Abul Hasan Al-Mawardi dalam perdebatannya dengan ahlul ittihad wal hulul: "Tidaklah berguna lagi Tanzih selepas beriktiqad Hulul dan Ittihad... Bagaimana boleh sah tauhid selepas mendakwa Allah meresap dalam tubuh Manusia??" 

Kata Imam Sha'rani sebagaimana dalam Lataif Al-Manan: dan hendaklah dihalang daripada mentelaah kitab Syaikh Muhyiddin Ibn Arabi Rodhiallahu Taala disebabkan terlalu tinggi penulisannya dan terdapat KALAM MADSUS terhadapnya, sama ada dalam kitab Futuhat atau al-Fusus, 

Telah dikhabarkan oleh Syaikh Abu Thohir dari gurunya Syaikh Badruddin bin Jumaah, bahawasanya berkata: "Banyak dalam kitab-kitab Syaikh Muhyiddin ibn Arabi perkara-perkara yang bercanggahan dengan kalam ulama maka ianya adala MADSUS (Penyelewengan) terhadap beliau, dan begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh Majduddin pengarang QOMUS. 

Kata Imam Sya'rani lagi, telah diberikan kepadaku kitab Futuhat, dan aku telah memadam perkara-perkara yang bertentangan dengan zohir syariat, bilamana aku mengkhabarkan mengenai banyaknya penyelewengan dalam kitab Syaikh Ibn Arabi, yang membawa fahaman hulul dan ittihad, maka sampailah khabar kepadaku bahawa Syaikh Shamsuddin Al-Madani mempunyai naskhah Futuhat yang diberikan padanya dengan tulisan A-Syaikh Baquniah, maka aku dapati tidak ada satu pun tulisan mengenai perkara-perkara yang aku padamkan sebelumnya (Wahdah dan Hulul) maka tersangat gembiralah aku dengan sangat2 gembira

-----

Ulama melayu kita, Syaikh Mas'udi Al-Banjari dalam hidayatul mutafakkirin juga menaqol secara jelas bahawa telah diijmak kekafiran Wahdatul Wujud dan hulul




 — 








S







SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR


NASIHAT IMAM HARARIY PADA GALAKAN KHIDMAT DAKWAH

Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.Photo: Telah Berkata Seorang Wali Allah, Al-Muhaddith Al-Faqeh Syaikh Abdullah Al-Harari Rohimahullah Rohmatan Wasi'ah:

"Barangsiapa yang mampu untuk bangkit berkhidmat untuk agama dan dakwah, kemudian dia meninggalkannya tanpa ada keuzuran ke atasnya, maka dia berdosa besar, Mazhab Ahlussunnah pada negeri ini (ketika ini) seolah-oleh mayat, barangsiapa yang tinggal gerak kerja menghidupkannya maka amatlah besar kerugiannya, adapun barangsiapa yang bersungguh-sungguh maka ke atasnya ganjaran yang besar, barangsiapa yang meninggalkan gerak kerja untuk berkhidamat dalam dakwah maka hatinya itu mati, dan itulah kematian hati, sekiranya kamu tidak bersungguh-sungguh sekarang ini, dan KAMU DALAM UMUR MUDA maka betapa besar kesedihan yang akan kamu alami bila kamu menjangkau umur tua kelak, atas apa yang kamu hilang dahulunya dari diri kamu (yakni amal dakwah)"

RohimahuLlah...

