Khamis, 1 Oktober 2015

APAKAH SYARAT MATI?

Kata ulama: "Syarat mati itu ialah hidup"
Sakit tidak menjanjikan kematian, miskin tak menjanjikan kematian, tapi siapa yg hidup dia pasti akan mati.
Ramai kawan kita, ayah kawan kita yg sakit kronik tapi masih hidup, ramai juga orang sekeliling kita yg sihat yg kaya masih muda tapi dah mati.
Adakah kita boleh jamin seminit selepas baca status ni kita masih hidup? Sudah tentu tidak. Kerana itu rebutlah peluang sementara hidup dengan menghabiskn pengajian Fardhu Ayn, kalaupun kamu rasa dah habis, mengulangllah untuk barokah dan pahala. Dan lazimi istighfar. Kita kan pendosa? Pendosa wajib bertaubat dari dosanya.
AstaghfiruLlah al-^Azhim

TINGGALKAN EMPAT BENDA, KAMU BENAR BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH!

Dalam kitab "Kasyifah as-Saja Syarh Safinah an-Naja ", asy-Syaikh An-Nawawi al-Banteni al-Syafie menuliskan sebagai berikut:


ﻣَﻦْ ﺗَﺮَﻙَ ﺃَﺭْﺑَﻊَ ﻛَﻠِﻤَﺎﺕٍ ﻛَﻤُﻞَ ﺇِﻳْﻤَﺎﻧُﻪُ ﺃَﻳْﻦَ
ﻭَ ﻛَﻴْﻒَ ﻭَ ﻣَﺘٰﻰ ﻭَ ﻛَﻢْ، ﻓَﺈِﻥْ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﻚَ ﻗَﺎﺋِﻞٌ ﺃَﻳْﻦَ
ﺍﻟﻠّٰﻪُ؟ ﻓَﺠَﻮَﺍﺑُﻪُ ﻟَﻴْﺲَ ﻓِﻲ ﻣَﻜَﺎﻥٍ ﻭَﻻَ ﻳَﻤُﺮُّ ﻋَﻠَﻴْﻪِ
ﺯَﻣَﺎﻥٌ، ﻭَﺇِﻥْ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﻚَ ﻛَﻴْﻒَ ﺍﻟﻠّٰﻪُ؟ ﻓَﻘُﻞْ ﻟَﻴْﺲَ
ﻛَﻤِﺜْﻠِﻪِ ﺷَﻴْﺊٌ، ﻭَﺇِﻥْ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﻚَ ﻣَﺘٰﻰ ﺍﻟﻠّٰﻪُ؟ ﻓَﻘُﻞْ ﻟَﻪُ
ﺃَﻭَّﻝٌ ﺑِﻼَ ﺍﺑْﺘِﺪَﺍﺀٍ ﻭَ ﺀَﺍﺧِﺮٌ ﺑِﻼَ ﺍﻧْﺘِﻬَﺎﺀٍ، ﻭَ ﺇِﻥْ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﻚَ
ﻗَﺎﺋِﻞٌ ﻛَﻢْ ﺍﻟﻠّٰﻪُ؟ ﻓَﻘُﻞْ ﻟَﻪُ ﻭَﺍﺣِﺪٌ ﻻَ ﻣِﻦْ ﻗِﻠَّﺔٍ ﻗُﻞْ
ﻫُﻮَ ﺍﻟﻠّٰﻪُ ﺃَﺣَﺪٌ

Faedah:

" Barangsiapa meninggalkan empat kalimat ini (ertinya tidak menanyakan kalimat tersebut tentang bagi zat Allah) maka sempurnalah keimanannya. iaitu;
di mana..?
bagaimana..?
bila..? dan
berapa..?,
Jika seseorang berkata kepada anda: Di mana Allah? Maka jawablah:
Dia ada tanpa tempat dan tidak terikat oleh waktu.
Jika ia berkata: Bagaimana Allah? Maka jawablah: Dia tidak menyerupai suatu apapun dari makhluk-Nya.
Jika ia berkata: Bila Allah ada? Maka jawablah: Dia Allah al-Awwal : ada tanpa permulaan ( tidak ada yg menciptakan Allah dari tiada kepada ada ) dan Dia al-Akhir : ada tanpa penghabisan ( tidak mati, punah ataupun binasa ).
Jika ia berkata: Berapa Allah? Maka jawablah : Dia Allah maha esa tidak ada sekutu bagi-Nya, Dia maha esa bukan dari segi bilangan nombor yang bererti sedikit, tetapi dari segi bahawa tidak ada sekutu bagi-Nya dan tidak ada yang
menyerupai-Nya ”.

ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN TANPA ARAH

Isnin, 28 September 2015

PERBAHASAN MUJASSIMAH, HULUL DAN ITTIHAD

SEBAHAGIAN PERBAHASAN ULAMA MELAYU PADA GOLONGAN MUJASSIMAH YANG BERIKTIQAD ALLAH BERTEMPAT, GOLONGAN HULUL YANG BERIKTIQAD ALLAH BERSATU MERESAP DALAM MAKHLUK, DAN GOLONGAN ITTIHADIYYAH YANG BERIKTIQAD WAHDATUL WUJUD YAKNI ALLAH ADALAH ALAM DAN ALAM ADALAH ALLAH

Kata Syeikh Husayn bin Nasir bin Toyyib Al-Mas^udi Al-Banjari RohimahuLlah Rohmatan Wasi^ah dalam Kitabnya yang masyhur Hidayah Al-Mutafakkirin:


Pada mukasurat 13 dan 14:
"((Dan lagi kata setengah mereka itu)) Allah itu berubah-ubah tempat pada hari ini di sini, dan pada hari itu di situ, demikianlah dikatakan sekalian hari itu....bahawasanya sekalian mereka yang tersebut itu SESAT SEKALIANNYA lagi MENYESAT AKAN ORANG LAIN dan dinama akan dia pula MULHIDAH dan HULULIYYAH dan ITTIHADIYYAH ((dan sekalian itu JADI KAFIR IA)) NauzubiLlahi minha dengan iktiqad yang tersebut itu kerana sekaliannya itu menafi akan Wahdaniyyah Allah Ta'la dan menafi akan MukholafahNya daripada baharunya dan mengisbatkan beberapa syirik bagi Allah Taala dan baharunya dan bertempat dan berpihak dan banding dan kekurangan bagiNya, dan mengisbatkan keadaanNya berjirim dan berjisim dan mengambil lapang

