Isnin, 18 Ogos 2014

ERTI SYUKUR

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Ketahuilah bahawa Syukur ada dua jenis, satu wajib satu sunat:

1. Syukur Wajib: ialah tidak menggunakan rezki/nikmat yang diberikan Allah ke jalan yang haram seperti menggunakan wang anda untuk beli arak atau menggunakan anggota badan untuk maksiat;

2. Syukur Sunat: ialah mengucapkan kalimah Alhamdulillah atau seumpama dengannya.

Perkara yang terutama dalam kita bersyukur ialah kita bersyukur dengan Nikmat Paling Besar yang ALLAH berikan kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam. Maka jagalah nikmat ini supaya anda tidak terjerumus dalam kekufuran.

Bagaimana mahu menjaga nikmat Iman dan Islam?

Hendaklah kamu menuntut ilmu yang fardhu atas diri kamu.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Jumaat, 15 Ogos 2014

ALAMAT KEBAIKAN BAGI INDIVIDU

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Bissmillah walhamduliLlah wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah..

Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menuntut ilmu (yakni ilmu fardhu ain merangkumi Aqidah, Feqah dan Tasawwuf) adalah Fardhu ke atas setiap muslim"... Tidak dapat tidak, saudara mesti mempelajari ilmu ini dengan berguru kerana Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya ilmu itu diambil secara ta'allum (pelajari talaqqi)"
 'Amma Ba'du

Antara alamat baik bagi diri seseorang itu ialah Allah menjadikan hatinya cinta kepada Majlis Ilmu.. Terutama Ilmu Fardhu Ain.. Subhanallah.. Ini kata-kata Nasihat Syaikh Abdullah yang disampaikan oleh guru kami Syaikh Omar Kalash berdasarkan hadis Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam:

"Barangsiapa yang Allah kehendaki atasnya kebaikan, diberikan kefahaman kepadanya mengenai agama"

Maka kejarlah majlis ilmu di mana-mana.Ingat!

Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menuntut ilmu (yakni ilmu fardhu ain merangkumi Aqidah, Feqah dan Tasawwuf) adalah Fardhu ke atas setiap muslim"...

Dan tidak dapat tidak, mempelajari ilmu ini mesti dengan berguru kerana Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya ilmu itu diambil secara ta'allum (pelajari talaqqi)"

Guru kami Syaikh Omar Kalash memotivasikan kami untuk dtg kelas dgn hadis Rasulullah sollallahu alaihi wasallam:

"Barangsiapa menempuh jalan untuk memperolehi ilmu, maka Allah permudahkan jalan baginya ke syurga"

Wallahua'lam
SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...