Telah Berkata Seorang Wali Allah, Al-Muhaddith Al-Faqeh Syaikh Abdullah Al-Harari Rohimahullah Rohmatan Wasi'ah:

"Barangsiapa yang mampu untuk bangkit berkhidmat untuk agama dan dakwah, kemudian dia meninggalkannya tanpa ada keuzuran ke atasnya, maka dia berdosa besar, Mazhab Ahlussunnah pada negeri ini (ketika ini) seolah-oleh mayat, barangsiapa yang tinggal gerak kerja menghidupkannya maka amatlah besar kerugiannya, adapun barangsiapa yang bersungguh-sungguh maka ke atasnya ganjaran yang besar, barangsiapa yang meninggalkan gerak kerja untuk berkhidamat dalam dakwah maka hatinya itu mati, dan itulah kematian hati, sekiranya kamu tidak bersungguh-sungguh sekarang ini, dan KAMU DALAM UMUR MUDA maka betapa besar kesedihan yang akan kamu alami bila kamu menjangkau umur tua kelak, atas apa yang kamu hilang dahulunya dari diri kamu (yakni amal dakwah)"

Katanya lagi:

"BARANGSIAPA YANG MENINGGALKAN KHIDMAT DAKWAH TANPA KEUZURAN MAKA AKU MARAH KEPADANYA"

RohimahuLlah...

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

LOGHAT DAN BAHASA PELABAGAI PADA MENOLAK WAHABI :)

Kedah: "kalau hangpa duk berlapang dada dengan wahabi, hangpa tengok Malaysia akan hancoq nanti"

Kelate: "kalu puok puok mung dok belapey dado nga wahabi, puok mung kelih la seksok hacur bumi malisia nih"

Penang: "Kalau ampa dok wat besa takda apa dengan Wasabi, ampa tengok la nanti, negara kita hancuq bersepai"

Sarawak: "Mun kitak orang mala merik muka ngan wahabi,kitak orang akan nangga Malaysia ancor klak." .... "mun ktk oag bik muka bik dada cam oag puan an wahabi ... bis ancho malaysia .."

Sabah: "Kalau kamurang berlapang dada sama wahabi..malaysia akan hancur bah"

Jowo: "Kuwe kalo biaren waei bahabi goblok iso rosak ini tempat".... "Angger diujakke wae wahhabi goblok menyut seng orak-orak amet-amet jaban bayik kui mengko bejat orak karu-karuan negoromu."

English: "If you accept wahabisme you are ensuring malaysia destruction!!"

Melaka: "kalau enkau lapang dada ngan wahabi.... Mampos lee enkau nengok negaraa ni hancur melingkauu" ... "kalau koghang berlapang dada dgn wahabi hawau ni, koghang tengok le Malaysia ni hanco-lodo le jawapnye"

Pahang: "Kalo aok berlapang dade je dengen puok wahabiy, aok tengok la Melesia punoh ghanoh nanti yek"

Anak mami penang : "niii, ampa tok sah dok wat lece buat bek dgn wahabun, nnti depa buat malaysia mcm parpu nnti..haprak kepala dongga"

Ganung: "Kalu mung duk belapang dade je nge puok Wahhabi ni, mung tengok la Malaysia punoh ghanoh ket gi.."

Brunei Kadayan: "nadak kan tah aku kan bagi muhak sama wahabi ... abiskan nagarak aku nieh ... rusak sama wahabi ..."

Nogori: "Kok buek baik mo Wahhabiy, ghanap negharo Malaysia ni dikojo eh...."

MAWQIF ULAMA AHLUSSUNNAH SEJATI PADA MENGHADAPI PEMIMPIN ZALIM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

PENJELASAN PALING RINGKAS KENAPA KRISTIAN TAK BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH

Assalamualaykum,

Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Telah menjadi polemik mengenai penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang dilaknat Allah iaitu sekalian penganut agama selain dari agama Islam. Allah melaknat semua agama selain daripada Agama Islam. Perkara ini juga dicetuskan oleh penganut agama kristian. Terdapat beberapa perkara ringkas yang perlu difahami oleh semua pembaca, maka bacalah dengan hati yang tenang.

1)  “Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah Islam….” (Al-Imran :19)... Maka semua agama lain adalah tertolak, kerana Allah yang menyatakan perkara tersebut di dalam Al-Quran. Agama lain tertolak, maka sembahan-sembahan mereka juga tertolak kerana mereka bukan menyembah Allah.