((bermula dalil yang menunjuk atas kufur)) orang yang iktiqad yang demikian itu.
kata Syeikh Ibn Hajar dalam Kitabnya Al-I^laam "Barangsiapa yang mendakwa/menyangka bahawa Tuhan menyatu/meresap/bertempat pada sesuatu daripada tubuh manusia atau pada selainnya daripada mereka itu maka iaitu KAFIR dia" dan katanya lagi: "seperti HULUL dan ITTIHAD itu, ITTIHAD ertinya bersatu ia dengan sesuatu ertinya jadi KAFIR orang yang iktiqad demikian itu"
dan lagi katanya di dalam kitab Zawajir Pada Membilang Segala Bagi Yang Jadi Kafir: "ertinya atau iktiqad ia bahawasanya Allah menempati ia di dalam rupa yang elok-elok hingga katanya atau iktiqad ia bermula Ruh itu daripada Nur Allah maka apabila berhubung nur Ruh itu dengan Nur Allah nescaya bersatu ia"
dan telah berkata Syeikh Ahmad Suhaimi di dalam kitabnya Al-Muqtadi bi Syarhi Al-Hud Huda wa Al-Ittihadiyyah wa Alhululiyyah: "dan ITTIHADIYYAH dan HULULIYYAH bermula keduanya iaitu kedua firqah YANG ZAHIR KEDUANYA DENGAN MENYERUPAI AHLI TASAWWUF dikata orang bagi mereka itu MUTASAWWIFAH ertinya orang yang mengaku dirinya ahli tasawwuf dan melaku akan dirinya seperti kelakuan ahli tasawwuf padahal bermula AHLI TASAWWUF YANG SEBENARNYA IAITU MENJAUH OLEH MEREKA ITU (yakni ahli tasawwuf) DARIPADA MEREKA ITU (yakni mutasawwifah hulul dan ittihad), telah berkata mereka itu (yakni mutasawwifah hulul dan ittihad): "BERMULA ORANG YANG SALIK APABILA BERSUNGGUH-SUNGGUH IA PADA IBADATNYA DAN MASUKLAH IA KE DALAM LAUT WUSUL KEPADA ALLAH TAALA, NESACAYA MENEMPATI ALLAH TAALA DI DALAMNYA DENGAN SEKIRA-KIRA TIADA BERBEZALAH KEDUANYA ITU ATAU JADI BERSATULAH IA DENGAN DIA ERTINYA JADILAH IA ^AIN HAMBANYA DAN SEKIRA-KIRA TIADA DIBILANG DUA ANTARA KEDUANYA MAKA SAH BAHAWA BERKATA IA IAITU AKU ERTINYA ALLAH ITU AKU DAN AKU INI IA DAN TERANGKATLAH DARIPADANYA SURUHAN DAN TEGAHAN DAN ZAHIRLAH DARIPADANYA BEBERAPA KAROMAH YANG ^AJIB-^AJIB OLEH BARANG YANG TIADA TASAWWUR DATANGNYA DARIPADA MANUSIA", bermula sekalian mereka itu iaitu beberapa KAFIR DENGAN IJMAK SEKALIAN ULAMA.

Isnin, 21 September 2015

GOLONGAN MUJASSIM YANG MENJISIMKAN ALLAH LEBIH AWLA DIHUKUM MURTAD - IMAM IBN AL-HUMAM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 


Kitab Fathu Al-Qodir karangan Al-Imam Kamal Al-Din Muhammad ibn 'Abdu Al-Wahid As-Sirasi yang terkenal dengan gelaran Al-Imam Ibn Al-Humam Al-Hanafi, jilid 1, halaman 360 :

"Dan golongan Musyabbihah (yang menyamakan Allah dengan makhluk) apabila mereka mendakwa : Bagi Allah itu ada tangan dan kaki sebagaimana yang terdapat pada makhlukNya maka dia merupakan seorang kafir yang dilaknat. Adapun sekiranya mereka mendakwa Allah itu jisim tidak seperti jisim makhluk maka dia merupakan golongan Bid'ah..."

Sehinggalah akhir pada garisan merah tersebut tambahnya :

"Ada pendapat yang menghukumkan sesiapa yang mendakwa ungkapan seperti itu tetap jatuh murtad juga dan itulah pendapat yang baik bahkan golongan yang mendakwa seperti ungkapan tersebut terlebih utama untuk dihukumkan sebagai golongan murtad."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

KENAPA PENTAKWILAN AYAT MUTASYABIHAT PERLU? - DIJAWAB OLEH ULAMA BESAR AHLUSSUNNAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 




Telah berkata al-Imam Mulla 'Ali ibn Sulthan Muhammad al-Qari al-Hanafi dalam kitabnya Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Mashabih, jil. 1, hlm. 260, kitab : al-Iman - al-'Ilmu :-

Telah berkata al-Imam Ibn Hajar : "Pada zaman Salafussoleh golongan sesat dan menyeleweng itu tidak terzahir begitu ramai. Oleh demikian, amat mudah bagi mereka yang berada pada zaman tersebut untuk TIDAK MENYELAMI setiap perkataan bahkan MENYERAHKAN MAKSUDNYA KEPADA ALLAH disertai MENYUCIKANNYA daripada ZAHIR PERKATAAN tersebut yang kelihatan tidak layak bagi Allah. 

Adapun pada zaman Khalaf golongan sesat dan menyeleweng itu begitu ramai, maka mereka menggunakan kaedah pentakwilan yang layak bagi kesempurnaan dan kesucian Allah untuk MEMBANTAH setiap dakwaan golongan sesat dan menyeleweng tersebut."

Begitu juga antaranya menurut al-Imam al-Haramain : "Jikalau masih lagi zaman kami ini seperti kehidupan di zaman Salafussoleh, barangkali kami pasti tidak akan menyuruh mereka mempelajari bidang ilmu Kalam (Usuluddin), namun pada zaman kami ini golongan sesat dan menyeleweng adalah terlalu ramai maka TIDAK ADA JALAN LAIN untuk membasmi gejala fitnah yang berlaku."


Beliau menyambung:

Telah berkata al-Imam Mulla 'Ali ibn Sulthan Muhammad al-Qari al-Hanafi dalam kitabnya Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Mashabih, jil. 3, hlm. 270, kitab : as-Solat :-

"Dan mereka (para ulama' Khalaf) telah berkata : Jikalau kami ini berada pada zaman Salafussoleh di mana pegangan 'Aqidah ketika itu masih bersih malah sedikitnya golongan yang sesat dan menyeleweng, sudah tentu kami TIDAK AKAN MENYELAMI DAN MENDALAMI PENTAKWILAN TERHADAP SESUATU PERKARA. Bagaimanapun saya mengetahui bahawa Malik dan al-Auza'i merupakan para ulama' yang terbesar di zaman Salaf yang juga turut menggunakan pendekatan PENTAKWILAN SESEBUAH HADITS BERDASARKAN PENTAKWILAN YANG TERPERINCI."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

WAHABi MENTERJEMAH AYAT MUTASYABIHAT, SEDANGKAN ULAMA AHLUSSUNNAH MENGHARAMKAN PENTERJEMAHAN INI

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 



PETIKAN DARIPADA KALAM SEORANG ULAMA' YANG BERNAMA AL-FAQIH ABU AL-'ABBAS AHMAD IBN 'UMAR IBN SURAIJ AL-'IRAQI (IBN SURAIJ) w. 306 H :-

"Pegangan kami padanya dan pada ayat-ayat Mutasyabihat yang terkandung di dalam al-Quran... Tidak menterjemahkan daripada sifat-sifatNya dengan bahasa selain bahasa Arab." al-'Uluw Li al-'Ali al-Ghaffar, al-Hafiz az-Zahabi, hlm. 501.



