Jumaat, 14 Ogos 2015

SYEIKH MUSNID DUNYA YASIN FADANI MENGKAFIRKAN MUJASSIMAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani (W. 1410 H), seorang pakar hadits (Musnid Dunya) asal dari Padang, Indonesia mengatakan dalam kitabnya "Bughyah al-Musytaq" bahawa:


Maknanya: 

"...ANTARA MEREKA YANG DIKAFIRKAN OLEH KERANA BID’AH MEREKA ADALAH KAUM MUJASSIMAH (orang yang menjisimkan Allah), meskipun mereka menganggap diri mereka melakukan solat menghadap ke arah kiblat dan meskipun mereka menganggap diri mereka beragama Islam..."

Pernyataan beliau ini sesuai dengan perkataan para ulama besar dalam Islam, di antaranya Imam asy-Syafi’i yang mngatakan: “Mujassim adalah kafir”.

Makna Mujassim: Orang yg meyakini bahawa Allah adalah seperti jisim atau disifati dengan sifat2 jisim, seperti berbentuk, bertempat dan berarah. Maha Suci Allah dari segala sifat makhluk.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Isnin, 10 Ogos 2015

MEREKA BERSEDIA UNTUK MATI DI KUBUR MEREKA...

Seorang ulama di Turki menghabiskan masanya membaca AlQuran dalam lubang kuburnya yang digali sendiri untuk jenazahnya suatu hari nanti.

Kita bagaimana?


SIAPAKAH AHBASH?

SIAPAKAH AHBASH?!!!!

Ahbash adalah antara golongan al-Asyairah dan al-Maturiduyyah

Jawapan: 


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

Ahbash adalah nama yang mula-mula digunakan oleh golongan al-Wahhabiyah kepada sekelompok besar Ahlus sunnah yang mempertahankan akidah dua imam yang agung iaitu Imam Abu Hasan al-Asy`ari dan imam Abu Mansur Al-Maturidi. Gelaran ini direka oleh golongan al-Wahhabiyah dan sewaktu dengannya dengan harapan supaya umat Islam yang berfahaman Asya`irah sendiri meminggirkan kelompok ini.

Biodata Syaikh `Abdullah al-Harari

Beliau merupakan seorang ulama yang agung, ikutan para muhaqqiq, rujukan para mudaqqiq, tokoh ulama yang beramal dengan ilmunya, al-Imam al-Muhaddith al-Faqih al-Lughawi al-Usuli al-Zahid al-Syaikh Abu `Abd al-Rahman `Abdullah b. Muhammad b. Yusuf b. `Abdullah b. Jami`, berasal dari wilayah Harar, Habsyah. Beliau berketurunan al-Syaibi al-`Abdari al-Qurasyi, bermazhab al-Syafi`e dan pernah dilantik sebagai mufti Harar suatu ketika dahulu.

As-Syeikh Abdullah al-Harari telah dilahirkan di Kota Harar sekitar tahun 1910 M dan telah dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan terkenal dengan kecintaan terhadap ilmu dan para ahlinya. Beliau telah menghafaz al-Quran sebelum umurnya mencapai sepuluh tahun. Beliau juga telah menghafal sejumlah matan daripada matan-matan dalam pelbagai lapangan ilmu. [Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.]

Beliau telah memberi keutamaan terhadap ilmu hadis yang terdapat di dalam al-Kutub al-Sittah dan kitab-kitab hadis yang lain sama ada dari sudut qiraah atau dirayah. [Kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali]. Beliau telah diberi keizinan untuk memberikan fatwa dan meriwayatkan hadis ketika umurnya masih belum mencapai usia lapan belas tahun [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].

Pendidikan dan Rehlah Ilmiyah

Merasa tidak cukup menuntut ilmu di daerahnya sahaja, Beliau telah mengelilingi segenap pelusuk bumi Habsyah bagi mencari para ulama yang tinggal di wilayah tersebut dan mengambil ilmu daripada mereka. [Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim di suatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan oleh ulama salafussoleh yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafie dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab, beliau juga sangat arif berhubung pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya].

Beliau juga telah mengembara ke Somalia dan Djibouti, kemudian ke Hijaz dan menetap di sana selama dua tahun. Setelah itu, beliau bermusafir pula ke Syam dan seterusnya menetap di Damsyiq selama sepuluh tahun. Kemudian beliau berpindah pula ke Beirut. As-Syeikh Abdullah Al-Harari pernah menziarahi Bayt al-Maqdis sebelum wilayah tersebut dijajah oleh golongan Yahudi. Di samping itu, beliau juga pernah mengadakan rehlah ilmiah ke Jordan, Mesir, Turki, Moroko dan beberapa buah negara di Eropah.