Ada mereka yang akan menanyakan kepada saya, kenapa anda menggunakan Al-Quran untuk berhujah? Sedangkan mereka itu tidak beriman dengan Al-Quran, sepatutnya anda gunakan Akal.

Jawapan saya, sekiranya mereka tidak beriman dengan Al-Quran, bagaimana mereka boleh kata mereka beriman dengan Allah? Kalau taknak guna Al-Quran, maka jangan guna juga kalimah Allah, kerana kalau nak guna kalimah Allah, mesti beriman dengan Allah, bila dah beriman dengan Allah maka automatik beriman dengan Al-Quran, maka bila beriman dengan Al-Quran, Allah sebut dalam Al-Quran, agama yang diterima dan diredhai hanya ISLAM. Maka automatik juga, Kristian tertolak, kalau Kristian dah tertolak, buat apa Kristian nak guna kalimah Allah? 

Terima kasih.

2) "Aku naik saksi (tahu, yakin dan ucap) bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah"... Ini adalah syahadah yang pertama, maksud La Ilaha Illa Allah, ialah sebagaimana yang saya tulis. Bererti umat Islam tidak menyembah selain Allah, kerana hanya Allah yang layak disembah. Umat Islam menyembah Allah yang sifatNya itu tiada permulaan, tiada pengakhiran, tiada persamaan dengan makhluk, tidak berjisim bertubuh, tidak mengambil arah dan tempat, tidak boleh dibayangkan kerana Dia bukan makhluk yang boleh diimaginasikan, Dia tidak berhajat kepada makhluk, bahkan makhluk yang berhajat kepadaNya...

Adakah orang-orang kafir ini menyembah Allah? tidak... mereka menyembah selain Allah... sembah jesus la, sembah ruh kudus la, sembah batu la, sembah kayu la... Maka sembahan-sembahan mereka tidak layak untuk dinamakan sebagai Allah, kerana Allah bukan sembahan mereka. Allah itu bukan jesus, bukan ruh kudus, bukan batu, bukan kayu, bukan angin, bukan buddha, bukan cahaya, bukan bertempat di batu caves, bukan bertempat dalam gereja, bukan bertempat di langit, bukan bertempat di arash, bukan bertempat di mana-mana tempat... Allah wujud tidak bertempat, tidak sama dengan makhluk... Dia tidak boleh digambarkan kerana apa sahaja yang digambarkan dalam fikiran kita, itu bukan pencipta yakni Allah, tapi gambaran kita adalah ciptaan...

Walaupun mereka namakan sembahan mereka itu ALLAH... tapi itu bukan ALLAH... 

cuba bagi seekor KHINZIR BELAAN MEREKA DENGAN NAMA POPE... agak-agak marah tak? Kalau KHINZIR yang makhluk tu mereka marah kita letak nama POPE yang juga makhluk, apatah lagi kita umat Islam marah kalau mereka letak nama sembahan mereka dengan nama ALLAH...

MARAH? Takde contoh lain ke nak bagi?

Kami kata, kamu pun takde nama lain ke kamu nak bagi pada sembahan kamu? Kamu sensitif dengan POPE kamu yang sudah tentu dia manusia biasa dan akan mati serta binasa (memang takde dalam sejarah pope tak mati)... Maka kami umat Islam lagi sensitif dengan penggunaan nama ALLAH pada sembahan kamu yang sudah tentu sembahan kamu tadi akan binasa.... ALLAH bukan sembahan kamu dan Allah tidak akan binasa... Maha Suci Allah

Terima kasih.
3)"Aku naik saksi (tahu, yakin dan ucap) bahawa Nabi Muhammad utusan Allah.." .. Ini adalah syahadah yang kedua, Nabi Muhammad mengajak manusia menyembah Allah dan tinggalkan sembahan-sembahan yang lain... Nabi Muhammad menyeru manusia memeluk agama Islam, kerana hanya Islam yang akan menjamin kesejahteraan...Wajib beriman bahawa Muhammad bin Abdullah bin Abd Muttalib berbangsa Arab Quraisy yang dilahirkan di makkah diutuskan di makkah dan berhijrah ke madinah serta wafat di madinah, adalah hamba Allah dan utusan Allah...