Kata-kata beliau ini juga turut dijelaskan oleh al-Imam Abi Al-Fath Muhammad ibn 'Abdul Karim asy-Syahrastani dalam kitabnya al-Milal Wa an-Nihal, jil. 1, hlm. 93 :-

"Dan (para ulama' salaf) sebahagian mereka sangat berhati-hati sehingga tidak menyingkapkan pengertian al-Yad dengan bahasa Parsi dan tidak juga bagi lafaz al-Wajh, al-Istiwa' serta segala apa yang telah datang dalam bentuk seumpama ayat tersebut. Bahkan sekiranya mereka memerlukan untuk menyebutkannya maka disebutkan ibarat lafaznya sebagaimana yang telah diturunkan. Maka ini merupakan jalan yang selamat dan tidak akan dimasuki segala unsur tasybih (persamaan) terhadap sesuatu."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

AQIDAH UMAT ISLAM NAJD (TEMPAT ASAL MUNCUL WAHABI) IALAH AKIDAH AHLUSSUNNAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 



Seorang ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah al-Asya'irah dan al-Maturidiyyah yang bermazhab Hanbali serta merupakan ulama' kelahiran tanah Najjad/Riyadh w. 1097 H iaitu kira-kira 13 tahun sebelum kelahiran pengasas golongan wahhabi mujassim. Nama beliau ialah asy-Syeikh 'Utsman ibn 'Utsman ibn Ahmad ibn Sa'id an-Najdi. Beliau telah berkata mengenai beberapa perkara dalam mengenal Allah :

"Dan WAJIB kita berpegang dengan putus serta tanpa ragu-ragu bahawa Allah itu Maha Esa (dengan tidak menerima belah bahagi dan tiada sekutu dalam ketuhananNya), Maha Esa dengan tidak berhajat kepada yang lain, Maha Mengetahui dengan sifat 'Ilmu, Maha Berkuasa dengan sifat Qudrah, Maha Berkehendak dengan sifat Iradah, Maha Hidup dengan sifat Hayyun, Maha Mendengar dengan sifat Sama', Maha Melihat dengan sifat Bashar dan Maha Berkata-kata dengan sifat Kalam.

Allah itu bukanlah jisim/beranggota, bukan jauhar (asas dari sesuatu), bukan 'aradh (sifat jisim), Allah tidak meresap pada makhluk dan tidak ada makhluk yang meresap padaNya dan Allah tidak dikelilingi oleh makhluk. Justeru, barangsiapa yang berpegang atau berkata bahawa Allah di mana-mana tempat dengan zatNya atau pada suatu tempat maka dia murtad, bahkan WAJIB berpegang dengan putus serta tanpa ragu-ragu bahawa Allah itu berbeza dengan makhlukNya.

Maka Allah Taala telah wujud tanpa bertempat kemudian setelah Allah Taala menciptakan tempat, Allah Taala kekal dengan tidak bertempat."



SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

ALBANI (TOKOH WAHABI) MENGINGKARI ALLAH ATAS ARASH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.




TELAH BERKATA ALBANI DALAM KITAB MUKHTASAR AL-'ULUW, HLM. 17 :-

"Maka sesungguhnya memperakui penyandaran duduk di atas 'Arasy kepada Allah 'Azza Wa Jalla itu melazimkan penyandaran menetap keatas Allah Taala, sedangkan ianya tidak warid (terdapat di dalam al-Quran & al-Hadits) maka TIDAK BOLEH meyakini dan menyandarkannya kepada Allah 'Azza Wa Jalla. Oleh demikian, sidang pengarang (Syamsuddin az-Zahabi) MENGINGKARI keatas kenyataan mereka yang berlaku selepas kurun ketiga iaitu

إن الله استوى استواء استقرار
"Sesungguhnya Allah itu beristawa dengan istiwa yang menetap."

INI BERERTI GOLONGAN INI SENDIRI MENGINGKARI ALLAH BERSEMAYAM ATAS ARASH!

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

HARAM BERPEGANG DENGAN ZAHIR AYAT MUTASYABIHAT - WAJIB IMANI ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 



TELAH BERKATA  AL-IMAM ABI AL-MU'IN MAIMUN IBN MUHAMMAD AN-NASAFI DALAM KITAB TABSIROTU AL-ADILLAH FI USULIDDIN, HLM. 240 :-

"Sesungguhnya ia (as-Saq, al-Istiwa', al-Yad, an-Nuzul dan seumpamanya) merupakan ayat Mutasyabihat di mana kita meyakini padanya bahawa tidak boleh ditujukan secara zohir/literalnya dan kita sekadar beriman dengan pengkhabarannya serta tidak melakukan sebarang pentakwilan bahkan kita meyakini apa yang dikehendaki Allah dengannya itu pasti yang hak (sempurna). Mereka (para ulama' kurun Salaf as-Soleh) hanya menyebutkannya sekadar apa yang telah warid (dikhabarkan) syarak maka mereka mengatakan : ar-Rahmanu 'Ala al-'Arasy Istawa dan pada sisi lain : Allah Taala al-Qahir Fauqa 'Ibadih,

Begitulah seterusnya setiap ayat yang dilontarkan mereka dan apa yang telah diriwayatkan dari Salaf yang mana zohir/literalnya membawa sangkaan mereka ini menetapkan arah serta tempat adalah ditanggung dengan maksud ini.

Di antara Salaf juga terdapat perselisihan dari sudut lafaz-lafaz yang diperkatakan mereka namun semua perselisihan tersebut hanya berlaku pada ibarat sahaja disertai persetujuan mereka dari sudut pengertiannya bahawa Allah Taala tidak menetap pada tempat dan tidak mengisi ruang pada arah."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

IMAM TABARI DIMARAHI DAN RUMAHNYA DILEMPAR BATU KERANA MEMPERTAHAN AQIDAH ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 


TELAH BERKATA YAQUT AL-HAMAWI AR-RUMI DALAM KITAB MU'JAM AL-UDABA', JIL. 6, HLM. 2450 :-

Ketika al-Imam Ibn Jarir at-Thabari ditanya mengenai sebuah hadits yang mendakwa bahawa Allah mendudukkan Nabi Muhammad di atas 'Arasy bersama-sama denganNya. Maka al-Imam Ibn Jarir at-Thabari telah mengulas sebagai berikut :-

"Adapun mengenai hadits yang mendakwa bahawa Allah mendudukkan Nabi Muhammad di atas 'Arasy bersama-sama denganNya itu adalah mustahil, kemudian beliau mendendangkan sebuah syair :-

MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK TERDAPAT BAGINYA SEKUTU * DAN TIDAKLAH DIA PADA 'ARASY ITU DUDUK.