Perjalanan ilmiah beliau ini bertujuan memberi faedah kepada umat Islam serta membolehkan umat Islam mengambil faedah daripadanya, di samping tujuannya untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan dan memperjuangkan Syari`at dan agama. Dalam kesibukan beliau memperbetulkan pegangan manusia, memerangi golongan ilhad, dan menyekat segala fitnah yang dilakukan oleh golongan yang melakukan bid`ah dan mengikut hawa nafsu (ahl al-bida` wa al-ahwa`) beliau sempat juga meluangkan masa untuk menyusun dan mengarang beberapa buah karya agung.

Karya Agung Beliau

Antara karya berharga yang beliau hasilkan adalah sebagaimana berikut :

1. Syarh Alfiyyah al-Suyuti di dalam ilmu Mustalah al-Hadith,
2. Qasidah Fil I`tiqad (berhubung ilmu tauhid).
3. al-Sirat al-Mustaqim dalam ilmu tauhid,
4. Syarah al-Qawim dalam ilmu tauhid.
5. al-Dalil al-Qawim `ala al-Sirat al-Mustaqim di dalam ilmu Tauhid,
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary al-Kafil Bi `Ilmi ad-Din ad-Dharury `Ala Mazhabi Asy-Syafi`e (antara kandungannya mengupas berhubung fiqh as-Syafie),
7. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-Kafil Bi `Ilmi ad-Din ad-Dharury `Ala Mazhabi al-Imam Malik (antara kandungannya mengupas berhubung fiqh Maliki),
8. Mukhtasar Abdillah Al-Harary al-Kafil Bi `Ilmi ad-Din ad-Dharury `Ala Mazhabi Abi Hanifah (antara kandungannya mengupas berhubung fiqh Hanafi),
9. Bughyah al-Talib li Ma`rifah al-`Ilm al-Dini al-Wajib,
10. al-Ta`aqqub al-Hathith `ala man Ta`ana fi ma Sahha min al-Hadith (sebuah kitab rudud dalam ilmu hadis).
11. Nashrah at-Ta`aqqub al-Hatsith `Ala Man Tho`ana Fima Sohha Minal Hadis (sebuah kitab rudud dalam ilmu hadis),
12. al-Matalib al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah dalam ilmu akidah,
13. Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah dalam ilmu akidah,
14. Syarh Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi`ie dalam fiqh as-Syafie.
15. Syarh Matn Abi Syuja` dalam fiqh al-Syafi`e,
16. Syarh Matn al-`Asymawiyyah di dalam fiqh al-Maliki,
17. Syarh Mutammimah al-Ajrumiyyah di dalam ilmu Nahu,
18. Syarh al-Bayquniyyah di dalam ilmu Mustalah,
19. Sorih al-Bayan fi al-Radd `Ala man Khalafa al-Quran, sebuah kitab rudud dalam menegakkan hujah-hujah ahlus sunnah bagi menangkis fahaman yang menyeleweng,
20. al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyf Dhalalat Ahmad b. Taymiyyah, sebuah kitab rudud membongkar pekung ajaran Ibn Taimiyah dan Al-Wahhabiyah,
21. al-Durr al-Nadhid fi Ahkam al-Tajwid, dalam ilmu tajwid al-Quran,
22. Syarah As-Sifat Ats-Salath `Asyarata Al-Wajib Lillah dalam ilmu tauhid,
23. At-Tahzir al-Wajib, sebuah kitab rudud yang antaranya membongkar penyelewengan fahaman yang menyelusur masuk ke dalam kitab-kitab yang ada di pasaran hari ini,
24. al-Rawaih al-Zakiyyah fi Mawlid Khayr al-Bariyyah, berhubung dengan mawlidurrasul,
25. Risalah Fi Buthlan Da`wa Awwaliyyah An-Nurul Muhammadiy.
26. Manzumah "Nasihat At-Thullab",
27. Risalah Fi Roddi `ala Qaulil Ba`dhi Inna Rasula Ya`lamu Kulla Syai`in Ya`lamuhumullah,
28. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-`Aqidah At-Tahawiyah dalam ilmu tauhid,
29. Syarah Mandzumah As-Shibyan Fil `Arudh dalam ilmu Arudh dan Qafiah,
30. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Raddi Mafasid At-Tahririyyah,
31. Syarah At-Tanbih,
32. Syarah Manhaj At-Tullab,
33. Al`Aqidah Al-Munjiyyah dalam ilmu tauhid,
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah `Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba`lawi.

