Khamis, 4 September 2014

PENJELASAN TAMBAHAN MENGENAI HUKUM TAJSIM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Sebenarnya isu ini sudah lama berlegar di mulut para ahli ilmu Al-Asya'iroh dan Al-Maturidiyyah, namun ada sahaja yang masih berada di ruang kekeliruan kerana salah memahami Tobaqot ulama' atau tingkatan para ulama' di dalam setiap mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Rasanya itulah kemuncak kekeliruan golongan ahli ilmu yang kurang mengetahui kebenaran walaupun terpampar di hadapan mereka seribu kebenaran serta kefahaman bersama saksi-saksinya. Sehingga itu mereka masih keliru malah terus tidak memahaminya kerana mungkin juga  terlalu melihat sesuatu berdasarkan ilmu alat yang mana 'kononnya' mereka mahir terhadapnya sehingga terlalu tinggi pengetahuannya terhadap balaghah dan kiasannya lalu nas yang sorih atau jelas di tukar kepada lebih jelas 'kecacatannya'. Maka apakah jalan penyelesaian di sebalik pertikaian akal pemikiran bagi orang yang terlalu keliru ini.
  
Di dalam gambar rajah di bawah menunjukkan sebuah isu berkisar hukum bagi dakwaan golongan Musyabbihah Mujassimah. Kutipan hukum di ambil dari kitab Fathu Al-Qodir karangan Al-Imam Kamal Al-Din Muhammad ibn 'Abdu Al-Wahid As-Sirasi yang terkenal dengan gelaran Al-Imam Ibn Al-Humam Al-Hanafi, jilid 1, halaman 360 :



"Dan golongan Musyabbihah (yang menyamakan Allah dengan makhluk) apabila mereka mendakwa : Bagi Allah itu ada tangan dan kaki sebagaimana yang terdapat pada makhlukNya maka dia merupakan seorang kafir yang dilaknat. Adapun sekiranya mereka mendakwa Allah itu jisim tidak seperti jisim makhluk maka dia merupakan golongan Bid'ah..."

Sehinggalah akhir pada garisan merah tersebut tambahnya :

"Ada pendapat yang menghukumkan sesiapa yang mendakwa ungkapan seperti itu tetap jatuh murtad juga dan itulah pendapat yang baik bahkan golongan yang mendakwa seperti ungkapan tersebut terlebih utama untuk dihukumkan sebagai golongan murtad."

Oleh yang demikian bukanlah kami tidak mengetahui dan mempelajari sebagaimana yang kalian fahami dan pegangi. Persoalannya dimakah BUKTInya perkataan jisim yang mempunyai makna seperti perkataan Yad, Wajah, 'Ain sehingga boleh terletak di bawah hukum jisim ghoiru sorih pada pegangan kamu?!!!

Yad, Wajah, 'Ain bukanlah jisim ghoiru sorih melainkan perkataan yang terdapat kesamaran atau Mutasyabihat serta mempunyai makna yang luas. Ada makna jisim dan ada makna yang bukan jisim maka ungkapan itu menurut para ulama' Mujtahid ada dua sahaja. 

1. Kalam Sorih.
2. Kalam Zohir.

Itu sebab kamu keliru di antara Tobaqot! Bukan masalah implikasi hukum tetapi masalah kepala otak kamu hanya memikirkan ulama' yang tidak sampai kepada Tobaqot Mujtahid yang diiktiraf lalu kamu mengiktirafkan menurut selera ajaran yang sebenarnya menyalahi kebenaran. Maka dimanakah lagi perginya selepas kebenaran jika tidak jatuh ke lembah golongan bid'ah.

Wallahu A'lam wa Ahkam

Kredit: Ust Nabil

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...