Maka ketikamana didengari oleh orang-orang yang menyandarkan diri mereka kepada mazhab Hanbali dan ahli hadits mengenai hal tersebut lalu mereka berkumpul serta melontarkan ketidakpuas hati terhadap kenyataan tersebut. Dikatakan perhimpunan tersebut adalah seramai seribu orang. Kemudian al-Imam Ibn Jarir at-Thabari bergegas bangun dan memasuki rumahnya. Setelah itu, mereka melontarkan batu-bata di hadapan pintu rumahnya sehingga batu-bata tersebut menjadi seperti sebuah bukit yang besar, kemudian Nazuk ketua polis dengan disertai sepuluh ribu orang askar telah menghalang orang ramai tersebut dan mereka berdiri di situ seharian sehinggalah waktu malam serta memerintahkan agar batu-bata tersebut dialihkan. Al-Imam Ibn Jarir at-Thabari juga telah menulis dendangan syairnya tersebut di hadapan pintu rumahnya sendiri :-

 MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK TERDAPAT BAGINYA SEKUTU * DAN TIDAKLAH DIA PADA 'ARASY ITU DUDUK.



KISAH YANG SAMA JUGA TELAH DIRIWAYATKAN OLEH AL-IMAM AS-SUYUTI :-

TELAH BERKATA AL-IMAM JALALUDDIN AS-SUYUTI DALAM KITAB TAHZIR AL-KHAWWASH, HLM. 211-212 :-

"Terdapat pada sebahagian kitab-kitab al-Majami' :-

mengisahkan bahawa terdapat di Baghdad seseorang yang meriwayatkan sebuah hadits megenai tafsiran firman Allah :-

(Mafhumnya :) Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji. -al-Israk : 79- iaitu Allah mendudukkan Nabi Muhammad di atas 'Arasy bersama-sama denganNya. Maka perkara tersebut telah sampai kepada Muhammad ibn Jarir at-Thabari, lalu beliau menjadi marah dan mengingkarinya serta menulis di hadapan pintu rumahnya :-

MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK TERDAPAT BAGINYA SEKUTU * DAN TIDAKLAH DIA PADA 'ARASY ITU DUDUK.

Kemudian orang-orang awam di Baghdad berkumpul dan melontarkan batu-bata di hadapan rumahnya sehingga terkunci pintunya dengan batu-bata yang telah meninggi tersebut."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

ULAMA TAFSIR MENCERITAKAN MENGANI WAHABI DALAM TAFSIR JALALAYN

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 



Kitab ini dikarang oleh asy-Syeikh Ahmad ibn Muhammad as-Showi al-Maliki W. 1241 H, beliau menjelaskan tentang firman Allah : surah Fatir ayat 6 : 

إِنَّ الشَّيطٰنَ لَكُم عَدُوٌّ فَاتَّخِذوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّما يَدعوا حِزبَهُ لِيَكونوا مِن أَصحٰبِ السَّعيرِ

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya), sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."

(Sila lihat garisan merah gambar tersebut) :

"Dikatakan ayat ini diturunkan bagi golongan khawarij yang mentakwil ayat-ayat al-Quran dan al-Hadits secara menyeleweng, dengan itu mereka menghalalkan darah umat Islam dan harta mereka (boleh dirampas) sebagaimana yang kita lihat pada kini hari, terdapat golongan yang semirip seperti mereka (golongan khawarij) iaitu kelompok yang bertempat di Tanah Hijaz (Najjad/Riyadh) yang dipanggil sebagai "wahhabiyyah", mereka mengira bahawa (kebenaran) itu ada pada diri mereka, tidaklah mereka itu (sebenarnya begitu) melainkan tertipu, mereka itu (ditipu dan) dipengaruhi oleh syaitan yang menyebabkan mereka lupa kepada Allah, mereka inilah "parti syaitan", bukankah (orang yang berada bersama) parti syaitan itu (termasuk) golongan yang rugi?.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

MUFTI MEKAH: WAHABI ADALAH KAFIR BUKAN ISLAM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 


TELAH BERKATA ASY-SYEIKH ZAINI DAHLAN ASY-SYAFI'I DALAM KITAB KHULASOTU AL-KALAM FI BAYAN UMARA' AL-BALAD AL-HARAM, JIL. 1, HLM. 300 :-

Pemerintah kota Makkah ketika itu merupakan seorang yang bernama asy-Syarif Mas'ud ibn Sa'id ibn Sa'ad ibn Zaid di mana baginda telah memerintahkan para ulama' al-Haramain (kota Makkah dan Madinah) pergi menemui golongan wahhabi bagi mengenali mereka.

"Dan para ulama' tersebut telah berdebat dengan mereka dalam perkara 'Aqidah serta mendapati terdapat banyak hal-hal kekufuran dalam urusan 'Aqidah mereka tersebut. Justeru, selepas sahaja mereka berdebat dengan hujah-hujah dan dalil-dalil, asy-Syarif Mas'ud telah memerintahkan kepada qadhi/hakim syarak untuk menulis setiap hujah-hujah mengenai kekufuran mereka itu...".

Selain itu, beliau juga telah berkata :-

"Bahawasanya telah pasti disisi para ulama' (golongan wahhabi) itu adalah golongan kuffar...".






TELAH BERKATA ASY-SYEIKH ZAINI DAHLAN ASY-SYAFI'I DALAM KITAB KHULASOTU AL-KALAM FI BAYAN UMARA' AL-BALAD AL-HARAM, JIL. 2, HLM. 234 :-

Di bawah tajuk : KUMPULAN FATWA BAGI SELURUH UMAT ISLAM.

Telah berkata asy-Syeikh as-Sayyid Abi Mas'ud Mahmud al-Hanafi al-Kazimi al-Pakistani :-

"Fitnah wahhabi hakikatnya merupakan fitnah yahudi di mana mereka itu gemar berbuat apa yang menyusahkan kamu, yang tersembunyi (niat jahat) dalam hati mereka lebih besar lagi, maka setiap perkara dari pegangan-pegangan wahhabi atau yahudi itu adalah jelek dan barangsiapa yang beriman kepada Allah serta RasulNya adalah berada dalam keadaan yang baik, Allah tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman itu dalam keadaan sekarang (keimanan) sehinggalah Dia (Allah) menyisihkan yang buruk (kemunafikan dan kekufuran) dari yang baik (keimanan sahaja).

Justeru, setelah diselidiki mereka itu tersisih dari sudut zahir dan batin umat Islam sehinggakan dalam urusan Tauhid, risalah pokok-pokok dan cabang-cabangnya, maka HARAM SOLAT DI BELAKANG MEREKA ITU dan HARAM MEMBERIKAN MEREKA SEBARANG JAWATAN SEPERTI IMAM, QADHI/HAKIM, GURU-GURU YANG MENGAJAR AL-QURAN, AL-HADITS DAN AL-FIQH, janganlah demi Tuhan kepada Ka'bah serta awasilah  mereka dari menjadi penerus garis peredaran air dan terdapat di dalam sebuah hadits :-

اجْعَلُوا أَئِمَّتَكُمْ خِيَارَكُمْ 

Mafhumnya : " Ambillah ikutan kamu itu yang mana merupakan dikalangan kamu."