Guru-guru Beliau

Guru-guru beliau terdiri daripada al-Faqih al-Wali al-Salih Muhammad `Abd al-Salam al-Harari yang telah dimakamkan di Dirdawa. Syeikh tersebut merupakan guru beliau dalam mempelajari ilmu Nahu, Fiqh dan Tauhid.

Beliau juga telah mengambil ilmu daripada seorang `alim dari al-Rayyah yang merangkap sebagai Mufti al-Habsyah iaitu al-Faqih al-Muhaddith Muhammad Siraj al-Jabarti, dan telah diijazahkan oleh gurunya tersebut. Selain itu, seorang alim dari Dawwah yang merupakan seorang yang soleh dalam wilayah tersebut iaitu al-Muqri' al-Faqih Ahmad b. `Abd al-Rahman al-Hasani, terkenal dengan panggilan Hajj Ahmad Kabir juga merupakan guru beliau yang dimakamkan di Kaddu. Guru beliau ini merupakan imam di al-Masjid al-Haram ketika pemerintahan golongan al-`Uthmaniyah. As-Syeikh Abdullah Al-Harari sempat mengambil ilmu daripadanya dan gurunya ini juga telah mengijazahkannya.

Seterusnya, beliau turut berguru dengan pakar Nahu di Habsyah dan tokoh mufassir di wilayah tersebut iaitu al-Syaikh Syarif al-Jimmi yang dimakamkan di Jimma dan turut diijazahkan oleh guru tersebut. Selain itu juga, Al-Muqri' Dawud al-Jabarti yang telah dimakamkan di Addis Ababa adalah antara guru-guru beliau. Beliau telah membaca al-Quran keseluruhannya dan mempelajari Syarh al-Jazariyyah karangan al-Syaikh Zakariyya al-Ansari daripada gurunya ini dan beliau mengijazahkannya.

Beliau turut mengambil ilmu daripada Al-Syaikh al-Muhaddith Muhammad b. `Ali A`zam al-Siddiqi al-Bakri al-Khayr Abadi al-Hindi yang kemudiannya menetap di Madinah, seorang tokoh ulama hanafi dan telah diijazahkan olehnya.

Begitu juga Al-Muqri` Mahmud Fayiz al-Dayr`atani nazil Dimasyq merupakan salah seorang daripada guru-guru beliau. Beliau pernah membaca al-Quran dengan sekali khatam di hadapan gurunya ini dengan riwayat Hafs. Selain itu, ramai lagi guru-gurunya yang tidak disebutkan di sini.

Beliau juga telah diijazahkan oleh al-Syaikh Muhammad al-Baqir al-Kattani nazil Dimasyq bahkan As-Syeikh Abdullah al-Harari pernah disifatkan di dalam ijazah yang diberikan kepadanya dengan ungkapan al-waliy dan al-`alim.

Bidang-Bidang Ilmu Yang Dikuasai Beliau

Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma` as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei` al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabarti.

Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basyir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain serta usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Arabi al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabarty, Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddith Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabarty al-Habasyi, beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, dam Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair`atany yang mahir dalam ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah di antaranya ialah Syeikh al-`Alim as-Sayyid `Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kutbi, Syeikh al-Muhaddith Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabban. beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.

Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddith Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakri al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddith Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddith Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini.

Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jame` al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah dalam pelbagai masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al-Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddith Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 M beliau diminta oleh Rektor al-Azhar cawangan Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Tarekat

As-Syeikh Abdullah al-Harari juga telah mendapat ijazah tarikat al-Rifa`iyyah daripada al-Syaikh al-Salih `Abd al-Rahman al-Sabsabi al-Hamwiy dan al-Syaikh al-Masyhur Muhamad Tahir al-Kayyali al-Humsi. Beliau telah menulis di dalam ijazah yang diberikannya kepada As-Syeikh Abdullah al-Harari dengan katanya: "amma ba`d, sesungguhnya setelah aku melakukan istikharah kepada Allah `azza wajalla, maka aku memutuskan untuk mengijazahkan kepada anakku, permata hatiku, seorang yang bertaqwa lagi berakhlak suci, al-`Allamah al-Syaikh `Abdullah al-Harari b. Muhamamd al-Habasyi yang berasal dari wilayah Harar kemudian menetap di Kota Beirut dengan tarekat datukku, Sayyid al-`Arifin, Syaikh al-Salihin al-Imam al-Kabir al-`Arif al-Syahir Muhyi al-Sunnah wa al-Din al-Sayyid Ahmad al-Rifa`ie al-Husayni al-Hasani al-Ansari radiyalLahu `anhu..".