Orang-orang kafir ni beriman ngan Nabi Muhammad tak? sudah tentu tidak... habis tu macamana tak beriman ngan Nabi Muhammad, tapi mengaku sembahan mereka bernama Allah? pelik... 

Kami beriman dengan Nabi Isa Alaihissalam adalah Nabi sebelum Nabi Muhammad... Tapi Nabi Isa tak ajar suruh sembah dia, suruh sembah ruh kudus, suruh nyanyi2 dalam gereja, suruh mintak ampun dengan paderi...

Nabi Isa ajar dengan akidah yang sama Nabi Muhammad ajar..

Nah, kami beriman dengan Nabi Isa, tapi kamu tak beriman dengan Nabi Muhammad, kenapa? Sebab kamu tak beriman dengan Allah..Allah suruh dah kamu beriman dengan Muhammad... Dalam kitab injil dah sebut dah pasal Muhammad, Nabi Isa dah sebut dah bahawa akan datang selepasnya Nabi yang bernama Ahmad/Muhammad maka ikutilah dia... Tapi kamu tak ikut... 

Pastu kamu nak kata kamu sembah Allah?

Ada yang tanya nanti, anda tau mana Nabi Isa suruh ikut Nabi Ahmad/Muhammad? 

Jawab saya, Al-Quranlah... 

Maka mereka akan menanyakan kepada saya, kenapa anda menggunakan Al-Quran untuk berhujah? Sedangkan mereka itu tidak beriman dengan Al-Quran, sepatutnya anda gunakan Akal.

Jawapan saya seperti sebelumnya, sekiranya mereka tidak beriman dengan Al-Quran, bagaimana mereka boleh kata mereka beriman dengan Allah? Kalau taknak guna Al-Quran, maka jangan guna juga kalimah Allah, kerana kalau nak guna kalimah Allah, mesti beriman dengan Allah, bila dah beriman dengan Allah maka automatik beriman dengan Al-Quran, maka bila beriman dengan Al-Quran, Allah sebut dalam Al-Quran, agama yang diterima dan diredhai hanya ISLAM. Maka automatik juga, Kristian tertolak, kalau Kristian dah tertolak, buat apa Kristian nak guna kalimah Allah? 

Tolonglah org Kristian tau reti MALU..

Terima Kasih

4) Juga, ambil analogi ni, seorang penduduk Malaysia mengaku Barrack Obama adalah PM Malaysia, pelik tak? US mesti marah punya... Apakehalnya korang ngaku PM kami sebagai PM kamu???? 

ha, samalah tu, duduk dalam agama Kristian yang syirik tu, tapi ngaku Allah tuhan mereka... 

Kalimah Allah itu begitu mulia bagi kami.... ALLAH itu tuhan kami, maka jangan sekali-kali kamu mempersendakanNya... Kamu dengan agama dan sembahanmu yang salah dan bathil maka tinggalkanlah..., dan kami dengan agama dan sembahan kami yang haq, maka ikutilah kami...

KESIMPULAN, paderi-paderi yang nak guna Kalimah ALLAH tu, kalau nak guna jugak mesti bersyarat:

Iaitu, masuk agama ISLAM, beriman dengan Allah dan Nabi Muhammad... Lepas tu belajar Fardhu Ain (Aqidah, Feqah, Tasawwuf), pastu betulkan bacaan Al-Quran, kami akan lantik kamu jadi imam solat lima waktu... Boleh tak? Kerana kamu dah jadi saudara kami ketika itu... No more KRISTIAN at All...Tak jadi paderi dah lah... Pastu kita sama-sama pertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh Kristian pula... 

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...