Maka sesungguhnya golongan wahhabiyyah itu berada di dalam kemuncak buruknya 'Aqidah serta amalan mereka sehinggakan mereka cukup bahaya bagi kita. Justeru, mereka itu telah KUFUR KEPADA ALLAH DAN RASULNYA DENGAN MENZAHIRKAN KEISLAMAN DAN TIDAK DISANGKALKAN LAGI BAHAWA MEREKA ITU MERUPAKAN GOLONGAN MUNAFIK SERTA UNGKAPAN MEREKA DENGAN KENYATAAN BERBENTUK KEBESARAN DAN KEMULIAAN ITU HANYA MENDORONG KEPADA KEMURKAAN ALLAH DAN KEMARAHAN RASULNYA, maka HARAM BAGI KITA UNTUK MENJADIKAN MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN KITA berdasarkan firman Allah : (mafhumnya)

"Barangsiapa yang melantik mereka sebagai pemimpinnya, maka ia tergolong bersama mereka."

Adapun di dalam sebuah hadits (mafhumnya) : "Awasilah kamu kepada mereka, tidaklah mereka itu pasti ingin menyesatkan kamu dan tidaklah mereka itu pasti ingin mendatangkan kekacauan pada kamu."

Maka mereka (golongan wahhabi) itulah yang telah kufur dan murtad kepada Allah, RasulNya dan agama Islam sejak dahulu dan sekarang. Sesungguhnya mereka itu sangat dahsyat kekufuran dan kemunafikannya DAN TIDAK DIRAGUKAN LAGI MEREKA ITU HAMBA KEPADA SYAITAN YANG MERUPAKAN PENGIKUT IBN TAIMIYYAH DAN MUHAMMAD IBN 'ABDIL WAHHAB serta selain dari kedua-duanya yang terdiri dikalangan bangsa Arab dan asing, mereka telah berkata-kata terhadap Allah dan RasulNya berdasarkan apa yang tidak diperintahkan, para ulama' telahpun mendatangkan sebuah fatwa keatas mereka (golongan wahhabiyyah) dengan penyelidikan yang begitu terperinci bahawa mereka itu adalah golongan yang MURTAD KEPADA ALLAH DAN AGAMA ISLAM dari segenap seruan mereka itu, para ulama' telah menetapkan : BARANGSIAPA YANG RAGU-RAGU TERHADAP KEKUFURAN SERTA AZAB-AZABNYA MAKA DIA TELAH KUFUR (MURTAD)."

Sehinggalah berada pada petikan :-

"Maka menjadikan mereka sebagai ikutan dan membiarkan mereka memegang suatu jawatan seperti qadhi/hakim, guru agama adalah HARAM HARAM HARAM LAGI KUFUR, sesungguhnya agama dan keimanan itu HARAM MENYERTAI DAN MEMBANTU MEREKA. Oleh demikian, wajib keatas kita meninggalkan mereka dengan mengikuti apa yang telah diperintahkan keatas kita melalui firman Allah (mafhumnya) :

"Sertailah bersama-sama mereka yang benar sahaja."

Adapun mereka (golongan wahhabiyyah) itu merupakan golongan yang KUFUR dan BUKANLAH DIKALANGAN GOLONGAN YANG BENAR BAHKAN MEREKA ITU SEDUSTA-DUSTA MANUSIA TERHADAP ALLAH DAN RASULNYA SERTA MERUPAKAN DIKALANGAN GOLONGAN YANG KUFUR LAGI MURTAD, Allah telah memerintahkan supaya kita menyertai bersama-sama dengan mereka yang benar sahaja dan melarang kita dari menyertai dengan mereka yang pendusta lagi kafir kerana menyuruh melakukan sesuatu perkara yang dilarang dari sebaliknya...".

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

ORANG YANG BERPEGANG SELAIN AQIDAH AHLUSSUNNAH (ASYAIRAH MATURIDIAH) ADALAH KAFIR [IMAM SHIRAZI]

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 



TELAH BERKATA AL-IMAM ABI ISHAQ IBRAHIM ASY-SYIRAZI ASY-SYAFI'I, JIL. 1, HLM. 111 :-

Di bawah tajuk : "Pengkafiran keatas golongan yang tidak berpegang dengan pegangan Ahli al-Haq (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang mana disandarkan kepada golongan al-Asy'ari."

"Maka barangsiapa yang berpegang dengan selain pegangan-pegangan yang telah kami nyatakan daripada pegangan-pegangan Ahli al-Haq yang mana disandarkan kepada al-Imam Abi al-Hasan al-Asy'ari (Semoga Allah meredhai beliau) maka dia adalah KAFIR!."

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

IMAM NAWAWI MENGKAFIRKAN GOLONGAN YANG BERIMAN TUHAN DI LANGIT

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 



Al Imam An Nawawi RahimahuLlah mengatakan dalam Kitab Raudhatul Talibin:


"Kalau sekiranya berkata: ((Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan dia yg menempati langit)),TIDAKLAH DIA MENJADI MUKMIN. Dan begitu juga sekiranya dia berkata: ((Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yg menempati langit)). Ini kerana menempati [mengambil ruang] adalah mustahil bagi Allah."


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Jumaat, 14 Ogos 2015

SYEIKH MUSNID DUNYA YASIN FADANI MENGKAFIRKAN MUJASSIMAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani (W. 1410 H), seorang pakar hadits (Musnid Dunya) asal dari Padang, Indonesia mengatakan dalam kitabnya "Bughyah al-Musytaq" bahawa:


Maknanya: 

"...ANTARA MEREKA YANG DIKAFIRKAN OLEH KERANA BID’AH MEREKA ADALAH KAUM MUJASSIMAH (orang yang menjisimkan Allah), meskipun mereka menganggap diri mereka melakukan solat menghadap ke arah kiblat dan meskipun mereka menganggap diri mereka beragama Islam..."

Pernyataan beliau ini sesuai dengan perkataan para ulama besar dalam Islam, di antaranya Imam asy-Syafi’i yang mngatakan: “Mujassim adalah kafir”.

Makna Mujassim: Orang yg meyakini bahawa Allah adalah seperti jisim atau disifati dengan sifat2 jisim, seperti berbentuk, bertempat dan berarah. Maha Suci Allah dari segala sifat makhluk.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Isnin, 10 Ogos 2015

MEREKA BERSEDIA UNTUK MATI DI KUBUR MEREKA...

Seorang ulama di Turki menghabiskan masanya membaca AlQuran dalam lubang kuburnya yang digali sendiri untuk jenazahnya suatu hari nanti.

Kita bagaimana?


SIAPAKAH AHBASH?

SIAPAKAH AHBASH?!!!!

Ahbash adalah antara golongan al-Asyairah dan al-Maturiduyyah

Jawapan: 


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

Ahbash adalah nama yang mula-mula digunakan oleh golongan al-Wahhabiyah kepada sekelompok besar Ahlus sunnah yang mempertahankan akidah dua imam yang agung iaitu Imam Abu Hasan al-Asy`ari dan imam Abu Mansur Al-Maturidi. Gelaran ini direka oleh golongan al-Wahhabiyah dan sewaktu dengannya dengan harapan supaya umat Islam yang berfahaman Asya`irah sendiri meminggirkan kelompok ini.