Beliau juga telah diberikan keizinan untuk dibay`ahkan para murid beliau dan turut diberikan keizinan untuk memberikan tarekat tersebut kepada mereka.

Seterusnya, beliau telah mendapat ijazah tarekat al-Qadiriyyah daripada al-Syaikh al-Tayyib al-Dimasyqi, al-Syaikh Ahmad al-Badawi al-Sudani, al-Syaikh Ahmad al-`Irbiniy dan juga daripada beberapa orang syaikh lagi. Beliau turut diijazahkan dengan tarekat al-Naqsyabandiyyah daripada al-Syaikh al-Masyhur `Ali Murtadha al-Multani al-Bakistani setelah beliau bertemu dengan syaikh tersebut ketika di Kota Madinah al-Munawwarah dan juga daripada al-Syaikh `Abd al-Ghafur al-Afghani.

Di samping itu, beliau juga turut diijazahkan dengan beberapa tarikat yang lain (dan dikatakan beliau memiliki 40 tarekat yang muktabar).

Beliau telah mendapat pujian daripada al-Muhaddith al-Maghrib al-Syaikh `Abdullah al-Ghumari rahimahulLah ta`ala yang telah dimakamkan di Thanjah, begitu juga daripada saudara syaikh tersebut iaitu al-Muhaddith al-Syaikh `Abd al-`Aziz al-Ghumari rahimahulLahu ta`ala. al-Syaikh "Abd al-`Aziz al-Ghumari telah menyifatkan As-Syeikh Abdullah al-Harari sebagai seorang yang `adil, terkenal sebagai seorang yang begitu kuat berpegang dengan agama dan mempunyai sejumlah karya yang begitu bermanfaat. As-Syeikh Abdullah al-Harari turut memperolehi pujian daripada al-Muhaddith al-Syaikh Habib al-Rahman al-A`zamiy yang dimakamkan di Mawi iaitu suatu tempat yang terletak di negara India. Selain itu, terdapat ramai lagi dalam kalangan para ulama dari negara-negara Islam yang lain turut menyatakan pujian terhadap beliau.

Akhlak Dan Personaliti

Beliau rahimahulLah merupakan seorang yang wara`, rendah diri, dan rajin beribadat. lidahnya sentiasa basah dengan zikrulLah, zuhud, baik tingkah laku, tidak terdapat suatu detik yang berlalu pada dirinya melainkan detik tersebut dipenuhinya dengan membaca, berzikir, bersolat, mengajar, memberi peringatan dan nasihat.

Beliau juga merupakan seorang yang begitu teguh berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah, mempunyai ingatan yang kuat, hebat dalam berhujah dengan dalil yang teguh, bijaksana, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu serta begitu tegas dalam menentang sesiapa sahaja yang menyalahi syara`. Beliau juga seorang yang memiliki semangat yang begitu tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar sehinggakan golongan bid`ah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhajnya yang berteraskan manhaj Ahlus Sunnah wal jamaah bahkan telah lahir daripadanya beribu-ribu anak murid yang hebat bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.

Kewafatan beliau

As-Syeikh Abdullah al-Harari rahimahulLah telah wafat pada waktu Subuh (di rumahnya) hari Selasa, 02 Ramadan 1429 H. Semoga Allah merahmati beliau dengan kerahmatan yang melimpah ruah dan semoga beliau dikurniakan ganjaran di atas segala kebaikan yang dilakukannya terhadap umat Islam seluruhnya (lihat Syiekh Abdullah Al-Harari di dalam mukaddimah `Umdah Ar-Raghib, halaman 15-17 dan kitab Sorih al-Bayan, halaman 5-12).

Namun, kebangkitan golongan ahlus sunnah dalam mempertahankan akidah asyairah dan maturidiyah ini mendapat penentangan beberapa golongan yang berhati busuk terutamanya al-wahhabiyah lalu mereka membuat pelbagai rekaan, tuduhan dan pendustaan terhadapnya tanpa kajian yang ilmiah.