Biodata Syaikh `Abdullah al-Harari

Beliau merupakan seorang ulama yang agung, ikutan para muhaqqiq, rujukan para mudaqqiq, tokoh ulama yang beramal dengan ilmunya, al-Imam al-Muhaddith al-Faqih al-Lughawi al-Usuli al-Zahid al-Syaikh Abu `Abd al-Rahman `Abdullah b. Muhammad b. Yusuf b. `Abdullah b. Jami`, berasal dari wilayah Harar, Habsyah. Beliau berketurunan al-Syaibi al-`Abdari al-Qurasyi, bermazhab al-Syafi`e dan pernah dilantik sebagai mufti Harar suatu ketika dahulu.

As-Syeikh Abdullah al-Harari telah dilahirkan di Kota Harar sekitar tahun 1910 M dan telah dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan terkenal dengan kecintaan terhadap ilmu dan para ahlinya. Beliau telah menghafaz al-Quran sebelum umurnya mencapai sepuluh tahun. Beliau juga telah menghafal sejumlah matan daripada matan-matan dalam pelbagai lapangan ilmu. [Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.]

Beliau telah memberi keutamaan terhadap ilmu hadis yang terdapat di dalam al-Kutub al-Sittah dan kitab-kitab hadis yang lain sama ada dari sudut qiraah atau dirayah. [Kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali]. Beliau telah diberi keizinan untuk memberikan fatwa dan meriwayatkan hadis ketika umurnya masih belum mencapai usia lapan belas tahun [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].

Pendidikan dan Rehlah Ilmiyah

Merasa tidak cukup menuntut ilmu di daerahnya sahaja, Beliau telah mengelilingi segenap pelusuk bumi Habsyah bagi mencari para ulama yang tinggal di wilayah tersebut dan mengambil ilmu daripada mereka. [Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim di suatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan oleh ulama salafussoleh yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafie dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab, beliau juga sangat arif berhubung pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya].

Beliau juga telah mengembara ke Somalia dan Djibouti, kemudian ke Hijaz dan menetap di sana selama dua tahun. Setelah itu, beliau bermusafir pula ke Syam dan seterusnya menetap di Damsyiq selama sepuluh tahun. Kemudian beliau berpindah pula ke Beirut. As-Syeikh Abdullah Al-Harari pernah menziarahi Bayt al-Maqdis sebelum wilayah tersebut dijajah oleh golongan Yahudi. Di samping itu, beliau juga pernah mengadakan rehlah ilmiah ke Jordan, Mesir, Turki, Moroko dan beberapa buah negara di Eropah.

Perjalanan ilmiah beliau ini bertujuan memberi faedah kepada umat Islam serta membolehkan umat Islam mengambil faedah daripadanya, di samping tujuannya untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan dan memperjuangkan Syari`at dan agama. Dalam kesibukan beliau memperbetulkan pegangan manusia, memerangi golongan ilhad, dan menyekat segala fitnah yang dilakukan oleh golongan yang melakukan bid`ah dan mengikut hawa nafsu (ahl al-bida` wa al-ahwa`) beliau sempat juga meluangkan masa untuk menyusun dan mengarang beberapa buah karya agung.

Karya Agung Beliau

Antara karya berharga yang beliau hasilkan adalah sebagaimana berikut :

1. Syarh Alfiyyah al-Suyuti di dalam ilmu Mustalah al-Hadith,
2. Qasidah Fil I`tiqad (berhubung ilmu tauhid).
3. al-Sirat al-Mustaqim dalam ilmu tauhid,
4. Syarah al-Qawim dalam ilmu tauhid.
5. al-Dalil al-Qawim `ala al-Sirat al-Mustaqim di dalam ilmu Tauhid,
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary al-Kafil Bi `Ilmi ad-Din ad-Dharury `Ala Mazhabi Asy-Syafi`e (antara kandungannya mengupas berhubung fiqh as-Syafie),
7. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-Kafil Bi `Ilmi ad-Din ad-Dharury `Ala Mazhabi al-Imam Malik (antara kandungannya mengupas berhubung fiqh Maliki),
8. Mukhtasar Abdillah Al-Harary al-Kafil Bi `Ilmi ad-Din ad-Dharury `Ala Mazhabi Abi Hanifah (antara kandungannya mengupas berhubung fiqh Hanafi),
9. Bughyah al-Talib li Ma`rifah al-`Ilm al-Dini al-Wajib,
10. al-Ta`aqqub al-Hathith `ala man Ta`ana fi ma Sahha min al-Hadith (sebuah kitab rudud dalam ilmu hadis).
11. Nashrah at-Ta`aqqub al-Hatsith `Ala Man Tho`ana Fima Sohha Minal Hadis (sebuah kitab rudud dalam ilmu hadis),
12. al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah dalam ilmu akidah,
13. Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah dalam ilmu akidah,
14. Syarh Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi`ie dalam fiqh as-Syafie.
15. Syarh Matn Abi Syuja` dalam fiqh al-Syafi`e,
16. Syarh Matn al-`Asymawiyyah di dalam fiqh al-Maliki,
17. Syarh Mutammimah al-Ajrumiyyah di dalam ilmu Nahu,
18. Syarh al-Bayquniyyah di dalam ilmu Mustalah,
19. Sorih al-Bayan fi al-Radd `Ala man Khalafa al-Quran, sebuah kitab rudud dalam menegakkan hujah-hujah ahlus sunnah bagi menangkis fahaman yang menyeleweng,
20. al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyf Dhalalat Ahmad b. Taymiyyah, sebuah kitab rudud membongkar pekung ajaran Ibn Taimiyah dan Al-Wahhabiyah,
21. al-Durr al-Nadhid fi Ahkam al-Tajwid, dalam ilmu tajwid al-Quran,
22. Syarah As-Sifat Ats-Salath `Asyarata Al-Wajib Lillah dalam ilmu tauhid,
23. At-Tahzir al-Wajib, sebuah kitab rudud yang antaranya membongkar penyelewengan fahaman yang menyelusur masuk ke dalam kitab-kitab yang ada di pasaran hari ini,
24. al-Rawaih al-Zakiyyah fi Mawlid Khayr al-Bariyyah, berhubung dengan mawlidurrasul,
25. Risalah Fi Buthlan Da`wa Awwaliyyah An-Nurul Muhammadiy.
26. Manzumah "Nasihat At-Thullab",
27. Risalah Fi Roddi `ala Qaulil Ba`dhi Inna Rasula Ya`lamu Kulla Syai`in Ya`lamuhumullah,
28. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-`Aqidah At-Tahawiyah dalam ilmu tauhid,
29. Syarah Mandzumah As-Shibyan Fil `Arudh dalam ilmu Arudh dan Qafiah,
30. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Raddi Mafasid At-Tahririyyah,
31. Syarah At-Tanbih,
32. Syarah Manhaj At-Tullab,
33. Al`Aqidah Al-Munjiyyah dalam ilmu tauhid,
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah `Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba`lawi.

Guru-guru Beliau

Guru-guru beliau terdiri daripada al-Faqih al-Wali al-Salih Muhammad `Abd al-Salam al-Harari yang telah dimakamkan di Dirdawa. Syeikh tersebut merupakan guru beliau dalam mempelajari ilmu Nahu, Fiqh dan Tauhid.

Beliau juga telah mengambil ilmu daripada seorang `alim dari al-Rayyah yang merangkap sebagai Mufti al-Habsyah iaitu al-Faqih al-Muhaddith Muhammad Siraj al-Jabarti, dan telah diijazahkan oleh gurunya tersebut. Selain itu, seorang alim dari Dawwah yang merupakan seorang yang soleh dalam wilayah tersebut iaitu al-Muqri' al-Faqih Ahmad b. `Abd al-Rahman al-Hasani, terkenal dengan panggilan Hajj Ahmad Kabir juga merupakan guru beliau yang dimakamkan di Kaddu. Guru beliau ini merupakan imam di al-Masjid al-Haram ketika pemerintahan golongan al-`Uthmaniyah. As-Syeikh Abdullah Al-Harari sempat mengambil ilmu daripadanya dan gurunya ini juga telah mengijazahkannya.

Seterusnya, beliau turut berguru dengan pakar Nahu di Habsyah dan tokoh mufassir di wilayah tersebut iaitu al-Syaikh Syarif al-Jimmi yang dimakamkan di Jimma dan turut diijazahkan oleh guru tersebut. Selain itu juga, Al-Muqri' Dawud al-Jabarti yang telah dimakamkan di Addis Ababa adalah antara guru-guru beliau. Beliau telah membaca al-Quran keseluruhannya dan mempelajari Syarh al-Jazariyyah karangan al-Syaikh Zakariyya al-Ansari daripada gurunya ini dan beliau mengijazahkannya.

Beliau turut mengambil ilmu daripada Al-Syaikh al-Muhaddith Muhammad b. `Ali A`zam al-Siddiqi al-Bakri al-Khayr Abadi al-Hindi yang kemudiannya menetap di Madinah, seorang tokoh ulama hanafi dan telah diijazahkan olehnya.

Begitu juga Al-Muqri` Mahmud Fayiz al-Dayr`atani nazil Dimasyq merupakan salah seorang daripada guru-guru beliau. Beliau pernah membaca al-Quran dengan sekali khatam di hadapan gurunya ini dengan riwayat Hafs. Selain itu, ramai lagi guru-gurunya yang tidak disebutkan di sini.

Beliau juga telah diijazahkan oleh al-Syaikh Muhammad al-Baqir al-Kattani nazil Dimasyq bahkan As-Syeikh Abdullah al-Harari pernah disifatkan di dalam ijazah yang diberikan kepadanya dengan ungkapan al-waliy dan al-`alim.

Bidang-Bidang Ilmu Yang Dikuasai Beliau

Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma` as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei` al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabarti.

Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basyir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain serta usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Arabi al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabarty, Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddith Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabarty al-Habasyi, beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, dam Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair`atany yang mahir dalam ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah di antaranya ialah Syeikh al-`Alim as-Sayyid `Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kutbi, Syeikh al-Muhaddith Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabban. beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.

Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddith Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakri al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddith Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddith Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini.

Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jame` al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah dalam pelbagai masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al-Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddith Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 M beliau diminta oleh Rektor al-Azhar cawangan Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Tarekat

As-Syeikh Abdullah al-Harari juga telah mendapat ijazah tarikat al-Rifa`iyyah daripada al-Syaikh al-Salih `Abd al-Rahman al-Sabsabi al-Hamwiy dan al-Syaikh al-Masyhur Muhamad Tahir al-Kayyali al-Humsi. Beliau telah menulis di dalam ijazah yang diberikannya kepada As-Syeikh Abdullah al-Harari dengan katanya: "amma ba`d, sesungguhnya setelah aku melakukan istikharah kepada Allah `azza wajalla, maka aku memutuskan untuk mengijazahkan kepada anakku, permata hatiku, seorang yang bertaqwa lagi berakhlak suci, al-`Allamah al-Syaikh `Abdullah al-Harari b. Muhamamd al-Habasyi yang berasal dari wilayah Harar kemudian menetap di Kota Beirut dengan tarekat datukku, Sayyid al-`Arifin, Syaikh al-Salihin al-Imam al-Kabir al-`Arif al-Syahir Muhyi al-Sunnah wa al-Din al-Sayyid Ahmad al-Rifa`ie al-Husayni al-Hasani al-Ansari radiyalLahu `anhu..".

Beliau juga telah diberikan keizinan untuk dibay`ahkan para murid beliau dan turut diberikan keizinan untuk memberikan tarekat tersebut kepada mereka.

Seterusnya, beliau telah mendapat ijazah tarekat al-Qadiriyyah daripada al-Syaikh al-Tayyib al-Dimasyqi, al-Syaikh Ahmad al-Badawi al-Sudani, al-Syaikh Ahmad al-`Irbiniy dan juga daripada beberapa orang syaikh lagi. Beliau turut diijazahkan dengan tarekat al-Naqsyabandiyyah daripada al-Syaikh al-Masyhur `Ali Murtadha al-Multani al-Bakistani setelah beliau bertemu dengan syaikh tersebut ketika di Kota Madinah al-Munawwarah dan juga daripada al-Syaikh `Abd al-Ghafur al-Afghani.

Di samping itu, beliau juga turut diijazahkan dengan beberapa tarikat yang lain (dan dikatakan beliau memiliki 40 tarekat yang muktabar).

Beliau telah mendapat pujian daripada al-Muhaddith al-Maghrib al-Syaikh `Abdullah al-Ghumari rahimahulLah ta`ala yang telah dimakamkan di Thanjah, begitu juga daripada saudara syaikh tersebut iaitu al-Muhaddith al-Syaikh `Abd al-`Aziz al-Ghumari rahimahulLahu ta`ala. al-Syaikh "Abd al-`Aziz al-Ghumari telah menyifatkan As-Syeikh Abdullah al-Harari sebagai seorang yang `adil, terkenal sebagai seorang yang begitu kuat berpegang dengan agama dan mempunyai sejumlah karya yang begitu bermanfaat. As-Syeikh Abdullah al-Harari turut memperolehi pujian daripada al-Muhaddith al-Syaikh Habib al-Rahman al-A`zamiy yang dimakamkan di Mawi iaitu suatu tempat yang terletak di negara India. Selain itu, terdapat ramai lagi dalam kalangan para ulama dari negara-negara Islam yang lain turut menyatakan pujian terhadap beliau.

Akhlak Dan Personaliti

Beliau rahimahulLah merupakan seorang yang wara`, rendah diri, dan rajin beribadat. lidahnya sentiasa basah dengan zikrulLah, zuhud, baik tingkah laku, tidak terdapat suatu detik yang berlalu pada dirinya melainkan detik tersebut dipenuhinya dengan membaca, berzikir, bersolat, mengajar, memberi peringatan dan nasihat.

Beliau juga merupakan seorang yang begitu teguh berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah, mempunyai ingatan yang kuat, hebat dalam berhujah dengan dalil yang teguh, bijaksana, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu serta begitu tegas dalam menentang sesiapa sahaja yang menyalahi syara`. Beliau juga seorang yang memiliki semangat yang begitu tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar sehinggakan golongan bid`ah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhajnya yang berteraskan manhaj Ahlus Sunnah wal jamaah bahkan telah lahir daripadanya beribu-ribu anak murid yang hebat bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.