Ulama-ulama yang menolakan fitnah yang dilakukan oleh golongan ini dan memuji kehebatan dalil serta kekuatan hujah Sheikh Abdullah Harari, antaranya :

1. Muhammad Bin Ahmad Bin Sheikh Hassan Al-Khazraji, Menteri Agama Dan Wakaf
2. Pengetua Pejabat Wakaf Di Qaherah
3. Sheikh Hassan As-Syanawi, Ketua Guru Tarekat Dan Sufi Dan Ketua Majlis Sufi Tertinggi Republik Mesir
4. Dr. Abdullah Hassan Mahmud, Duta Republik Somalia Di Qaherah
5. Ustaz Sheikh Muhmmad Bilal, Mufti Muhafzah Di Halab
6. Abduh Kamaluddin Ibnu Sheikh Muhammad Al Aziz Ju`aiyyath Salah Seorang Tenaga Pengajar Di Universiti Tunis
7. Muhammad Bahauddin Ar Rawas
8. As Sheikh Abu Al Yusri Abidin
9. Muhammad Sayyid Ahmad, Mufti Syria
10. As-Sheikh Abdul Kareem Muhammad Bayari Al Mudarris
11. As-Sheikh Abdul Al- Aziz `Uyun As-Suud, Guru Qiraat Di Syria Dan Merangkap Pengerusi Fatwa Di Himmash
12. As Sheikh Abdul Salam Al-Qushaibiti
13. Al Faqih Ahmad Nasib Al-Muhamid Iaitu Antara Anak Murid Terhebat As Sheikh Badruddin Al Hasani
14. As Sheikh Uthman Sarajuddin II
15. As Sheikh Muhammad Salim Ar Rafaie, Seorang Mufti Yang Soleh Lagi Tawadhuk
16. Sheikh Mustofa At-Turkamani Ad-Dimasqi di Syria.
17. As-Sheikh Subhi Al-Adduli
18. Mohd Riyadh Al-Malih Al-Hanafi Al-Dimasyqi As-Syazili Al-Asyaari
19. As-Sheikh Abdul Aziz Bin Abdul Jabbar Al Hadhari

(lihat as-Syaikh Usama Sayyid di dalam Kitabnya Tahzir al-Mukminin Min Fitn Abd Rahman Dimasyqiah, halaman 4-24).

Berhubung dengan keyakinan Allah wujud tidak bertempat yang diutarakan oleh golongan ini maka ia adalah pegangan suluruh umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Al-`Allamah al-Muhaddith al-Hafiz al-Shaykh `AbduLlah al-Harari berkata:

Yang bermaksud,"Segala puji bagi Allah, jumhur umat Nabi Muhammad seramai ratusan juta iaitu ulama mereka di timur dan barat beriktikad dan mengajar bahawa Allah tabaraka wa ta^ala itu wujud lagi disucikan dari segala batasan dan tempat". Intaha.

Manakala Golongan Wahabi pula mereka sangat takut dengan Ahbash, kerana golongan ini amat kuat memperjuangkan mazhab Al-Asya`irah dan al-Maturidiah. Takut dengan kebangkitan golongan ini, pada tahun 1995, mereka telah membunuh seorang guru yang hebat bernama Syaikh Nizar al-Halabi atas dakwaan melakukan maulidurrasul di Beirut. Sheikh ini pernah ditawarkan cek kosong untuk diisi dengan apa jua angka yang dikehendaki sebanyak mungkin agar meninggalkan pengwaspadaan terhadap golongan al-Wahabiyyah, mereka berharap Ahbash tidak menyebut nama mereka dalam ceramah-ceramah. Hakikatnya, golongan Wahabi bukan ingin Ahbash mengikut mereka, tetapi mereka tidak ingin golongan ini membongkar pekung kesesatan mereka. Kerana dalam dunia hari ini golongan yang paling kehadapan menentang dan mampu membongkar kesesatan wahhabi ialah golongan ini yang murni asyairah bermazhab Syafie yang sebahagian besar daripadanya berkulusan al-Azhar.