Kewafatan beliau

As-Syeikh Abdullah al-Harari rahimahulLah telah wafat pada waktu Subuh (di rumahnya) hari Selasa, 02 Ramadan 1429 H. Semoga Allah merahmati beliau dengan kerahmatan yang melimpah ruah dan semoga beliau dikurniakan ganjaran di atas segala kebaikan yang dilakukannya terhadap umat Islam seluruhnya (lihat Syiekh Abdullah Al-Harari di dalam mukaddimah `Umdah Ar-Raghib, halaman 15-17 dan kitab Sorih al-Bayan, halaman 5-12).

Namun, kebangkitan golongan ahlus sunnah dalam mempertahankan akidah asyairah dan maturidiyah ini mendapat penentangan beberapa golongan yang berhati busuk terutamanya al-wahhabiyah lalu mereka membuat pelbagai rekaan, tuduhan dan pendustaan terhadapnya tanpa kajian yang ilmiah.

Ulama-ulama yang menolakan fitnah yang dilakukan oleh golongan ini dan memuji kehebatan dalil serta kekuatan hujah Sheikh Abdullah Harari, antaranya :

1. Muhammad Bin Ahmad Bin Sheikh Hassan Al-Khazraji, Menteri Agama Dan Wakaf
2. Pengetua Pejabat Wakaf Di Qaherah
3. Sheikh Hassan As-Syanawi, Ketua Guru Tarekat Dan Sufi Dan Ketua Majlis Sufi Tertinggi Republik Mesir
4. Dr. Abdullah Hassan Mahmud, Duta Republik Somalia Di Qaherah
5. Ustaz Sheikh Muhmmad Bilal, Mufti Muhafzah Di Halab
6. Abduh Kamaluddin Ibnu Sheikh Muhammad Al Aziz Ju`aiyyath Salah Seorang Tenaga Pengajar Di Universiti Tunis
7. Muhammad Bahauddin Ar Rawas
8. As Sheikh Abu Al Yusri Abidin
9. Muhammad Sayyid Ahmad, Mufti Syria
10. As-Sheikh Abdul Kareem Muhammad Bayari Al Mudarris
11. As-Sheikh Abdul Al- Aziz `Uyun As-Suud, Guru Qiraat Di Syria Dan Merangkap Pengerusi Fatwa Di Himmash
12. As Sheikh Abdul Salam Al-Qushaibiti
13. Al Faqih Ahmad Nasib Al-Muhamid Iaitu Antara Anak Murid Terhebat As Sheikh Badruddin Al Hasani
14. As Sheikh Uthman Sarajuddin II
15. As Sheikh Muhammad Salim Ar Rafaie, Seorang Mufti Yang Soleh Lagi Tawadhuk
16. Sheikh Mustofa At-Turkamani Ad-Dimasqi di Syria.
17. As-Sheikh Subhi Al-Adduli
18. Mohd Riyadh Al-Malih Al-Hanafi Al-Dimasyqi As-Syazili Al-Asyaari
19. As-Sheikh Abdul Aziz Bin Abdul Jabbar Al Hadhari

(lihat as-Syaikh Usama Sayyid di dalam Kitabnya Tahzir al-Mukminin Min Fitn Abd Rahman Dimasyqiah, halaman 4-24).

Berhubung dengan keyakinan Allah wujud tidak bertempat yang diutarakan oleh golongan ini maka ia adalah pegangan suluruh umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Al-`Allamah al-Muhaddith al-Hafiz al-Shaykh `AbduLlah al-Harari berkata:

Yang bermaksud,"Segala puji bagi Allah, jumhur umat Nabi Muhammad seramai ratusan juta iaitu ulama mereka di timur dan barat beriktikad dan mengajar bahawa Allah tabaraka wa ta^ala itu wujud lagi disucikan dari segala batasan dan tempat". Intaha.

Manakala Golongan Wahabi pula mereka sangat takut dengan Ahbash, kerana golongan ini amat kuat memperjuangkan mazhab Al-Asya`irah dan al-Maturidiah. Takut dengan kebangkitan golongan ini, pada tahun 1995, mereka telah membunuh seorang guru yang hebat bernama Syaikh Nizar al-Halabi atas dakwaan melakukan maulidurrasul di Beirut. Sheikh ini pernah ditawarkan cek kosong untuk diisi dengan apa jua angka yang dikehendaki sebanyak mungkin agar meninggalkan pengwaspadaan terhadap golongan al-Wahabiyyah, mereka berharap Ahbash tidak menyebut nama mereka dalam ceramah-ceramah. Hakikatnya, golongan Wahabi bukan ingin Ahbash mengikut mereka, tetapi mereka tidak ingin golongan ini membongkar pekung kesesatan mereka. Kerana dalam dunia hari ini golongan yang paling kehadapan menentang dan mampu membongkar kesesatan wahhabi ialah golongan ini yang murni asyairah bermazhab Syafie yang sebahagian besar daripadanya berkulusan al-Azhar.

BICARA ULAMA MENGENAI KEMATIAN

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Sesetengah ulama mengatakan :

" Apabila kamu ingin melihat dunia ini setelah kematian kamu nanti, maka kamu hendaklah melihatnya setelah kematian orang lain. Apabila kamu perhatikan, betapa para kekasih akan melupai orang-orang yang disayanginya setelah kematiannya. Di saat itu kamu akan tahu bahawa boleh jadi dia akan melupakan kamu setelah kematian mu nanti atau dia akan disibukkan dengan dunia dari mengingatimu. Maka sediakanlah bekalan untuk akhiratmu. Akhirat tempat kekal abadi dan nikmat di dalamnya tiada lenyap dan binasa sekali kali"


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

ERTI BERKASIH SAYANG SESAMA MUSLIM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Diriwayatkan daripada Hakim bahawa dia pernah ditanya : Bagaimana cara kamu mengetahui kasihnya saudaramu terhadap kamu...?
Dia menjawab : " Dia menanggung sama keresahanku, dia bertanyakan tentang diriku, dia memperbetulkan kesalahanku, dia merawat kecacatanku, dia memaafkan kecuaianku, dia sedih disebabkan kesedihanku, dia memaafkanku jika aku berbuat jahat kepadanya, ketika aku tergelincir dari jalan kebenaran dia mengingatkan aku dengan Tuhanku"
Dia ditanya lagi : Bagaimana cara kamu membalas jasanya?
Jawabnya : "aku mendoakannya tanpa pengetahuannya."Sebahagian ulama mengatakan : " Perumpamaan tali persaudaraan yang dibina kerana Allah taala adalah seperti tangan dan mata. Apabila mata menitiskan airnya tangan akan menyapunya. Apabila tangan pula merasa sakit, mata akan menangis nangis disebabkan kesakitan tersebut".

Semoga Allah taala menggolongkan kita dalam kelompok mereka yang berukhuwwah fillah lagi berkasih sayang, di syurga menanti kita berhimpun dalam kemenangan dan di atas singgahsana saling jumpa berhadapan.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...