BICARA ULAMA MENGENAI KEMATIAN

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Sesetengah ulama mengatakan :

" Apabila kamu ingin melihat dunia ini setelah kematian kamu nanti, maka kamu hendaklah melihatnya setelah kematian orang lain. Apabila kamu perhatikan, betapa para kekasih akan melupai orang-orang yang disayanginya setelah kematiannya. Di saat itu kamu akan tahu bahawa boleh jadi dia akan melupakan kamu setelah kematian mu nanti atau dia akan disibukkan dengan dunia dari mengingatimu. Maka sediakanlah bekalan untuk akhiratmu. Akhirat tempat kekal abadi dan nikmat di dalamnya tiada lenyap dan binasa sekali kali"


SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

ERTI BERKASIH SAYANG SESAMA MUSLIM

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah. 

Diriwayatkan daripada Hakim bahawa dia pernah ditanya : Bagaimana cara kamu mengetahui kasihnya saudaramu terhadap kamu...?
Dia menjawab : " Dia menanggung sama keresahanku, dia bertanyakan tentang diriku, dia memperbetulkan kesalahanku, dia merawat kecacatanku, dia memaafkan kecuaianku, dia sedih disebabkan kesedihanku, dia memaafkanku jika aku berbuat jahat kepadanya, ketika aku tergelincir dari jalan kebenaran dia mengingatkan aku dengan Tuhanku"
Dia ditanya lagi : Bagaimana cara kamu membalas jasanya?
Jawabnya : "aku mendoakannya tanpa pengetahuannya."Sebahagian ulama mengatakan : " Perumpamaan tali persaudaraan yang dibina kerana Allah taala adalah seperti tangan dan mata. Apabila mata menitiskan airnya tangan akan menyapunya. Apabila tangan pula merasa sakit, mata akan menangis nangis disebabkan kesakitan tersebut".

Semoga Allah taala menggolongkan kita dalam kelompok mereka yang berukhuwwah fillah lagi berkasih sayang, di syurga menanti kita berhimpun dalam kemenangan dan di atas singgahsana saling jumpa berhadapan.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

Rabu, 5 Ogos 2015

JANGAN MENISBAHKAN SIFAT ZALIM KEPADA ALLAH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Sidang pembaca yang dihormati,

Seseorang yg pernah menyangka dan berpendapat bahawa Allah kejam dan zalim serta menyalahkan Allah kerana menimpakan bala bencana seperti kemalangan atasnya, sesungguhnya dia telah MURTAD. Tidak memadai dia istighfar. Bahkan Wajib dia mengucap kembali 2 Kalimah Syahadah dan meninggalkan perbuatan tadi, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Inilah penting belajar Fardhu Ain. Kalau Allah nak bagi kamu cacat atau sakit kronik setara manapun, itu bukan zalim tapi ADIL. Nak tau kenapa ADIL? Kena belajar. Kalau Allah bagi kesihatan, kekayaan dan berbagai nikmat lain, itu adalah KELEBIHAN yg Allah berikan kepada kamu.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

WAHABI MEMUSUHI AHBASH

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Wahabi cuba menjauhkan umat Islam daripada golongan yang paling berani terkehadapan menentang akidah mereka, iaitu anak-anak murid Sheikh Abdullah Al-Harari. Lalu mereka mencipta nama AHBASH untuk memberikan satu persepsi bahawa mereka ini membawa ajaran baru seperti ayah pin. Bagaimanapun mereka tersilap langkah. Setelah diselidiki, didapati bahawa tiada ajaran yang bertentangan dengan Islam serta sekalian ulama Islam pada apa yang dibawa oleh jemaah ini. Maka jadilah AHBASH itu satu gelaran yang mulia. Siapa kuat mempertahan AKIDAH ISLAM pada masa kini akan dipanggil AHBASH oleh Wahabi.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR

KELAS AQIDAH OLEH SYEIKH DR. OMAR MUHAMMAD

Assalamualaykum, Al-Faqir mulakan dengan mengucapkan segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Taala, Zat Yang Maha Suci, Yang Wujudnya Tiada Permulaan, Tiada Pengakhiran, Tidak Berjisim, Tidak Berjirim, Tidak Beranggota Badan, Tidak Diliputi Masa dan Tempat. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita Nabiyyuna Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam Yang Bersusah Payah Menyampaikan Dakwah Kepada Kita, Yang Maksum Dari Sebarang Dosa dan Kekufuran, Yang Keturunannya Mulia, Ibu Bapanya Tidak Mensyirikkan Allah.

Saya menjemput sahabat semua ke kelas:




































SEMOGA ALLAH PELIHARA AQIDAH KITA DARI KESESATAN. TETAPKAN IMAN ATAS MANHAJ AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...